08 - | loker

310 32 36
                                    

Amara yang sedang melipat pakaian hampir saja mengoyakkan baju itu tatkala suara dorongan pintu memasuki pendengarannya.

"Amara, Amara! Urgent ni urgent."

Hakeem tercungap - cungap. Ia mengambil nafas panjang dan kembali membuka mulut, "Tadi kan, aku nak pergi kelas tahu. Lepas tu, kan sebelum sampai kelas kita tu kena lalu lorong kat loker tu kan?" Amara mengeluh kesal.

"Kau boleh tak cakap tu direct je? Memang perlu ke ceritakan salah silam kau, macam mana loker tu boleh terwujud, apa semua? Penting ke?" ia rasanya ingin memukul kepala Hakeem dengan pemukul lalat di ribanya ini.

Hakeem menggigit bibirnya. Ia agak was - was untuk bercerita tentang ini kepada Amara, risau jikalau diketahui oleh seseorang itu maka tamat sudah riwayat hidup bujangnya.

Sudahlah tidak mendapatkan kekasih lagi, tak akanlah ia harus mencari di kubur sekelilingnya nanti?

"Gini ceritanya, waktu lalu depan area loker tu, aku nampak yang loker kau penuh dihiasi dengan bunga tulip. Tu bukan ke bunga kegemaran kau? Siapa je tahu kau suka bunga tu selain daripada aku?"

Mata Amara hampir saja terkeluar daripada soketnya, "Loker aku penuh bunga?!" Hakeem mengangguk agresif. Ia menceritakan lebih teliti disertai dengan gerakan tangan yang memainkan peranan.

Amara betul - betul memasang telinganya kali ini. Ia menjilat bibirnya yang terasa kering, siapa pula yang memberinya bunga? Tahulah hari ini ialah hari Valentine tetapi tak akanlah sampai begitu bersungguh hingga ke tahap menghias lokernya?

"Kau ada beritahu sesiapa ke?"

"Sumpah tak ada Keem, kau seorang je yang aku bagitahu aku suka bunga apa. Buat apa juga aku cerita kat orang aku suka bunga apa." Amara sudah puas menguras segala pengetahuannya tetapi tiada satu pun nama yang terbesit di fikiran.

"Kau eh yang letak!"

"Tak kuasa aku! Kau bukan taste aku."

Baiklah, itu berjaya menghancurkan harga diri Amara. Dia mencapai pemukul lalat yang masih terletak elok di riba lalu mengayunkan pada Hakeem yang mencuba melindungi dirinya.

Amara masih lagi ingin bertanya tentang loker nya yang dihiasi bunga pada Hakeem tetapi nada dering telefon Hakeem menahan hasratnya, "Eh Amara, Kahar dah telefon aku ni. Cau dulu eh? Bye!" Amara menatap kosong pemergian Hakeem itu.

Dia sedang menguras otak, membuat tekaan siapa saja yang boleh menjadi dalang di sebalik kejadian ini.

Fakhri? Tak mungkin. Lelaki itu terang - terangan menolaknya dengan mengatakan ia hanya menganggap Amara sebagai adiknya.

Ayam? Lagilah bukan. Lelaki itu sedang dilamun cinta dengan kenalannya di media sosial.

Zahrin? Lelaki itu sudah pun memiliki kekasih. Begitu juga dengan Fahmi.

Ariz? Lelaki itu juga sibuk mencuba menambat hati seseorang.

Tak mungkin kan?..

Naik berpusing kepala Amara tika memikirkan sesuatu, "Kahar ke? Aish, merepek je! Mamat tu? Bagi bunga? Hias loker? Mengarut, tulis surat maaf pun sampai habis buku tu di pakainya." Ia mencuba menyakinkan dirinya tetapi hatinya masih lagi berasa seperti ada sesuatu yang tidak kena.

"Susah sangat biar aku sendiri pergi tengok."

─────────────

"Apa.. kah."

Gambaran yang terpapar di depan mataku cukup banyak buatkan aku tidak boleh bergerak bahkan sekadar berkedip mata pun ku tidak mampu.

Aku menyentuh bunga - bunga yang dililit di sekeliling loker itu — terpana apabila di setiap satu kelopak itu diselitkannya kertas kecil yang membentuk hati berwarna merah terang.

Baru ku lihat dari luar, belum lagi aku buka loker ini. Agaknya apalagi kejutan yang gerangan ini sediakan untukku.

Kerana terlalu lama mengangumi karya di hadapan mata, satu susuk yang muncul di sebalik bahu ku tidak aku sedari. Suara kasar tetapi dengan nada yang lembut itu akhirnya bersuara, memunculkan dirinya.

"Suka?"

Hampir saja aku memaki figura itu. Memusingkan badanku menghadapnya, aku sekali lagi di buat terkedu dengan kejutan ini.

Rasanya ini ialah kejutan yang paling buatkan aku terkejut beruk.

"Aku yang.. hias loker kau. Maaf, kalau tak sesuai ekspektasi. Maaf jugak sebab aku tak sengaja terbaca isi diari kau. Mesti kau pelikkan kenapa aku boleh tahu kau suka bunga tulip? Sebab dalam diari kau, kau ada tulis,

“Something that i want to receive someday.”

Jadi aku harap, aku orang pertama yang berikan bunga ini kepada kau."

Jikalau bukan kerana masih lagi memiliki perasaan malu, pasti aku sudah memeluk tubuh sasa jejaka ini. Hampir saja aku menitiskan air mata jantan ku.

"Kau hias semua ni, sendiri?"

"Iya, Butterfly. Kahar yang hias semua ni sendiri."

Aku perlahan mendekat padanya. Dengan ragu - ragu, aku menatap kedua mata itu bergetar. Kahar menelengkan kepalanya, tanda tidak mengerti dengan perlakuan aku.

Kau boleh Amara, kau boleh. Lepas ini, kau kuburkan je diri kau hidup - hidup. Tak perlu susah payah hadap muka hensem depan kau ni.

Cupp!

"Thank you for the Valentine's gift, Kahar."

Kahar tidak membalas. Ia hanya tersenyum, senyuman yang bukan berupa sinis mahupun nakal. Ianya sebuah senyuman ikhlas.

Tangannya naik, menyentuh pucuk kepalaku. Ia membelai pelan sambil menelusuri setiap inci wajahku.

Menundukkan sedikit badannya, bibirnya akhirnya mendarat tepat di dahi ku.

"You're welcome, my Butterfly."

°୭‌• =‌➳━━✫・*。─────────────

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

°୭‌• =‌➳━━✫・*。
─────────────

I LOVE THIS CHAPTER WITH ALL MY HEART GOODBYE.

THIS IS DEFINITELY MY FAV CHAPTER AMONG ALL THOSE I WROTE BFR.

Manifesting someone do this to me bfr aku habis sekolah🕯️🕯️🕯️

surat cinta; a. kahar [discontinued]Where stories live. Discover now