[05:00]
Luna mengambil keputusan untuk mencari budak lelaki yang datang ke rumahnya beberapa hari yang lalu. Sudah hampir 5 jam dia pusing kampung tetapi kelibat Adam langsung tidak terlihat.
Luna bercadang untuk berehat sebentar di gerai Pak Samad iaitu dimana ibunya bekerja pada waktu petang. Dia juga mengambil peluang untuk bertanya kepada orang kampung tentang budak lelaki tersebut.
Belum sempat dia hendak ke rumah budak lelaki itu, Adam terlebih dahulu menyinggah gerai Pak Samad. Lupa pula dia cucu kepada Pak Samad. Tanpa membuang masa, Luna terus memanggil Adam untuk duduk berhadapan dengannya.
Luna meluahkan hasrat memohon pertolongan daripada Adam.
Dia juga membelanjakan budak tersebut dua gelas cawan air milo.
Adam memandang Luna hairan apabila Luna meletakkan segelas lagi air milo di sebelahnya.
"Kenapa akak letak situ?" Tanya Adam kepada Luna dengan dahi yang berkerut.
"Untuk kawan awak" Jawab Luna selamba.
"Kawan saya tak ada di sini" Balas Adam. Luna terus bertanyakan tentang keberadaan kawan Adam itu.
Adam memberitahunya bahawa dia berjumpa kawan baiknya itu di sebelah hutan berdekatan dengan rumah Luna. Secara tiba-tiba mereka menjadi rapat apabila Adam menyelamatkan budak tersebut keluar dari semak samun. Budak perempuan itu juga ada mengajaknya untuk beraya di rumah Luna.
Tanpa membantah, Adam terus mengetuk pintu rumah Luna memandangkan cuaca di luar juga sangat dingin sehingga membuatkan tulangnya hampir tidak terasa.
Adam mengatakan bahawa budak itu bernama Sara. Namun, sejak akhir-akhir ini Sara sering memberi alasan untuk tidak berjumpa dengan Adam. Muka Sara juga kemerah-merahan dan tampak tidak sihat.
Luna mengambil gambar yang berada di dalam beg sandangnya dan memberikanya kepada Adam.
"Ini Sara ke?" Tanya Luna.
Adam menatap gambar itu lama. Selepas beberapa minit, baru dia membuka mulut "Ini bukan Sara, tetapi rantai tersebut kepunyaan Sara"
YOU ARE READING
KAMI datang nak raya!
TerrorBeritaSandra (rabu hingga ahad) 22 May 2022- Hantu di Malam Raya? Ramai yang percaya bahawa syaitan dan jin akan diikat menjelang ramadhan. Jadi ketika syawal menjelma adakah hantu akan terus dilepaskan? Seorang pengguna aplikasi Twitter telah mence...