CHAPTER 7

302 24 0
                                    

Selepas beberapa bulan berlalu dan tinggal berapa bulan saja lagi , cukup 1 tahun hubungan antara Gemini dan Fourth bersama.

Namun sejak kebelakangan ini Gemini terlihat sangatlah serabut dan tertekan.
Kerana kini dalam 1 hari saja, banyak pembedahan dijalankan. Dan banyak lagi kerja lain yang perlu dia lakukan.

Kadang dia tidak pulang ke rumah dan kerja sepanjang hari di hospital saja.

Kerana keadaan di hospital yang semakin sibuk dan bercelaru, membuatkan banyak doktor dan jururawat menjadi sibuk dan setengah dari mereka tertekan dengan kerja mereka yang semakin rumit.

"Saya dah cakap kan!? Kalau dah sakit tu duduk lah diam diam. Kenapa nak kena bangun lah apa lah!"

"Lepas tu tolonglah jangan cabut apa apa tube! Penat la saya macam ni. Hari hari buat masalah!"

"Ingat saya tak ada pesakit lain ke nak kena rawat!?" Marah Gemini kepada seorang pesakit lelaki.

"Gemn. Pehal ni? Kalau ye pun serabut jangan la nak lepas kat pesakit" kata Winny kepada Gemini selepas saja dia mendengar suara Gemini memarahi pesakit di wad itu.

Gemini menyelak rambutnya dan pergi dari situ dengan wajah yang serabut.

Winny hanya menggelengkan kepalanya selepas saja melihat kelakuan kasar Gemini itu , lalu membetulkan selimut pesakit lelaki itu.

"Kau ni kenapa? Dua tiga hari ni semacam je kau punya serabut tu" soal Winny kepada Gemini di cafe.

"Entah la Winny aku pun tak tau" jawab Gemini lalu minum segelas air.

"Kau jangan la fikir sangat pasal kerja. Memang la sekarang ni hospital tengah kelam kabut. Tapi kau tak boleh la nak marah pesakit sampai macam tu sekali" tegur Winny kepada sahabatnya itu.

Gemini hanya terdiam saja tanpa berkata apa apa.

Sampai saja di rumah , Terlihat Fourth yang berbaring di sofa dan tersenyum ke arahnya.

"Lewatnya kau balik harini?" Soal Fourth lalu bangun berjalan menuju ke arah Gemini untuk membantu membawa begnya.

"Aku penat la. " kata Gemini yang berjalan masuk ke bilik tanpa sempat Fourth mengambil beg itu.

Fourth berasa pelik kerana sebelum ini Gemini akan memberi begnya kepada Fourth untuk menyimpan di bilik. Namun harini ini Gemini terlihat agak dingin.

"Em kau nak makan? Kalau nak aku boleh panaskan la-"

"Eh kau boleh diam tak? Kalau aku lapar aku makan la!"

"Balik je bising" marah Gemini kepada Fourth dan menghempas pintu bilik dengan kuat.

Fourth yang terdiam membeku itu berasa sangatlah terkejut selepas saja Gemini berkata begitu.

Selama ini Gemini tidak pernah meninggikan suaranya walaupun dia penat baru pulang dari kerja. Dia tidak akan berkata kasar sebegitu.

Fourth hanya terdiam dan duduk di sofa saja dan menganggap yang mungkin mood Gemini tidak begitu baik harini.

Keesokan harinya, terlihat Gemini yang keluar dari biliknya untuk keluar bekerja. Fourth memberikan senyuman kepadanya, namun Gemini tidak membalas senyuman itu dan hanya berjalan keluar tanpa berkata apa apa.

Fourth berfikir adakah dia ada buat sesuatu yang salah kepada Gemini sehinggakan dia berkelakuan sebegitu.

Disebabkan sudah berhari hari Gemini berkelakuan begitu, Fourth mengambil keputusan untuk bercakap dan bertanya apa salahnya sampaikan dia dilayan sebegitu.

"Gemn. Boleh kita cakap sikit?" Soal Fourth kepada Gemini yang baru saja habis mandi.

"Malas la. Esok je" jawab Gemini tanpa melihat ke arah Fourth.

"Gemini." kata Fourth lagi yang memegang erat tangan Gemini.

"Aku tak tau apa salah aku sampai kau layan aku macam ni."

"Kau marah dengan aku ke?" Soal Fourth dengan serius. Gemini hanya diam dan tidak mahu menjawab soalan itu.

"Asal diam? Jawab la apa masalah kau!?" Soal Fourth lagi.

"KAU TAU TAK YANG AKU DAH CUKUP SERABUT DENGAN KERJA KAT HOSPITAL TU!? SEKARANG KAU PULAK NAK TAMBAH LAGI!?" tengking Gemini dan menolak kuat bahu Fourth.

"Gemini , aku tau. Tapi boleh tak kau jangan lepas marah tu dekat aku?" Kata Fourth lagi yang mata sudah bergenang air mata.

"Dalam rumah ni ade aku. Kau je" kata Gemini dengan riak wajah yang agak menakutkan itu.

"Sial la kau gemn" kata Fourth.

Satu tamparan kuat hinggap di pipi Fourth.

"Aku boleh guna kaki pulak lepas ni. Kau jangan nak tambah serabut aku lagi faham." Beri amaran Gemini kepada Fourth sambil mencekik leher Fourth dan menolaknya.

Fourth hanya memandang Gemini yang keluar dari bilik itu , terduduk di katil dan menitiskan air mata.

Sejak dari hari itu , Gemini kerap memukul dan marah pada Fourth namun Fourth hanya bertahan saja.

Kalau orang lain di tempatnya sudah pasti telah keluar dari rumah itu dan tinggalkan Gemini. Tetapi Fourth tidak pernah berfikir begitu. Dia hanya bertahan dan hanya mahu tinggal bersama Gemini walaupun sudah banyak perkara buruk yang Gemini lakukan terhadapnya.

Adakalanya Gemini akan layan Fourth seperti dulu , baik dan lembut saja. Tetapi adakalanya dia bertindak ganas terhadapnya.

Sudah terbiasa dengan itu walaupun wajah Fourth yang terdapat luka kecil di bibirnya lebam di wajah, Fourth masih lagi berlagak seperti biasa.

SEE THE WORLD FOR ME Where stories live. Discover now