"Abdul Kahar! Fokus depan boleh tak?" satu pen diambil oleh wanita itu lalu dibalingnya tepat pada dahi jejaka tersebut.
Jejaka yang dengan tenang melelapkan matanya terjaga apabila dirasakan dahinya yang pedih. Matanya terbuka, memandang pada wanita tua yang melihatnya tajam - seakan kalau ia hanya menghembus nafas sebentar saja ia bakal habis di tangannya.
"Awak keluar dari kelas saya. Sekarang!" dengan kelajuan maksimum Kahar terus bangun dari kerusinya, yang membuatkan kerusi itu terbalik kerana dampak samping daripada Kahar sendiri.
Ia berdesis apabila salah satu kaki kerusi itu mendarat di atas kakinya. Ia menggalas beg nya dan berjalan keluar dari kelas dengan keadaan yang agak tak teratur.
Amara yang melihat Kahar berlalu pergi itu spontan saja melepaskan tawanya yang ia tahan.
Kawan yang baik ialah kawan yang disaat cikgu sedar kawannya tertidur, dia tidak mengejutkannya.
Tetapi kini Amara terus merasa Tuhan membalas kembali perbuatannya yang mengetawakan jejaka itu.
"Naaila Amara, apa yang kelakar sangat tu? Nak kongsi dengan kawan - kawan yang lain?" wanita itu berkata sambil tersenyum sarkastik.
Amara sudah tertegun di tempat, "Oh uh, tak ada apa yang kelakar.. haha." ia merutuki dirinya yang kelihatan sangat berdusta di situ.
Wanita itu sekali lagi menjegilkan matanya. Ia berjalan ke arah meja Amara sambil di tangan terdapat sebuah pembaris yang panjang.
Ah sudah, tak sempat hidup si Amara ni.
Ktangg!
Ia memukul pembaris itu pada meja Amara - nafas gadis itu lantas tertahan. Lututnya mula goyah, risau sebentar lagi ia akan berakhir seperti Kahar juga.
"Kamu nak join rakan kamu yang keluar kelas tadi ke, Amara?"
Seharusnya Amara sedar yang berada di hadapannya sekarang ini ialah guru disiplin, bukannya guru biasa. Tetapi bukan Amara namanya jika tidak miliki perasaan berani mati.
"Ya cikgu, kalau boleh saya nak teman dia. Kesian seorang - seorang kat luar." Amara hampir saja menampar pipinya sendiri di hadapan wanita itu. Jawapan yang tersangatlah bodoh sekaligus terlebih bijak.
Sangatlah bijak.
Di saat yang genting begini, ia masih sempatnya bergurau? Lawak jenaka apa sebenarnya yang ingin Amara lakukan untuk wanita berumur itu.
Wanita itu memejamkan matanya sebentar sebelum satu perkataan yang Amara jangka akhirnya keluar dari mulutnya.
"Keluar."
Sang gadis mengeluh berat. Berat, berat gila.
Ia mengambil beg nya yang tersandar pada kaki meja dan mengayun langkah keluar.
─────────────
"Ini semua salah Kahar tu. Kalau bukan sebab dia, sekarang ni mesti aku tak macam gelandangan berkeliaran sekitar sekolah ni." aku menendang beberapa batu kerikil di tanah. Batu itu melayang jauh, terlalu jauh hinggakan sampai pada sasaran yang salah.
"WOI, kau dah kenapa bengap!" jeritan itu membuatkan aku mendongakkan wajahku, "KAU KENAPA BERDARAH - DARAH?" bukannya menjawap pertanyaan, aku malah kembali melontar soalan.
Aku menatapnya dengan tatapan penuh ngeri. Kepalanya yang berdarah itu dipegangnya, menahan darah dari terus mengalir.
"Tanya lagi. Dia yang tendang batu tu," sinis saja tatapan Kahar kepadaku, seakan memerli aku yang sedang tersengih.
YOU ARE READING
surat cinta; a. kahar [discontinued]
Fanfic"ingat romantiklah tu bagi - bagi surat." - 2023 | @elaqrsp