07 - | hujan

358 29 40
                                    

Konsentrasi aku yang sedang membaca buku terganggu apabila kerusi disamping di tarik oleh satu figura. Aku menjeling gerangan itu sekilas lalu sambung kembali membaca buku.

"Apa yang seronok sangat buku tu? Tak bosan ke hadap itu je dari tadi?"

Buku aku di turunkan pelan oleh si gerangan, menampilkan wajahnya yang sedang sedikit cemberut. Aku menghela nafas panjang, "Nak apa, Kahar?" jejaka itu hanya diam menatapku.

"Kalau tak ada apa, jangan kacau aku nak baca buku. Rasa dah bosan sangat, keluarlah. Tak perlu teman aku." aku mengangkat kembali buku itu, membuatkan rungutan Kahar terlepas.

"Bosanlah kau ni."

"Okay, Mr. Kapla."

Dapat ku dengar kerusi dihadapan ku seperti di tarik, menandakan Kahar sudah beranjak pergi dari hadapan aku. Aku akhirnya mendapatkan ketenangan untuk membaca.

Bermula dari rak pertama sehinggalah rak terakhir, aku sudah membaca kesuluruhan buku daripada penulis yang sama.

Buku yang terakhir sekali sedang ku baca aku putuskan untuk meminjamnya. Aku menutup buku dan meletakkannya sebentar di atas meja.

Mataku berkeliaran, mencari susuk Kahar yang entah hilang kemana. Aku hanya mengambil tidak endah, mengambil kembali buku yang ku letakkan di atas meja untuk dibawa ke kaunter perpustakaan.

Selesai mendapat izin untuk meminjam, aku berjalan kembali ke arah meja yang ku duduki bersama Kahar tadi. Masih tidak kelihatan figuranya.

"Haih, mana pergi mamat tu? Merajuk dengan aku ke?" aku memanjangkan leherku, mencuba melihat - lihat jikalau jejaka itu ada di tempat yang tersembunyi dari pandangan.

Setelah lebih empat menit aku mencari, akhirnya ku membuat keputusan untuk keluar dari perpustakaan terlebih dahulu.

"Ah sudah, hujan.." dapat ku rasakan titisan air hujan yang jatuh di atas kepalaku. Aku dengan segera berlari ke arah pondok bas yang terdekat, berteduh buat seketika di situ.

Hujan yang mulanya renyai - renyai itu bertukar deras. Aku berpeluk tubuh, mencuba menghangatkan badan ku yang mula kesejukan dek kerana pakaian ku yang sedikit nipis.

"Dahlah aku tak bawak baju hujan aku." aku merutuki kebodohan ku sendiri. Terlalu lalai sehingga tidak sedar objek itu tidak ku bawa.

Sudahlah dengan baju hujan yang tiada, payung apatah lagi. Sekarang bagaimana aku hendak balik? Kahar pula dah menghilang kemana saja aku tidak tahu.

Pondok bas di sini tiada kerusi, entah kerana faktor bas di sini yang sememangnya mengambil tepat pada masa ataupun faktor kawasan ini kekurangan uang jadi mereka tidak meletakkan bangku di pondok bas ini.

Jadi beginilah sekarang, aku duduk bertekuk lutut sambil mencuba menelfon seseorang untuk mengambilku.

Jarak asrama dengan pusat perpustakaan ini cukup jauh. Aku dengan Kahar saja menggunakan bas untuk datang ke sini, tak mungkin balik aku berjalan kaki pula kan?

"Ish mangkuk ni, bukannya nak online time macam ni." aku hampir saja mengeluarkan semua nama haiwan dari mulut ku kerana terlalu geram akan Fahmi yang tidak kunjung mengangkat telefonku.

Aku juga sudah cuba menelfon Zahrin serta Hakeem, tetapi tetap juga tiada seorang pun yang mengangkat.

"Dah mampus ke apa tiga - tiga ekor ni?!" aku kembali berdiri kerana letih duduk bertekuk lutut sedari tadi. Telefon yang berada di genggaman ku jeling, "Ini kalau si Ariz pun tak angkat, memang aku putus kawan." aku bertekad untuk mendail nombor telefon lelaki itu.

"Hello?"

Sebuah senyuman lega akhirnya muncul pada wajahku, "Hello Ariz! Kau dekat mana sekarang?"

surat cinta; a. kahar [discontinued]Where stories live. Discover now