[10:00]
[26 May 2006]Hilman dan Fahmi merupakan polis yang bertanggungjawab untuk bertugas dalam kes banglo SitiZaki terbakar yang kini telah menjadi buah mulut penduduk kampung mahupun negara jiran.
Sikap baik keluarga Mohd Inzuddin Zaki yang sering merendah diri dan suka membantu masyarakat sangat dikagumi oleh rakyat Malaysia dan Indonesia.
Hilman dan Fahmi mendapati bahawa terdapat banyak kesan minyak petrol di keliling banglo tersebut. Tidak lain tidak bukan kebakaran ini pasti dilakukan oleh seseorang yang dengki dengan keluarga tersebut.
Mereka juga memerhati kawasan hutan belakang banglo SitiZaki tersebut.
Saat mereka berjalan, kasut Fahmi tersangkut pada sehelai kain putih yang membuatkan badannya tidak seimbang dan kemudian terjatuh mencium tanah.
Dengan perasaan yang sangat marah, dia menarik kain putih tersebut daripada tersekat pada kasut yang baru dibeli oleh isterinya tempoh hari sempena ulang tahun perkahwinan mereka. Dia sangat marah dan kemudian memijak kain putih tersebut dengan sekuat hatinya sehingga memancutkan cecair merah.
Dia meneliti kain tersebut. Bertapa terkejutnya mereka apabila melihat kain itu bukan sekadar kain, malah tubuh budak perempuan yang memakai gaun putih. Cecair merah yang terpancut tadi merupakan darah yang keluar dari mulut gadis kecil itu.
Tanpa melengahkan masa, mereka terus bergegas ke kereta. Kereta milik mereka diparkir tidak jauh dari kawasan mereka berada.
Anak kecil itu masih hidup sebelum Fahmi memijaknya. Sebelum itu dia juga sedang sedaya upaya untuk menggali tanah yang telah menutupi tubuh badannya. Namun belum sempat dia meminta pertolongan, Fahmi telah memijaknya dengan sangat kuat dan kejam.
Laju Hilman memecut lari daripada kawasan perkampungan itu.
Pandangannya secara tiba-tiba teralih kepada cermin sisi kereta. Kelibat budak perempuan tadi mengejar mereka telah membuatkan Hilman hilang kawalan dan akhirnya mereka terbabas serta merta meninggal dunia di tempat kejadian. Halusinasi Hilman telah membuatkan mereka kemalangan. Bukan budak itu yang menyebabkan mereka kemalangan tetapi takdir.
[06:00]
Bagai tersedar daripada khayalan, kepalanya digelengkan berulang kali. Luna menarik nafas dalam, cuba untuk bertenang.
Dia percaya bahawa semua mimpi ngeri itu merupakan petunjuk agar Luna dapat mencari Sara.
YOU ARE READING
KAMI datang nak raya!
HorrorBeritaSandra (rabu hingga ahad) 22 May 2022- Hantu di Malam Raya? Ramai yang percaya bahawa syaitan dan jin akan diikat menjelang ramadhan. Jadi ketika syawal menjelma adakah hantu akan terus dilepaskan? Seorang pengguna aplikasi Twitter telah mence...