bab 6

11 3 0
                                    

Maaf atas silap saya sebab tertekn mature tuu...walhal cite ni bukannya under 18+ pun ada pun iya tapi itu bukan yg antara dua orang iaitu lelki dn pompuan tapi hanya hal gaduh sjaa..

Maaf sekali lagi...jangan nak baca cerita ni sebab ada tanda (mature) ja bacala sebab kisah mereka berdua inii....

"Kalau dengan cara saya serahkan maruah saya dekat tuan boleh selamatkan warga kampung dan keluarga saya, saya sanggup!" Ulangku lagi lalu air mata di kesat kasar.

Inspektor Syafiq termangu seketika. Dia tak main-main kan? Haha takkan sangka ada orang bodoh macam ni juga!

"Apa Nuha cuba buat ni?! Ayah ngah tak setuju!" Encik Manaf menghalang tegas.

"Hm. Kau pasti? Bila kau dah keluarkan kata-kata kau tak boleh tarik balik, faham?" Inspektor Syafiq beri amaran awal-awal tapi aku hanya memandang tepat ke arahnya.

Mengatakan yang aku benar dengan keputusan yang aku buat. Melihat pandanganku Inspektor Syafiq tersenyum senget sebelum aku berkata.

"Aku faham sebab itu aku buat benda ni." Jawabku dingin.

"Oh really? So kau nak kita mula kat mana. Sini depan orang ramai atau dalam bilik kau?" Kata Inspektor Syafiq lalu tergelak kecil sambil menjilat tepi bibirnya.

Kini aku rasa mula pendam benci. Amat mendalam. Bahasa kami pun sudah tidak hormat lagi hanya aku-kau saja yang digunakan.

Konstabel Borhan kerut dahi. Kenapa dia rasa sesuatu perubahan yang berlaku pada Syafiq? Atau perasaannya saja?

Ayahku menggeleng kepala seraya mendekatiku. Di peluk erat tubuhku seolah tidak mahu di lepaskannya.

"Tolong tuan. Tolong jangan buat anak saya macam ni! Saya sayang anak saya! Saya tak mahu kehidupan dia rosak! Kalau tuan mahu saya boleh tunjukkan di mana mereka!" Kata ayahku lalu langsung aku bulat mata.

Tak boleh!

Tapi lain pula sangkaan ku bila Inspektor Syafiq itu mengendahkan ayahku. Dia mulai dekati aku dan di tarik tangan ku agar menjauh dari ayah.

Dapat aku dengar suara ayah menangis meraung di bahu ku. Pelukannya amat kuat di tubuhku dan buatkan tubuhku rasa sempit dan pernafasan ku sesak! Aku tidak mahu balas pelukan ayahku kerana aku takut akan terbawa perasaan.

Inspektor Syafiq merenung tajam ke arah ayah yang enggan melepaskan aku.

"Kau bawa dia!" Arah Inspektor Syafiq kepada dua orang pegawai polis.

Mereka ragu-ragu mendekati aku. Tapi mereka mengalah melihat pandangan tajam si inspektor itu. Lalu tubuhku di tarik menjauh dari ayahku.

Aku tak tahu kenapa aku rasa aku lemah untuk melawan. Badanku seperti di kawal yang hanya ikuti saja dia. Mungkin kerana aku sudah pasrah dengan segalanya?

"Tuan saya rasa kita boleh je cari mereka tak perlu buat benda jahat macam ni kat budak ni. Ini salah di sisi undang-undang!" Kata-kata Konstabel Borhan menghentikan langkah Inspektor Syafiq.

Semua mereka terkejut dengan perubahan inspektor muda itu. Sedangkan masa mereka mula-mula datang ke kampung ini jejaka itu elok saja peramah dan baik.

Ini sudah bertukar seratus peratus! Mereka tidak kenal jejaka ini. Ini syaitan sudah!

"Kau siapa nak ajar aku?! Eh bodoh suka hatilah aku lah nak buat apapun!! Ni kes aku yang handle! Kau jangan sebok dan buat je apa yang aku cakap bodoh!!" Tengking Inspektor Syafiq lalu terdiam semua yang ada di situ.

Lalu Inspektor Syafiq mengarahkan kepada dua polis itu supaya membawaku ke rumah. Ayahku sudah makin memeluk erat tubuhku. Erat seperti tali yang terikat di tubuhku.

The Crazy Love InspectorWhere stories live. Discover now