BAB 15

1 0 0
                                    

Sudah dua hari umat Islam menjalani bulan puasa.Dan harini juga aku dan Faiq akan keluar untuk berbuka puasa bersama.

Jam ditangan menunjukkan pukul 5.40 petang.Aku berjanji dengan Faiq untuk bertemu jam 5.30 dibazar untuk membeli makanan untuk membuka puasa dan kemudian kami akan pergi ke tasik ketika second date kami.

Aku bergerak kesini dari jam 5 petang dan tiba kira-kira 5.15 petang.

“Mana dia ni,janji nak jumpa pukul 5.30.”Omelku sendirian

“Kalau tahu dia lambat memang aku dah gerak lewat dah.”

Dari kejauhan kelihatan Faiq yang menuju ke arah ku dengan santainya.

“Ehh-ehh mamat ni dia boleh lenggang kangkung je padahal dia lambat”Marahku.

Lantas aku mengeluarkan iphone ku untuk merecord dia

“Ewah dengan tak bersalahnya muka dia tu.”Sambil aku merakam dia aku membebel.

Selamba weh dia berdiri depan aku dengan buat muka tak bersalah lepastu acah-acah pandang tempat lain.

DAHLAH TAK MINTA MAAF

“Sorry,kenapa ye datang sini?Salah orang rasanya.”Kataku

“Ehh salah orang ehh sorry-sorry.”Ucap Faiq sambil mengemaskan rambutnya dengan memandang telefonku yang sedang merakamnya.

Ehh melampau pula dia ni acah-acah hot pula.Bukannya boleh nampak pun muka dia yang dia beria pandang telefon aku pahal.

Lagi menambah kemarahanku apabila Faiq dengan berlagaknya pergi selepas acah hot didepanku.

“Eii kau ni kan.”Marah ku sambil mengenggam sebelah tangan ku lagi sambil membuat gaya ingin menumbuknya.

“HAHAHAHAHA,sorry-sorry.Janganlah marah love bulan puasa ni.”

“U lah,dahlah lambat lepastu nak acah cool buat muka tak bersalah pula.”

“Okay-okay i minta maaf sebab buat u tertunggu-tunggu.Jom i belanja u.”

Pantas dia menarik hujung lengan baju ku tanpa sempat aku bersuara,Aku hanya menjeling dia sambil membuat muka.

“U nak makan ape love?”

“Hurmmm entah tapi i nak air green tea.”

“So jom kita beli air dulu.”

Kami pun bergerak kearah gerai yang menjual air.Faiq membeli air green tea ku berserta air tebu untuk dirinya.

Kami kemudiannya pusing satu bazar untuk melihat dan membeli makanan untuk berbuka puasa.

SELESAI meletakkan kereta di tempat yang disediakan,pantas aku mengeluarkan diri dari dalam perut kereta dan menuju kearah Faiq yang sedang menjinjing makanan kami yang telah dibeli tadi.Dia membawa kesemua plastik makanan yang dibeli oleh kami.

Aku dah pelawa nak bawa tapi dia tak bagi jadinya dialah yang pegang semua makanan dari dalam bazar hinggalah tiba di tasik.

Jam menunjukkan pukul 7.Okey berapa minit je lagi sebelum berbuka.

Faiq membentangkan tikar dan meletakkan kesemua makanan dan minuman diatas tikar tersebut.

“How your day beby?”Tanya Faiq

Hmm beby pula.

“If u dah guna semua nama panggilan then i nak guna panggilan apa untuk u.”Kata aku sambil menjulingkan mata.

“Awww u dah mula buka hati untuk i ke love?”Dengan teruja dia bertanya

Lain yang orang cakap lain pula yang dia jawab.

the right person Where stories live. Discover now