BAB 16

2 0 0
                                    

HARINI aku akan berbuka puasa bersama Faiq dan adik beradiknya yang lain.Faiq yang akan menjemput ku nanti.

Aku telah siap dan hanya menunggu Faiq tiba.Aku memakai dress berwarna hitam dan hanya memakai tudung bawal kosong berwarna olive.Sara ada memberitahu supaya memakai baju warna hitam.

Kelihatan kereta Faiq dihadapan rumah,pantas aku pergi kearahnya yang baru sahaja keluar dari kereta.Dia membukakan pintu disebelah pemandu untuk ku.

“Untuk aku takde pula kau nak bukakan ehh.”Kata Danish yang berada dibelakang selepas Faiq memasuki kereta.

“Ehh why kau tak duduk depan?”Soalku

“Cinta hati kaulah tak bagi.”Danish menjawab sambil memuncungkan mulut dan menjeling Faiq.

“Wahh akak matching dengan along.”Ouh yeay Faiq ada memintaku untuk memakai warna olive jadinya aku memilih untuk memakai baju mengikut warna yang dikehendaki oleh Sara dan tudung warna yang dipinta oleh Faiq.

Faiq pun memakai baju berwarna olive dipadukan dengan seluar berwarna hitam.

“kitaorangkan partner of the year”Sara hanya membuat muka menyampah apabila mendengar jawapan dari alongnya itu.

“Ahhh asal aku sorang je sesat warna biru ni?Korang tak bagitahu pun nak tema hitam,hijau.”Rungut Danish apabila dia sorang sahaja yang memakai baju berlainan warna.

“Kau pergilah ajak aweks kau tu matching-matching”

Danish hanya memasamkan muka sambil memeluk diri.

“Eii buruklah abang merajuk.”Kata Sara sambil mencubit pipi Danish.

“Jangan kacau aku”

Aku hanya menoleh ke bahagian belakang sambil tersenyum melihat telatahnya.

“Korang dah pilih tema untuk hari raya?”Tanya aku

“Dah,ara ingat nak warna pink.”

“Sama”Teruja aku dan Sara kerana kami memilih warna yang sama.

“See tak ajak pun nak warna sama.Selalu pinggirkan aku.”Sampuk Danish tidak berhenti membuat muka.

“Apa abang ni.Kitaorang tak plan pun,ni baru tahu yang kitaorang sama tema.”Kata Sara

“Yang kau ni perangai macam budak-budak ni kenapa?”Sampuk Faiq pula.

“Kalau macam tu aku pun nak warna pink tahun ni.”

“Ikut kaulah”Serentak kami bertiga.

KAMI telah menempah tempat untuk berbuka puasa.Kami hanya menikmati makanan dan sekali sekala kedengaran tawa kami kerana melihat telatah Danish.

Sesudah selesai menjamu selera,kami bergerak ke masjid berdekatan untuk menunaikan solat maghrib dan isyak sebelum kami sambung aktiviti seterusnya.

Misi mencari baju raya.

“AKAK nak cari baju macam mana”Tanya Sara sambil memeluk tanganku.

“Akak ingat nak cari kebaya”

“Wahh cantik-cantik.”

“Cantikkan baju ni?”Aku menanyakan pendapat Faiq dan Sara.

“Cantik,sesuai”Jawab Faiq dan disokong oleh Sara.

Susah juga nak cari kebaya dekat sini.Kebanyakkannya baju kurung moden,sudah susah untuk kita melihat baju-baju tradisional dijual.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 02, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

the right person Where stories live. Discover now