04 - | rama - rama

506 28 123
                                    

"Naaila Amara, kau dengar tak ni!" gadis yang sedang bertopang dagu itu tersentak. Ia terlalu terkejut dengan teriakan dari rakannya sehingga tangannya tertarik, membuatkan dagunya terhentak pada meja.

"Aduh!" raungan kesakitan dari gadis itu buatkan Zahrin panik, "Eh weh aku mintak maaf, sakit sangat ke?!" Zahrin memegang dagu Amara, mencuba melihat ada sama area itu mempunyai kesan luka ataupun calar.

"Ish, sakitlah Zahrin." gadis itu menepis kasar tangan Zahrin, ia semakin meringis apabila tangannya sendiri menyentuh bahagian dagunya yang terluka.

Zahrin kelihatan resah melihat keadaan rakannya. Ia segera bergegas pergi ke arah Kahar yang sedang merehatkan kepalanya di atas meja, "Weh Kahar, urgent ni urgent!"

Kahar berdecih mendengar jejaka itu berteriak di telinganya, "Kau pahal, syaitan?" ia mengangkat kepalanya, merenung tajam anak mata Zahrin.

"Amara luka!"

"HAH?"

Kahar pantas bangkit dari kerusinya. Ia berlari anak menuju ke meja Amara yang terletak selang beberapa buah meja dari dirinya.

"Mana luka?" tangan kasar jejaka itu dengan lembut menyusuri setiap satu bahagian wajah cantik di hadapannya. Matanya terlalu fokus mencari dimanakah kesan luka yang di katakan.

Amara yang secara tiba - tiba menerima perlakuan begitu hanya mampu terdiam ditempatnya. Ia mengemam bibirnya, "Kahar.. aku okay."

"Okay apanya, tengok luka kat dagu kau ni." Kahar berdecak melihat reaksi gadis itu yang biasa saja, seakan tidak memikirkan langsung tentang dirinya yang baru saja terluka.

Dia mengeluarkan sesuatu dari dalam saku baju kemejanya, sebuah plaster. Masih dengan memegang lembut dagu Amara, Kahar mengoyak plaster itu menggunakan giginya.

Ia membuka dengan tertib plaster itu lalu melekatkannya pada dagu Amara yang kelihatan memerah. Kahar menghela nafas sesudah ia selesai, "Macam mana boleh luka?"

"Terkena bucu meja.." jari gadis itu memelintir hujung bajunya. Dia menunduk ke bawah, enggan balik menatap sepasang mata yang sedang melihatnya.

Kahar hanya diam melihat gadis itu. Dia menggelengkan kepalanya sebelum pandangannya jatuh pada Zahrin yang masih berdiri disamping meja bagai patung.

"Kau kenapa?" nada suaranya yang lembut berubah kasar sewaktu ia berbicara dengan Zahrin.

"Eh tak ada, aku.. aku nak jumpa Fahmi jap! Ha jumpa Fahmi jap, bye Amara!" kakinya dengan cepat pergi meninggalkan pasangan itu duduk berdua di dalam kelas.

Kahar hanya menatap kosong bayang Zahrin yang sudah pun hilang dari pandangan.

"Kau lapar?"

"Sikit."

"Nak aku bawak pergi makan?" Amara mengerling Kahar yang masih setia berdiri, "Setakat makan kat DM baik tak payah teman." ucapnya sedikit sarkastik.

"Dan siapa cakap aku nak teman makan kat DM?" Kahar tersengih melihat riak wajah keliru Amara.

"Hah?"

─────────────

Amara sedari tadi tidak dapat berhenti dari mengukir senyuman. Ia tersenyum sendiri sambil melihat Kahar yang berada di hadapannya.

surat cinta; a. kahar [discontinued]Where stories live. Discover now