"Kau ni memang sial kan!" satu tamparan hinggap pada pipiku. Suara tamparan itu cukup kuat, aku sedikit bersyukur kerana keadaan di sekitarku sedang sepi.
"Aku suruh kau belajar kat sini untuk buat kau jadi lagi pandai, ni apa result sampah macam ni?" kertas itu dilemparkan oleh ayah tepat pada wajah aku. Aku hanya melihat miris kertas itu yang kemudiannya dipijak olehnya.
"Anak tak guna." ujarnya buat kali terakhir sebelum beredar dari pandanganku.
Air mata yang ku tahan mengalir, aku melutut, mengutip kertas yang ayah telah koyakkan untuk melampiaskan amarahnya.
Menyandarkan badanku pada dinding, aku mula melipat lututku rapat pada badan lalu membenamkan wajahku pada lutut. Aku menangis, suaraku tenggelam pada lutut aku sendiri.
Aku terlalu leka dalam melayani perasaan hinggakan tidak sedar sepanjang tadi ada sepasang mata yang memerhati, "Nangis je, aku ada kat sini." tangan itu mengelus bahuku, membantu aku mengeluarkan lagi tangisanku.
"Aku tak faham apa yang dia nak, dia yang paksa aku masuk sekolah jahanam ni, dia jugak yang marah bila keputusan aku sampah macam tu. Apa dia tak fikir ke perasaan aku kena lempar kat sekolah ni? Dia tak pernah kisah pun pasal aku, apa guna aku lahir kalau bapak aku sendiri tak nak aku dah?" aku masih tidak sedari siapa gerangan yang menjadi tempat luahan aku itu, yang aku fikirkan sekarang hanyalah untuk meluahkan semua keluh kesah yang tersimpan.
"Bapak kau tak nak kau, aku nak." respon dari si figura itu buatkan tangisan aku berhenti, "Hah?"
Mataku bertembung dengan sepasang anak mata berwarna coklat tua yang memandang ku penuh pesona, bagaikan ia di pukau dengan mataku.
"Kau tak nak hidup untuk dia, hidup untuk aku, Amara. Bertahan untuk aku. Bernafas untuk aku. Kekal jadi diri kau untuk aku." aku tertegun dengan ucapan Kahar.
Mata itu tidak lepas dari menatapku, "Aku tahu aku selalu cari masalah dengan kau, cari hal dengan kau, dan aku pun akui aku bencikan kau, sikit. Tapi tak bermakna, aku tak boleh ambil berat pasal kau kan?"
Ibu jari Kahar mengusap lembut pipiku, menghilangkan kesan tangisan aku. Satu senyuman diukirnya untukku, "Senyumlah."
Ia menarik lembut bibirku dengan kedua jari telunjuknya, "Kan cantik tu." aku menepuk lengannya, "Bodohlah."
"Sini, ikut aku." Kahar menarik tanganku, membantu aku untuk bangun. Aku mengejar langkah kakinya dengan tergesa - gesa, "Weh Kahar, rilek lah! Kaki kau tu dahlah panjang."
Dia hanya tersenyum mengejek padaku, "Kaki aku yang panjang ke, kaki kau yang pendek sangat?" ujarnya sinis.
Aku mendengus sebagai respon. Kahar berhenti pada sebuah bangku yang berada di belakang dewan makan. Dia membawaku mendekat pada bangku itu dan menyuruhku untuk duduk.
Menyelukkan tangannya ke dalam saku celana, Kahar mengeluarkan sekotak rokok dari dalam situ.
"Tak payahlah sedih lama sangat, sebatang dulu?" tangannya menghulurkan kotak rokok itu, menawarkan aku untuk mengambilnya.
"Malboro sia."
"Anak Abu Yamin gitulah."
Aku mengeluarkan pemetik api milikku tapi saat hendak menyalakannya, ia malah tidak berfungsi.
"Time macam ni lah kau nak rosaknya." aku mengetuk - ngetuk pemetik api itu sebelum satu tangan memberhentikan aku, "Tak payah, sini aku tolong."
Aku mulanya berfikir, ia akan menyuakan pemetik apinya padaku tapi aku silap besar.
Nafasku tertahan apabila wajah tampan di hadapan ku semakin mendekat dengan wajahku. Kahar menghalakan putung rokoknya bagi mengenai putung rokok ku, membantu menyalakan rokok tersebut.
Ia menarik kembali wajahnya setelah rokok ku berjaya dinyalakan dengan api dari rokoknya, "Kau buat apa, gila!" aku menarik cuping telinganya kasar, "Sakitlah, Amara!"
"Kau memang nak kena kan!!" aku yang sudah terlalu kesal berakhir menarik - narik rambutnya. Kahar meringis kesakitan, ia mencuba untuk lari dari diserang oleh ku.
"Mana kau nak lari, babi!"
"Amara, aku mintak maaf!!"
Kata maafnya tidaklah sebetulnya. Kahar kelihatan begitu puas melihat aku yang berdecih tak puas hati dengannya. Ia mengangkat separa kening, mencabar aku.
"Pahal tak kejar? Takut ke?" Kahar mencuba memancing emosi aku. Ia memainkan lidahnya, senyuman nakal masih terpatri di wajah.
"Kau nak cabar ke ni?" aku sudah menggertak gigiku, menahan emosi yang mula menggunung - gunung.
"Kau rasa?" perlinya. Aku yang sudah terbakar api pantas meluru ke arahnya. Selipar ku yang tertanggal aku biarkan di belakang, jadi aku hanya mengejarnya berkaki ayam.
Aku mengejarnya hingga ke bangunan sebelah, langsung tidak berasa penat. Kahar mula kehabisan tenaga untuk berlari, ia akhirnya tumpas di anak tangga menuju ke bilik aku.
"Dapat pun!"
Kahar tidak melawan langsung aku yang memukul belakang kepalanya, ia hanya pasrah kepalanya menjadi benjol nanti.
Setelah berjaya memukul - mukul jejaka itu, aku duduk disampingnya di anak tangga tersebut. Kepalaku aku letakkan di atas bahunya. Dapat ku rasakan bahu itu terjungkit dek kerana tindakan ku yang tiba - tiba.
"Kahar, walaupun kau ni macam sial tapi terima kasih weh." ujarku. Sedikit kedengaran seperti rungutan berbanding ucapan yang ikhlas.
"Terima kasih untuk?"
"Terima kasih, kau tolong aku lupakan sikit pasal masalah tadi."
"Tak ada apa lah. Nanti kau ada masalah lain, cari je aku."
"Untuk apa?"
"Biar aku jadi ubat untuk bantu kau sembuh dari luka - luka itu."
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.