chapter 10

17 3 2
                                    

[06:00]

Hari kian gelap menandakan sudah hampir senja. Hampir sejam Luna mencari tempat dimana Sara ditanam namun masih tidak dijumpai. Luna bercadang untuk beredar dari situ sebelum senja.

Belum sempat Luna beredar dari situ, langkah kakinya terhenti apabila terdengar seseorang menyebut namanya dan dia merasakan bahawa terdapat sepasang tangan yang mencengkam erat kakinya. Luna percaya bahawa pemilik tangan itu adalah Sara.

Sangkaan Luna tepat apabila melihat kalung yang kini bercahaya di leher milik Sara. Entah bagaimana kalung itu masih cantik terpasang dileher Sara walaupun sudah diambil oleh Datin beberapa tahun yang lalu.

Sara memberikan kalung tersebut pada Luna dan secara serta merta Sara pengsan. Tanpa melengahkan masa, Luna terus mendail nombor polis dan mencari waris Sara.

Luna bersyukur kerana dapat membantu Sara yang telah lama terseksa akibat dibunuh dengan sangat kejam. Luna juga menceritakan tentang kisah hidup Sara kepada pihak polis.

Nasib Luna baik kerana polis mempercayainya.

Akhirnya kes kemalangan dua polis, kes kebakaran di banglo SitiZaki dan juga kes kehilangan kanak-kanak bernama Sara suatu ketika dahulu dapat diselesaikan.

[07:00]

Setelah selesai sahaja bacaan talkin dibacakan oleh Tok Imam. Sara terus dikebumikan. Ibu bapa Sara menunduk sepi, memandang jasad anaknya yang telahpun berkain kafan. Mahupun Sara dibunuh bertahun-tahun yang lalu, namun mayat Sara masih cantik seperti baru sahaja meninggal dunia 5 hari lepas.

Tanpa sedar, Adam merupakan anak kepada kakak Sara dan disebabkan Adam juga lah Luna dapat mengenali Sara dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Sara.

Pandangan Luna beralih kepada seorang budak perempuan yang duduk tidak jauh daripada kawasan pengebumian Sara tersebut. Ya, budak itu ialah Sara. Adam yang sedar akan kehadiran Sara terus melambai kawan baiknya itu.

Luna menyeluk poket baju kurungnya dan mencapai seutas kalung milik Sara kemudian menghulurkannya kepada Adam. Tanda persahabatan dan persaudaraan mereka berdua.

Luna dan ibunya juga pindah ke kawasan perumahan lain kerana tidak sanggup untuk menetap di tapak perumahan banglo milik Dato yang sangat keji itu.

[The End]

KAMI datang nak raya! Where stories live. Discover now