8 | 𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶𝒽 𝐸𝓁𝒾𝓃𝒶

2.6K 191 48
                                    


        SELEPAS menghantar Aisyah pulang ke rumah. Ariq terus hentikan keretanya di hadapan rumah yang agak besar itu. Memandangkan esok dia cuti, jadi dia nak tidur di rumah orang tuanya

Ariq senyum bila teringat kenangan manisnya bersama Aisyah tadi. Bahagia betul dia rasa sekarang ni. Rasa macam nak ajak Aisyah kahwin hari ni jugak.

Dia mengaku, dia betul-betul sudah jatuh cinta dengan Aisyah. Tak sia-sia dia ajak Aisyah keluar hari ni. Huhu Asyeronoknyaa!

Tok! Tok!

Ariq tersentak. Terus dia tegakkan tubuh
Bila dia nampak wajah tak handsome abangnya di luar. Laju sahaja tangannya membuka tingkap kereta itu.

"Kau nak apa?" Tanya Ariq. Sibuk betul orang tua ni.

"Bukan main eh kau. Pergi dating tak ajak aku." Adlan mencebik. Hm! Majuk!

Dan selepas itu, Adlan meletakkan tangan kanannya di atas atap kereta. Kalau anak dara tengok ni, mesti ramai nak ambil gambar bersamanya. Sebab apa? Sebab dia terlalu hot.

"Buat apa aku nak ajak kau? Buang masa aku je." balas Ariq selamba. Eleh, nak pergi dating nak ajak Adlan? Memang tak lah! Gila betul orang tua ni. Dah lah tua, single pula tu.

Adlan ketawa. Huish gelak pun handsome. Lah masuk bakul angkat sendiri.

Kelakar betul Ariq ni. Sangat hambar dia punya lawak. Rasa nak ludah je.

"Kau memang tak reti nak masuk dalam ke? Sampai bila nak duduk dalam kereta. Dah la pasang lagu geli geli. Tau lah tengah angau. Tak payah lah sampai nak pasang lagu macam ni." Adlan buat muka geli. Dia pun pernah juga jatuh cinta, tapi tak adalah sampai macam ni sekali.

Ariq mencebik. "Suka hati aku lah. Kereta aku. Bukan kereta kau!" Balas Ariq sambil keluar dari kereta. Tajam matanya memandang wajah Adlan.

Adlan terus peluk leher Ariq. "kau tak rindu aku ke?" Kepala Ariq disekehnya.

"Sakit lah gila!" Ariq siku pinggang abangnya. Adlan mengaduh sakit sehingga lah Adlan leraikan pelukan itu.

"Kau bila balik sini? Tak bagi tahu aku pun." mereka mula melangkah masuk ke dalam rumah.

"Petang tadi. Sebab tu aku tau kau tengah dating. Untunglah dah ada kesayangan." Adlan muncul kan bibirnya. Hmm adik dia dah berpunya. Dia entah lah bila lagi. Umur dah 30 lebih. Tapi masih lagi belum berkahwin.

Ariq ketawa. Pintu utama itu dibuka kemudian mereka masuk.

"Kau tu memilih sangat. Padahal ramai je perempuan nak dekat kau. Tapi kau tu suka sangat reject orang."

"Aku reject sebab diorang nak duit aku je. Kau ingat aku tak tahu ke diorang tu macam mana?" Adlan ketawa sinis. Perempuan zaman sekarang tahu pilih rupa sahaja. Tak lah semua, sesetengah aje.

"Ha, baru balik? Seronok keluar dengan bakal menantu umi?" Puan Marina angkat kening. Tak sabar betul dia nak jumpa dengan bakal menantu dia tu.

Ariq senyum sampai ke telinga.

"Mestilah seronok umi. Ariq makin tak sabar nak ajak dia kahwin." ujar Ariq tersipu malu. Tak padan dengan tubuhnya yang sasa.

Adlan disebelah nya sudah buat muka menjengkelkan. Adik dia ke ni? Setahu dia, adik dia tak macam ni. Beku aje memanjang. Sekarang? Lain macam rupanya. Macam ulat bulu kena minyak panas. Gelik!

"Kau ni jumpa bakal isteri ke jumpa mak nyah ni? Kau pergi jual punggung kau eh?" Selamba aje Adlan menuduh. Dan balasannya...

Buk!

Aisyah Elina [ OG ]Where stories live. Discover now