03 - | pencil box

568 39 219
                                    

kahaq qolqolah

you
STOP
AMBIK
PENCIL
BOX
AKU
GILA
PULANGKAN BALIK KUROMI AKUUUU
MAHAL TU
DAHLA LIMITED EDITION

kahaq qolqolah
Kalau aku taknak?

you
kau ni pencil box aku pun nak ambik🙄
tahula jeles aku ada pencil box kuromi
tapi tak payahla curi aku punya gak

kahaq qolqolah
Budak budak jela pakai pencil box macam tu.

you
DIAM KAU
SUKA HATILA
comel apa kuromi tu :<

kahaq qolqolah
Tak payahla guna emoji macam tu.
Comel.
[ THIS MESSAGE WAS DELETED. ]

you
kau delete apa bang
kenapa pulak tak payah🤨

kahaq qolqolah
Kau pakai jadi cringe.

you
FAK YOU
LIKE I CARE KALAU AKU CRINGE PUN
AKU HIDUP BUKAN UNTUK SENANGKAN KAU
BLA LA KAU
ANNOYING NAK MAMPUS

You blocked this contact.
Tap to unblock.

─────────────

"Weh Kahar, kau apahal?" Hakeem menjerit selepas satu suara hempasan yang berasal dari objek buku terdengar. Ia memandang ke sumber suara itu dan melihat Kahar yang menyandarkan kepalanya pada dinding, "Aku bodoh."

Usai berkata begitu, Kahar menghentakkan kepalanya pada dinding. Hakeem yang berdekatan dengannya panik lalu dengan tangkas menghalang kepala Kahar dari terus dihentakkan dengan telapak tangannya, "Kau dah kenapa gila?! Cuba bawa bincang."

"Kenapa eh Keem aku selalu timbulkan masalah? Padahal aku buat tu hanya sebab nak dia bercakap dengan aku.. dia tak suka nak bergaul dengan aku, dengan cara itu jelah aku boleh buat dia cakap dengan aku." suaranya kedengaran sangat putus asa, Kahar perlahan membiarkan badannya merosot ke bawah.

Hakeem yang melihat kondisi rakannya seperti itu tidak bertanya apa - apa, sebaliknya dia turut mencangkung di samping jejaka itu, "Kahar, aku yakin tak ada apa. Kau macam tak kenal dengan Amara tu, mesti nanti kau orang berbaik balik."

"Kau tak faham Keem, kali ni dia sampai blok aku." bahu jejaka itu terjungkit, menandakan ia telah pun mengeluarkan air matanya.

"Kahar kau nangis ke gila?! Weh tak payahlah nangis sial, aku tak pandai pujuk orang!!" Hakeem mula gelisah, ia dengan otak udangnya mencuba memujuk Kahar dengan menepuk - nepuk bahu lelaki itu. Tangannya yang satunya lagi mengambil salah satu buku yang berada di atas meja kelas lalu digunakan sebagai kipas.

"Macam mana ni Keem, nanti dia tak nak kawan dengan aku.."

"Kahar janganlah makin nangis!!"

Zahrin dan Fahmi yang melihat kedua rakan mereka itu memandang sesama sendiri dengan pandangan hairan.

─────────────

Kahar memusing - musingkan kotak pensil Amara yang berada di tangannya. Ia termenung sambil memikirkan cara untuk memujuk gadis itu.

"Cara - cara untuk pujuk girlfriend.." ia menaip itu pada telefonnya. Hakeem yang sedang duduk tidak jauh darinya terpinga - pinga, "Kau tengah buat apa, Kahar?"

surat cinta; a. kahar [discontinued]Where stories live. Discover now