[01:00]
Luna Arina hanya membaringkan diri di atas katil. Lagu Kidult daripada kumpulan kegemarannya iaitu Seventeen tidak lagi dapat membantu Luna untuk bertenang. Malah dia rasa lebih serabut apabila teringat tentang mimpi yang dilaluinya tiga hari berturut-turut sejak hari raya aidilfitri tempoh hari.
Dia cuba untuk tidak memikirkan tentang mimpi yang dilaluinya itu namun semakin dia cuba untuk melupakan mimpi tersebut, semakin terngiang-ngiang imej banglo besar tersebut dalam fikirannya.
Sejak akhir-akhir ini, dia sering terselisih dengan Adam yang datang pada malam raya tempoh hari. Namun dia masih tidak berani untuk menegur.
Sehingga kini, masih segar lagi kata-kata yang dilontarkan oleh budak lelaki tersebut dalam ingatannya.
"Kawan saya cakap dia malu nak tegur akak, dia kata kalau boleh nak jumpa akak lagi" Ujar Adam sambil tersenyum ikhlas.
Dia sering terbayang bahawa senyuman ikhlas yang diberikan oleh Adam itu bertukar sinis.
Luna membelek-belek buku novel kegemarannya yang bertajuk Our Tomorrow. Walau sudah hampir berpuluh-puluh kali dia membaca buku itu, dia tetap tidak puas. Novel tersebut mengisahkan tentang 11 sekawan yang penuh dengan kisah menarik. Mungkin disebabkan Luna bukanlah seorang yang senang untuk bergaul dan susah untuk mendapat kawan seumur dengannya membuatkan dia obses dengan buku tersebut. Buku itu telah membuatkan dirinya terasa seperti tidak lagi keseorangan.
Matanya tertoleh pada kelibat yang berada di hadapan pintu biliknya yang separa terbuka. Tubuh kecil berpakaian putih dan mempunyai rambut lurus yang panjang sambil menunduk memandang lantai.
Terkumat-kamit Luna membaca segala surah yang terlintas dalam kepalanya. Sehinggakan dia terbaca doa berbuka puasa. Nasib Luna baik kerana kelibat itu hilang tanpa menganggu mahupun menyakitinya.
Belum sempat dia bangun dari katil, sebuah gambar lama jatuh dari buku yang dipegang tadi.
Luna membelek gambar tersebut dengan wajah yang hairan. Seperti apa yang dikatakan tadi, Luna Arina sudah membaca buku tersebut hampir berpuluh-puluh kali. Namun ini merupakan kali pertama dia lihat gambar tersebut.
Gambar tersebut merupakan gambar sebuah keluarga. Terdapat sepasang suami isteri sedang berdiri bersama seorang anak perempuan di tengah-tengah mereka. Belakang keluarga tersebut merupakan banglo yang mewah dan berdiri megah. Mungkin ini banglo yang sama dapam mimpinya itu. Namun ia banyak perbezaan dengan apa yang dilihat dalam mimpi Luna.
Terdapat juga tarikh dan nama ahli keluarga tersebut pada belakang gambar.
211105
Siti Noraishah
Mohd Inzuddin Zaki
Qaira Nasuha
YOU ARE READING
KAMI datang nak raya!
HorrorBeritaSandra (rabu hingga ahad) 22 May 2022- Hantu di Malam Raya? Ramai yang percaya bahawa syaitan dan jin akan diikat menjelang ramadhan. Jadi ketika syawal menjelma adakah hantu akan terus dilepaskan? Seorang pengguna aplikasi Twitter telah mence...