Jari laju menari di atas buku latihan Geografi itu. Mulut cikgu Riman tidak habis berkata mengeluarkan segala soalan yang akan jadi tugas kami harini.
"Okay yang terakhir kamu perlu buat kerja lapangan. Faham! Tajuk bebas kamu boleh pilih sesuka hati yang penting kerja kamu memiliki kretiviti, kreatif, kemas, lengkap dan paling penting sekali lampiran mesti ada kalau tak markah cikgu bagi hanya sepuluh atau lima saja." Akhir kata cikgu Riman aku angguk cepat.
Memandangkan aku yang duduk depan berselang dua meja di sebelah sahabat jadi pandangan cikgu Riman tepat kepadaku."Faham tak?" Soal Cikgu Riman lagi.
"Faham cikgu!" Serentak kami seisi kelas menjawab. Kelas pun sudah berakhir dan cikgu Riman menapak keluar dari kelas 3B itu.
"Weh Haniy lepasni cikgu apa?" Soalku pada sahabatku Haniyah namanya. Orangnya lemah lembut selalu murah dengan senyuman seperti namanya Haniyah. Macam makanan yang aku selalu makan pula itu. Hany-hany. Ehehe. Dia toleh kepala memandangku.
"Ouh lepasni cikgu Jai. Dia ada bagi kerja tiga hari lepas. Kau dah siap?" Soal Haniyah prihatin."Er aku tak siap lagi. Tinggal sikit aje. Pinjam buku kau... nak tiru hehehe" Sengih ku tidak bersalah lalu dia mengeluarkan buku latihan nya dan di berikan padaku bersama jelingan menyampah.
Aku menyambut gembira. Sebab inilah aku suka belajar bila cikgu Jai mengajar kerana ada sahabat ku yang sentiasa tunjuk ajar padaku. Tapi subjek ini lah juga yang aku benci. ASK! Erghh rasa nak pecah otak aku bila mula belajar tentang bermacam kod tu.
Asal sebut kod aku pasti macam orang gila yang hilang anak sebab subjek itu paling susah aku mahu faham. 1 10 apa lah. Semua aku tak tahu macam mana nak buat program tu.
"Eh jom lah Zia. Nanti lambat pula kita kena denda lagi." Kata Haniyah menyentakkan aku lalu aku mengambil segala peralatan tentang subjek ASK untuk di bawa ke bilik ICT.
Kami pun melangkah keluar dari kelas bersama. Pelajar yang lain sudah duluan cuma kami berdua jadi kami yang lambat ni perlu kunci pintu dulu sebelum pergi untuk mengelakkan kelas kami di ceroboh kerana pelajar di sekolah ni bahaya juga.
ლ (╹◡╹ლ)
Sesudah saja kaki aku jejak di tangga rumah aku dengar suara-suara bising di dalam rumah macam tengah bertekak atau berperang pun ada. Kaki aku lajukan naik lalu sampai saja aku dalam rumah aku nampak mak dan adikku Naiha tengah kemas barang. Entah sebab apa pun aku tidak tahu.
Aku nampak di hujung sudut pintu bilik kedua orang tua ku di situ ada ayahku dan kakakku sedang memerhati setiap tindakan mak dan Nufa.
"Kenapa ni?" Soalku perlahan lalu beg di jatuhkan dari bahu dan aku letak dekat tepi pintu. Terhenti gerakan mak ku lalu dia menapak ke arah ku. Aku terkejut bila mak tiba-tiba saja memeluk aku.
"Er mak. Kenapa ni?" Soalku lembut dan hairan. Mak lepaskan pelukan lalu dia tatap mukaku."Nuha jaga diri. Jaga adik-adik tahu. Ingat kalau jadi ada apa-apa dekat kami jangan cari kami." Kata mak tegas lalu berkerut seribu dahi aku. Aku tak faham apa situasi sekarang ni macam mana nak jawap mak aku.
"Sebab apa mak? Mak nak pergi mana dengan semua barang-barang ni? Mak nak tinggalkan kami ke?" Soalku laju.
"Tak. Mak tak tinggalkan kamu nak cuma mak perlu lari."
"Lari? Lari kenapa pula ni mak. Mak ada buat salah ke?" Soal aku masih bingung. Encik Mazan mendekati kami lalu dia cengkam lembut bahu isterinya dengan pandangan tajam.
"Kenapa aku tak tahu yang anak kau ni terlibat sama Ina? Kau buat aku macam tunggul dalam rumah ni." Kata ayahku dingin. Terhenti gerakan Nufa di ganti wajah cuak dan risau. Aku memandang pelik ke arah adik ku itu. Diakah yang di maksudkan oleh ayah?
"Ina minta maaf bang. Ina pun baru tahu." Jelas Puan Nurdina sedih.
"Apa yang jadi sebenarnya ni? Ayah mak! Tolong jelaskan kat Nuha!" Marah ku lantang. Keempat orang keluarga aku itu memandang aku tepat. Terkejut kerana suara aku yang kuat itu.
"Kalau Nuha nak tahu yang adik takguna kau si Nufa Maziana ni berkomplot lenyapkan duit tu! Dan aku baru tahu yang malam ni polis akan datang kampung ni! Lepastu ada lagi polis baru yang diimport datang sini untuk uruskan semua kes tu!" Jelas ayahku lalu aku terdiam kaku.
Mata aku teralih ke arah Nufa yang sedang berdiam diri itu."Jadi mak nak ikut perempuan ni?! Supaya apa? Supaya dia dapat bawak mak sekali masuk lokap tu!" Herdik aku lalu aku melangkah ke arah Nufa dan tanpa sebarang amaran aku bagi penampar sulung ku pada mukanya.
Nawra yang terkejut itu segara mendekatiku lalu dia tarik aku kebelakang. Takut aku buat hal lain pula.
"Nuha. Kenapa mesti tampar adik kau?! Kau tak kesian ke?" Marah mak padaku. Aku kepal tangan. Nak kesian apa lagi kalau dah setiap kali dia suka buat masalah dan yang selesaikan mesti aku dan ayahku.
"Tak. Biar dia tanggung sendiri! Pandai buat pandai tanggunglah. Bodoh!" Hamukku lalu seraya itu aku ambil beg ku dan berlalu masuk bilik. Encik Mazan hela nafas. Manakala Nufa yang menangis itu di pujuk oleh Puan Nurdina. Nawra hanya diam di tempatnya.
"Ina fikir-fikirlah sendiri. Abang dah tak boleh tolong sebab selama ni yang selesaikan semua masalah Nuha bukan abang." Kata Encik Mazan lalu dia berlalu keluar dari rumah.
Puan Nurdina tergaman. Tidak tahu mahu buat apa. Patutlah setiap kali Nufa buat masalah selalu saja selesai walaupun masalah itu berkenaan dengan ajk kampung rupanya anaknya Nuha yang selesaikan.
Tidak tahu cara apa yang anak dia gunakan dia pun hairan.
do vote and comments
YOU ARE READING
The Crazy Love Inspector
Romance{ lovestory + action + kiyowo } Pertemuan mereka berdua tidaklah seindah mana. Hanya di mana kejadian kampung Nuha Marzia di serbu oleh polis dan disitu Nuha bertemu dengan Nik Aidil Syafiq, seorang inspektor. Nuha terpaksa serah diri demi menyelama...