Usai aku isi tangki air dan baldi di belakang rumah aku duduk di bangku yang tersedia di situ. Penat. Lenguh segala tubuh badan aku kerana isi air ini bukan senang mana kerana kita perlu hauk air ke dalam gayung lepastu isi ke dalam baldi-baldi tambahan pula rumah kami ini kekurangan paip air sebab itu aku perlu guna tenaga ku sendiri.
Sambil aku menunggu air tangki penuh aku bernyanyi kecil. Hm memang itu rutin harianku. Kalau bukan menyanyi aku belajar. Tiba-tiba ada satu hamba Allah datang dekat aku sambil memandang aku sinis. Siapa lagi kalau bukan musuh ketat ku si adik nombor tiga ini.
"Kesian dia...lepas balik dari sekolah kena buat kerja lain pula." Ejek Nufa. Aku hanya biarkan saja. Malas mahu melayan sebab makin di layan makin jadi setan. Nufa tahan sabar dengan kakaknya.
"Aku tak tahu lah kan Nuha apa yang kau ni orang pandang sangat. Sedangkan kau ni bodoh bebal mak tak sayang kau tapi semua orang cakap kau ni pandailah hebatlah anak kesayangan ma-"
"Sebab diorang tu bukan buta! Melainkan orang yang macam kau ni padang luaran aku tak tengok cermin diri sendiri tu siapa yang bodoh bebal. Heh!" Balas ku semula lalu adik ku mara ke depan.
Tercabar rasanya dengan percakapan ku. Tapi ada aku kesah. Semua pandangan orang kampung terhadap ku memang baik saja tiada sangka buruk macam adik ku ini. Dia ni tidak berguna hanya tahu goyang kaki saja.
"Kau nak cakap aku bebal ke anj*ng!? Weh sial kau ingat sikit ehh yang mak tu tak selalu menangkan kau jadi kau jangan nak macam-macam ngan aku" Kata Nufa bangga lalu aku buat gaya acah muntah.
"Mak selalu menangkan kau? Heh. Mimpi jela! Mak tu cuma taknak aku naik gila aje. Sebab apa? Sebab bila aku yang naik gila memang aku bunuh kau sekarang juga nie! Bodoh!" Hamuk ku marah.
Memang itulah kenyataannya. Aku selalu disalahkan mak kami tapi aku diamkan saja kerana itu yang terbaik tapi kalau hati ku betul-betul merasa tercabar dan sakit hati memang tangan yang bertindak bukan mulut yang bergerak.
Nufa diam di tempatnya. Aku pula berpeluk tubuh menjeling ke arahnya."Sedarlah diri sikit Nufa. Kau tu adik aku tapi kau anggap aku ni macam hamba kau yang boleh kau pijak-pijak. Aihh bodoh betul! Biarpun aku ni kedekut tapi aku tetap ingat yang kau ni adik aku." Kataku perlahan mahu sedarkan dirinya.
"Tengok nama kita pun hampir sama pula tu!" Sambungku lagi. Lalu dia mencebik.
"Heh mengaku pula dia tu kedekut! Kau fikirlah sendiri kenapa aku jadi macam ni! Kakak tak kakak ada aku kesah!" Sejurus itu Nufa berjalan masuk ke dalam meninggalkan aku sendirian di luar.
Aku panggung kepala. Apa nak jadi ni? Dia memang suka sangat cari gaduh dengan aku tapi aku kadang aje layan. Tapi makin di biar dia makin dongak langit tinggi sangat sampaikan lupa yang aku ni kakak dia. Adakah sebab dia tinggalkan kami?...
Aku tidak kesah yang itu cuma kalau suatu hari nanti diri aku ni jadi jahat yang sejahatnya aku minta maaflah awal-awal sebab yang mulakan dulu Nufa bukan aku.
ლ (╹◡╹ლ)Aku sudah selesai dengan kerja ku jadi aku pun masuk ke dalam rumah. Belum pun kaki melangkah masuk ke dalam bilik aku dengar ayah memanggil namaku.
Dengan longlai aku berjalan ke sana. Sebab aku baru perasaan semua adik-beradik ku berada di runag tamu itu. Mereka sedang duduk di lantai hujung sudut ruangan.
"Ada apa ayah?" Soalku lalu tanpa arahan pun aku sudah mengambil tempat di tengah ruang tamu itu. Encik Mazan dan Puan Nurdina hanya perhati saja.
Tahu sikap aku selalu dingin tapi itu tidak membataskan mereka akan menegurku. Encik Mazan mancari nafas sebelum membuka bicara.
"Minggu depan pakcik kau ada bagitau ayah yang kampung kita akan kena check polis." Bagitahu ayah lalu langsung kakak ku membulat mata. Kes apa lagi?
Aku pula hanya tenang saja. Tahu. Sebab setiap tahun kampung kami lah jadi sasaran polis untuk sentiasa di periksa. Aku dah bagitahu di bab satu kan yang kampung kami ni bukan biasa-biasa.
"Apa kes lagi tahun ni?" Soal ku malas. Untuk pengetahuan korang. Aku Nuha anak ayah aku Mazan ialah anak dia yang suka ingin tahu tentang hal kampung. Sebab itu kalau ada apa-apa masalah tentang kampung ayah aku akan panggil aku dulu dan kami berbincang kerana aku bijak dalam uruskan penyorokan orang kampung.
Heh aku ni nama je nak jaga keamanan tapi tolong penjenayah juga. Nak pelik tapi itulah aku. Kerana kalau aku tidak membantu mereka aku rasa kesian pula sebab kalau bukan mereka kampung kami tidak akan meriah kerana penduduknya yang ramai.
"Ada penjenayah yang bersekongkol dengan Roslan. Diorang telah lenyapkan seratus juta wang di dalam kampung ni jadi polis datang untuk soal siasat semua penduduk kampung." Jelas ayahku. Berkerut dahi mendengar itu.
"Aik kenapa pula begitu? Kita kan tak terlibat habis kenapa perlu di soal siasat lagi?" Bingung aku. Kami sekeluarga tak terlibat pun tapi harus kenapa perlu polis soal kami sekali? Hmm... something fishy.
"Entah. Ayah pun tak tahu. Yang ayah tahu kau nak diorang menyorok kat mana pula kalini?" Soal ayahku.
Aku keman bibir. Aku tak tahu kalau aku masih perlu teruskan jadi ketua perancangan mereka bersembunyi tapi apa boleh buat kalau pakcik aku tu dan ke semua adik-beradik ayah aku letak harapan tinggi dekat aku supaya selamatkan penduduk kampung.
Polis pun satu juga! Setiap kali diorang datang diorang tak dapat syak apa-apa sedangkan aku dah pernah sekali sekala bagi diorang klu di mana keberadaan mereka yang bersembunyi tapi pihak polis itu selalu cepat berputus asa kerana setiap tahun mereka gagal dapat satu pun penjanayah.
Aku rasa kalau polis tahu kalini memang aku lah yang paling lama duduk dalam penjara kerana aku lah ketau mereka... hiks.
"Tempat biasa." Setelah lama aku diam aku akhirnya berkata. Aku bertongkat dagu."Itu tempat sudah biasa mungkin polis boleh syak dah. Jadi-" Kata-kata mak di potong oleh Nufa.
"Tak boleh! Cari yang baru! Kau ingat polis takkan tahu ke selamanya yang tempat tu persembunyian." Celah Nufa selamba lalu dia dapat tamparan kecil di lengannya dari kakakku Nawra. Aku angkat kening sebelah."Habistu kalau kau senang sangat nak mengarah baik kau je yang cari. Gantikan tempat aku!" Kataku.
"Sudah! Jangan bertekak lagi! Kau Naiha jangan masuk campur. Ayah nak berbincang dengan Nuha untuk selamatkan korang juga." Marah ayah lalu Nufa terdiam."Apa pula abang ni! Ouh mentang-mentanglah abang dengan Nuha tak pernah nak bersembunyi abang perlekehkan kami ke?" Tempelak Puan Nurdina.
Aku hela nafas. Sudah mula dah. Memang aku dan ayah ku saja tidak menyorok kerana kamilah paling tegar dan kukuh. Adik-adik ku yang kecilpun di rumah bersama kakak ku. Hanya yang bersembunyi adik ku setan iaitu Nufa dan adikku lelaki nombor empat itu. Kenapa mereka? Adalah tu diorang buat salah. Mak aku pula terikut-terikut dengan jiran sebelah dia tu nak bersembunyi bagai. Takut betul!
Sila vote dulu!! Baru sya updte😜
YOU ARE READING
The Crazy Love Inspector
Romance{ lovestory + action + kiyowo } Pertemuan mereka berdua tidaklah seindah mana. Hanya di mana kejadian kampung Nuha Marzia di serbu oleh polis dan disitu Nuha bertemu dengan Nik Aidil Syafiq, seorang inspektor. Nuha terpaksa serah diri demi menyelama...