[11:30]
[22 May 2006]"assalamualaikum! Kami datang nak raya!" jerit sekumpulan kanak-kanak dihadapan banglo SitiZaki yang sangat cantik dan megah.
Sekumpulan kanak-kanak tersebut dijemput baik masuk ke perkarangan banglo tersebut. Mereka dijamukan dengan pelbagai jenis makanan dan kuih-muih yang mahal dan sangat sedap.
Semuanya baik sahaja tetapi tidak sehingga Qaira Nasuha datang berbisik kepada emaknya sambil menunjuk kepada salah seorang daripada sekumpulan kanak-kanak yang berada di situ.
Datin Siti Noraishah terus menuju ke sekumpulan kanak-kanak tersebut. Sehinggalah dia berhenti betul-betul di hadapan seorang budak perempuan bernama Sara.
Datin Siti menarik Sara ke dapur dan meminta kalung yang berada di leher Sara. Namun Sara enggan memberinya dan masih berdegil walaupun dipaksa oleh Datin Siti. Sara tidak mahu melepaskan kalung itu kerana itu merupakan pemberian terakhir arwah atuknya.
Qaira terus meraung dengan kuat sehingga membuatkan ayahnya datang melihat aksi pergaduhan mereka. Tanpa membuang masa Dato Mohd Inzuddin Zaki terus merentap kalung yang berada di tengkuk Sara sehingga menyebabkan tengkuk Sara berdarah.
Selepas melihat sahaja keadaan Sara, Dato terus mengangkat dan membawa Sara ke belakang banglo SitiZaki yang merupakan hutan tebal.
Dato menggali tanah dengan menggunakan kedua-dua tangannya sahaja. Sebelum menanam Sara, dia sempat menikam kanak-kanak yang tidak bersalah itu. Sara dituduh telah mencuri kalung milik anaknya yang telah hilang 2 bulan yang lalu.
Tanpa mereka sedar, kalung Qaira itu telah dicuri oleh pembantu rumahnya sendiri. Kalung itu juga telah dijual dengan harga Rm1 500 dan dibeli oleh atuk Sara.
Dato terus beredar dari situ. Dia yakin bahawa tiada siapa yang akan terjumpa Sara di situ. Dia berfikir bahawa sekiranya dia membiarkan Sara hidup dengan lehernya berdarah, pasti kedua-dua ibu bapa Sara akan menyebarkan berita tentang dirinya sekaligus membuatkan imejnya yang baik menjadi buruk dan dipandang keji oleh penduduk. Syarikatnya juga pasti akan bankrupt.
Masuk sahaja Dato ke dalam banglonya itu, banglo tersebut terus terbakar dengan api yang sangat marak dan besar sehingga tiada langsung mangsa kebakaran yang terselamat. Mungkin itulah balasan yang dikenakan oleh keluarganya dan pembantu mereka yang sanggup menganiayai majikan mereka sendiri.
[05:00]
"Arghh!'
Sudah dua kali dalam sehari Luna menjerit ketika sedang tidur. Puan Linda terus membebel kepada anak tunggalnya itu.
"Itulah dulukan abah dah pesan jangan tidur petang-petang. Tambah pula tidak basuh kaki sebelum tidur. Ini baca doa ke tidak tadi?" Bebelan Puan Linda tidak lagi masuk ke telinga Luna. Kini otaknya giat memikirkan tentang Sara.
Dia terus menuju ke belakang rumah mereka. Dia yakin hutan yang berada di belakang rumah mereka kini merupakan hutan yang sama dengan mimpinya tadi.
YOU ARE READING
KAMI datang nak raya!
HorrorBeritaSandra (rabu hingga ahad) 22 May 2022- Hantu di Malam Raya? Ramai yang percaya bahawa syaitan dan jin akan diikat menjelang ramadhan. Jadi ketika syawal menjelma adakah hantu akan terus dilepaskan? Seorang pengguna aplikasi Twitter telah mence...