[08:00]
Beberapa saat Luna Arina hanya memandang air yang mengalir laju masuk ke dalam lubang singki. Luna cuba untuk berfikir waras.
Dia melihat pantulan mukanya di cermin. Dia tertanya-tanya mengapa dia terlibat dengan perkara misteri seperti ini. Kenapa dia dan bukan orang lain?
Tiba-tiba sesuatu terlintas dalam fikirannya. Terus dia berlalu pergi ke bilik milik Puan Linda untuk mencari komputer riba lama milik arwah ayahnya. Nasib sahaja komputer riba itu masih berfungsi walau sudah hampir 3 tahun tidak digunakan.
Dia menaip 'banglo terbakar pada sekitar tahun 2000+' pada komputer riba tersebut. Nasibnya sangat baik kerana dapat jumpa berita lama yang kemungkinan sama dengan apa yang dia mimpikan selama ini.
Banglo itu merupakan banglo milik bekas pemilik syarikat Bingo yang sangat terkenal suatu ketika dahulu. Syarikat Bingo bukan sahaja terkenal di Malaysia namun di Indonesia dan Thailand juga.
Pemilik banglo tersebut bernama Mohd Inzuddin Zaki yang juga berada di dalam gambar yang telah dijumpa oleh Luna tempoh hari. Banglo itu terbakar selepas 6 bulan mereka menetap di situ iaitu pada 22 May 2006 dan pada waktu yang sama juga ia merupakan hari pertama raya aidilfitri.
Tanpa Luna sedar, tarikh itu merupakan tarikh yang sama ketika Adam datang kerumahnya bersama Sara.
Sehingga kini, polis masih tidak dapat bukti yang kukuh kenapa rumah tersebut terbakar.
Ada sesetengah penduduk percaya bahawa rumah itu terbakar akibat penduduk yang dengki dengan kesenangan tuan rumah tersebut. Ada juga yang mengatakan bahawa rumah tersebut terbakar akibat Qaira yang merupakan anak pemilik rumah tersebut tidak memadamkan lilin sebelum terlena dibuai mimpi. Selain itu, ada juga yang beranggapan pembantu rumah tersebut menganiayai majikan mereka.
YOU ARE READING
KAMI datang nak raya!
HorrorBeritaSandra (rabu hingga ahad) 22 May 2022- Hantu di Malam Raya? Ramai yang percaya bahawa syaitan dan jin akan diikat menjelang ramadhan. Jadi ketika syawal menjelma adakah hantu akan terus dilepaskan? Seorang pengguna aplikasi Twitter telah mence...