BAB 7

0 0 0
                                    

ADUH

“Abang,sakitlah kenapa berhenti tengah jalan ni?”Marah Sara sambil mengosok dahinya yang berlanggar dengan belakang Danish

“Ara,tu bukan ke along?”Tanya Danish sambil menundingkan jari kearah satu pasangan.

“Tapi siapa pula perempuan tu?”Tanya Danish lagi

“Client along kut.”Jawab Sara.

Hairan juga dia selepas melihat kearah yang ditunjukkan oleh abangnya tadi.

Lama Danish perhati

“Abang tak rasa client.Cara dia tenung perempuan tu macam lain je.”

“Dah tu takkan awek along pula.Dia mana pernah bercinta sebelum ni.Kalau dia bercinta mesti dia bagitahu kita.”Sara kehairanan

“Jum kita buktikan”

Laju sahaja Danish menarik tangan Sara untuk menghampiri alongnya.

“DAH tu takkan u biar je.”Sambil tertawa aku menyoal

“Memang taklah,i ni abang yang baik ye.”Dengan angkuh dia menjawab.

“Ceh yelah tu tah-tah u biar je”

“Betullah,takkan u tak percayakan i”Faiq cuba pertahankan diri

“Tak.Memang taklah i nak percayakan u”Sambil menundingkan jari kearah dia.

“Along”Panggil seorang lelaki.Disisi lelaki tersebut terdapat seorang remaja sekolah yang tersenyum memandangnya.

Aku membalas kembali senyumannya.

“Siapa ni along”Tanya gadis itu pula

“Korang buat apa dekat sini?”Tanya Faiq kembali tanpa membalas pertanyaan gadis tersebut.

“Along tak jawab pun soalan.Jangan nak tukar topik ye along.”Laju lelaki itu berkata selepas menyedari bahawa Faiq seperti ingin melarikan topik.

“Kawan along.Aileen kenalkan nilah adik-adik i yang i cakapkan tadi.Danish and Sara.”

“Ouhh,hai”Ramah aku sambil melambaikan tangan kepada mereka.

“Hai”Serentak mereka menjawab

“Awek ke long?”Tanya lelaki yang digelar Danish.

Saja nak menyakat alongnya

“Future wife to be”

Jawapan Faiq membuatkan aku tergamam dan pantas memandangnya,manakala Danish dan Sara sudah berdehem.

“Ehh,taklah kami kawan je”Pantas aku menjawab

“Faham.To be ye along.”Ish adik dia ni annoying juga ye.

“Takpelah mungkin akak malu dengan kita.”Kata Sara

“Malu dengan kau je dengan abang tak.”Sambil menarik kerusi disebelah ku Danish menjawab.

Amboi dia ni tak dipelawa main duduk je,dahlah sebelah aku kalau sebelah Faiq takpelah

“Ehhh kau bangun janagn nak berangan duduk sebelah dia ehh.Aku hempuk kau satgi.”Laju Faiq melarang Danish duduk disebelah ku.

“Entah abang nish ni tak tahu malu.”Sara back up alongnya

“Ala kau ni kedekutlah,dia ok je aku duduk sebelah dia.Kan sayang?”Kata Danish sambil memandang aku

“Ehh engkau jangan nak bersayang-sayang dengan princess aku ehh.Sini kau”Marah Faiq sambil menarik Danish dari terus duduk disebelah aku.

Laju Sara mengambil tempat disebelahku selepas Danish bangun.

“Cewahhhh princess”Sakat Danish

“Ala along relakslah dah alang-alang along dekat sini bolehlah along belanja kitaorang.Jimat duit.”Tambah Danish lagi

“Kau ingat duit aku untuk dihabiskan dekat kau je ke?”Marah Faiq

“Ouh lupa nak simpan duit untuk kahwin dengan Aileenkan?”Sakat Danish lagi

Sara hanya melihat sambil ketawakan alongnya.

“Aileen,umur u berapa?”Tanya Danish

“20”

“Ouh samalah kita.Then i will call you sayanglah”

Terus Faiq menghempuk kepala Danish

“Kau jangan nak caras aku.Pergilah dekat awek-awek kau yang berlambak tu.”

“Orang bergurau je pun”Faiq menjeling Danish

“Dah berapa lama akak kenal dengan along”Tanya Sara pula

Takkanlah baru keluar sekali dah macam-macam disoalnya aku.Baru first time keluar dengan Faiq dah boleh terserempak dengan adik beradik dia.Silap-silap dengan mak ayah dia aku terserempak nanti.

“Baru je”Jawab aku

“Nanti bawaklah kak Aileen jumpa dengan ibu,mesti ibu happy akhirnya anak sulung dia ni berkawan dengan perempuan.”Kata Sara dengan bersemangat

“Akhirnya anak sulung dia ni laku”Kata Danish sambil menyedut air yang dipesan oleh Faiq

“Kau dah lama hidup ke?”Tanya Faiq

“20 tahun dah”Kalini makanan Faiq pula dimakan oleh Danish.

“Ish pergilah order makanan kau sendiri”Pantas pinggan makanannya ditarik kembali oleh Faiq

“ALHAMDULILLAH”Ucap Danish apabila selesai menghabiskan makanan.

“Lepasni along nak dating mana”Tanya Danish kepada Faiq

“Suka hati akulah nak dating mana pun,kau tak payah nak menyebuk”

“Alaa orang tanya je pun”

“Ara nak ikut boleh tak?Ara nak borak-borak dengan akak lagi.”Ucap Sara pula

“Alaa nanti kita boraklah lagi.”Kata aku untuk menyedapkan hati sara.

“Along ara kan kena masuk kerja lepasni”Tambah aku lagi

“Hurm yelah,nanti akak datanglah rumah boleh sembang-sembang dengan ibu sekali.”Ajak Sara

“Insyaallah”

“Ara nak nombor akak boleh tak?Nanti senang kita nak borak.”

“Sure.”

“I pun nak nombor u sayang”Ucap Danish

PUKK

“Ahhh sakitlah along”Marah Danish sambil mengosok kepalanya yang dipukul oleh Faiq

“Padan muka abang nish”Ejek Sara

“Dah kau pergi bawa ara balik jangan nak merayap”Arah Faiq

“Jom love”Ajak Faiq pula

“Bye Sara jumpa lagi”Ucap aku pula untuk meninggalkan tempat makan

“I,u taknak bye ke Aileen nanti kalau i rindu macam mana”Kata Danish

“Kau ni kan”Marah Faiq pula.Nak pukul jauh pula.

“Bye Danish”Kata aku sambil tertawa kecil.

the right person Where stories live. Discover now