Kejung kaku seluruh tubuhku bila inspektor muda itu menapak ke arah aku. Matanya tepat memandang wajahku. Aku sudah terpinga-pinga. Otak tidak boleh berfikir dengan lancar. Masa macam ini dia mahu melepak bawah ketiak sana punya otak! Aih!
"Cik... awak tahu diorang di mana?"
Gulpp
Suara dia garau. Dingin dan what everlah! Aku angkat muka bila dia sudah berdiri tepat di hadapan ku. Aku kemam bibir."Err..." Suaraku tidak boleh keluar. Rasa tersekat dikerongkong.
Melihat aku tiada jawapan buatkan Inspektor Syafiq berdecit. Semua nak berkomplot. Kau fikir kalau kau tolong diaorang kau akan terlepas? Huh takkan!"Cik tahu diorang di mana?" Soalnya lagi.
Aku menggeleng kepala. Riak wajahku aku cuba naturalkan."Tak. Saya tak tahu di mana mereka." Jawab ku sekaligus. Cuba tenangkan diri.
Inspektor Syafiq terangguk-angguk kepala mendengar lalu dia keluarkan sesuatu di poket bajunya. Walkie-talkie! Aku pandang benda itu dengan rasa gemuruh."Hello. Kau ada jumpa apa-apa tak?" Soalnya dingin sambil bercekak pinggang sebelah tangannya.
Aku masih kaku diam di tempatku. Mahu masuk ke rumah bersendiri tapi aku mahu tahu apa jadi. Aku takut mak tertangkap.
"Tak tuan. Tapi saya rasa macam ada tempat yang mereka sembunyi selepas kilang ini kerana tempat persembunyian mereka yang terdahulu itu tidak lagi digunakan" Orang di sana menjawab semua.
"K-kejap tuan! Saya rasa saya ada dengar suara perempuan menjerit!" Benda itu tidak lagi berbunyi lalu Inspektor Syafiq berpeluk tubuh memandangku. Aku pula sudah kaget dan risau. Aku risaukan mak!
ლ (╹◡╹ლ)
Puan Nurdina tekup mulut anaknya supaya tidak mengeluarkan suara lagi. Tadi hanya ada ketam darat yang melintasi mereka Nufa terus menjerit nasib baik dia cepat tekup mulut anaknya jikalau tidak pasti mereka akan dijumpai.
"Isrhh kau ni Nufa! Mulut tu bagi diam sikit larh! Nanti kita didapati memang kau aku cincang!" Marah seorang makcik sambil memandang tajam ke arah Nufa yang dipelukan erat maknya.
Puan Nurdina dan anaknya hanya diam tidak membalas. Mereka pun takut di ketahui tapi disebabkan anaknya yang terlebih penakut ini diorang boleh diketahui nanti.
ლ (╹◡╹ლ)
"Cik masih nak bertegas taknak bagitahu saya? Saya rasa salah seorang ahli keluarga cik pun ada kat sana, betul tak?" Kata Inspektor Syafiq.
Aku diam dengan tangan yang dikepal erat. Kenapa sekarang ini aku yang dijadikannya sasaran untuk bersoal siasat? Ayah ku yang di sana berdiri itu langsung tidak membantuku. Begitu juga pakcik ku. Adakah mereka takut dengan polis ini? Erghh! Aku mahu jawab apa lagi!? Aku dah kata yang aku tak tahu, tak tahu jela! Aishh!
"Saya rasa tu mesti suara burung atau monyet. Sebab tu hutan tambah lagi berbukit jadi memang banyak haiwan-haiwan liar yang berkeliaran di sana. Mustahil itu suara manusia." Kata aku santai lalu berpeluk tubuh.
"Cik yakin? Kalau ikut pemerhatian saya cik muda lagi dan kat rumah tu mesti adik kecil cik kan? Tak kesian ke kalau diorang besar nanti dia tahu yang ahli keluarga dia pernah masuk penjara?" Soalannya mematikan aku.
Tanganku jatuhkan dari berpeluk tubuh. Sungguh ada benar juga katanya tapi apa aku boleh buat? Aku cuma di arahkan jadi pemberi tempat untuk mereka bersembunyi. Itu aje.
"Habistu tuan nak saya buat apa?!" Soalku kasar. Hilang sudah sabar aku bila abe polis ini main minda dan emosiku.
"Just simple. Cik bagitahu saya di mana mereka bersembunyi lepastu cik selamat." Aku berdecit mendengarnya. Senangnya kau cakap! Habistu yang merana siapa? Aku juga! Aku pandang ayahku. Dia menggeleng kecil bersama riak mukanya yang sedih itu. Ayah tidak mahu aku bagitahu tapi inspektor ini memaksa aku.
Aku diam buat masa yang lama. Apa lagi yang aku boleh buat? Tolong lah hambamu ini ya Allah! Hiks hiks. Hatiku sedih bila memikirkan mak ku bila dia di tangkap oleh polis.
Banyak betul orang kampung kami yang buat kesalahan berat! Yang penjenayah besar macam si Roslan itu memang boleh hukum gantung terus sebab dia pernah buat seorang perempuan merana dan terseksa kerana perbuatan terkejinya.
"Tuan, kalau dengan serahkan diri saya boleh selamatkan keluarga dan penduduk kampung. Saya rela." Jatuh air mataku selepas keluarkan ayat bodoh itu.
Inspektor Syafiq terkelu buat seketika. Tidak dia sangka ada juga orang yang buat begini. Sekarang baru dia tahu yang gadis ini benar-benar menyayangi keluarganya bukan saja keluarga malah warga penduduk kampung ini juga.
"Maksud kau?" Soal Inspektor Syafiq tidak faham erti di sebaliknya. Bahasa pun sudah bertukar aku-kau.
"Kalau saya serahkan maruah saya dekat tuan boleh selamatkan warga kampung dan keluarga saya, saya sanggup!"
Kau rasa si syafiq akan buat ikut permintaan nuha tak?
Sorry part penting kena pendek lakkJan lupa vote sama komen!
YOU ARE READING
The Crazy Love Inspector
Romance{ lovestory + action + kiyowo } Pertemuan mereka berdua tidaklah seindah mana. Hanya di mana kejadian kampung Nuha Marzia di serbu oleh polis dan disitu Nuha bertemu dengan Nik Aidil Syafiq, seorang inspektor. Nuha terpaksa serah diri demi menyelama...