"Kahar, kau join ke pertandingan nyanyian tu?" aku mendudukkan diriku disebelahnya. Walaupun tidak ia undang tetapi tak apalah, buat - buat macam di undang.
Kahar mengerlingku sebentar lalu ia sambung menulis sesuatu pada kertas yang sedang ia pegang.
"Kahar, kau palau je aku? Kahar sekarang dah selek sial." aku niatnya hanya ingin melawak dengannya tetapi yang aku dapat malah sebuah jelingan, "Uhm.. sorry."
Aku akhirnya hanya termenung melihat Kahar yang sedang menulis itu. Aku tidak dapat pastikan apa yang ia sedang tulis kerana terhalang oleh satu buku yang ia buat menjadi tembok pengantara kami berdua.
Aku yang sudah pun mula bosan bangkit dari kerusi. Kahar mengalihkan atensinya sebentar tetapi beralih kembali pada kertas itu, "Ish, yelah - yelah palau jelah aku ni!" aku menghentak kaki kesal, tanda protes lebih tepatnya.
Mengayunkan kaki ke luar kelas, aku melihat - lihat sekeliling, mencuba mencari idea kemana aku hendak melangkah. Akhirnya aku buat keputusan untuk pergi ke dorm Ayam dan Fakhri.
─────────────
"Boom! Aku menang lagi yuhuu!!" aku menari - nari di atas katil, melompat - lompat sehingga bunyi decitan katil terdengar.
"Kau kalau roboh katil aku, siap kau." Ayam memberi amaran.
"Eleh, dah kalah tu kalah jelah." sengaja aku menuang minyak di api yang sedang membara.
"KAU NI KAN AMARA!!" Ayam bangun dari perbaringannya lalu dengan cepat mengejar aku disekeliling bilik.
"Kau orang berdua ni, macam budak - budak." Fakhri memerli. Dia bergerak mengemas mainan kad UNO yang sedang kami mainkan tadi.
"Kau mesti main tipu kan?" aku mendecih tak percaya, "Kau dah kalah tak reti terima kenyataan ke?" Ayam meluaskan matanya sambil memandangku yang sedang terkekek, puas akan riak wajahnya.
"Eh Fakhri, awalnya simpan kad. Tak habis lagi aku kalahkan si Ayam." aku menolak bahu Ayam yang menatapku menyampah.
"Awal? Kau tak tengok jam ke?"
"Maksud kau?" mataku menjeling jam digital yang terletak elok di meja samping katil. Pantas saja aku melopong tak percaya, "Pukul 10? Gila, berapa jam kita main tadi."
"Lebih kurang empat jam." aku mengelipkan mataku beberapa kali, "Eh, contest nyanyi tu bila?"
"Sekaranglah cik adik oi, sebab tu lah kitaorang nak bersiap ni. Kau tak pergi?" aku menongkat daguku, berfikir buat seketika.
"Kalau pergi pun, Kahar tak masuk. Macam tak ada guna je aku pergi." aku berbicara di dalam hati. Risau kalau diorang berdua ni dengar, boleh mati aku. Sudahlah Ayam tu mulut murai.
"Tak kot, tengok dululah." aku berkata kurang yakin.
"Hm, yelah. Dah, tunggu apa lagi? Keluarlah, ke kau nak tengok aku bukak baju?"
"Ew! Tolonglah Ayam! Kau ingat kau Amir Ahnaf ke?" aku melempar kotak kad UNO itu padanya.
"Eh, sakitlah sial!" aku hanya hiraukan erangan kesakitannya. Siapa buat, dialah tanggung.
─────────────
"Ayam." suara garau itu memanggilnya dari belakang. Bahu Ayam terangkat efek tersentak akibat suara itu, "Ya..?" pandangannya jatuh pada wajah Kahar yang datar.
"Tolong aku boleh?" buat kali pertamanya, Ayam mendengar Kahar meminta tolong. Tidak pernah ia sangka seorang Kapla juga boleh meminta tolong.
YOU ARE READING
surat cinta; a. kahar [discontinued]
Fanfic"ingat romantiklah tu bagi - bagi surat." - 2023 | @elaqrsp