Aku buntu sendiri memikirkan apa akan jadi pada mak dan adikku. Yah biarpun aku benci dia tetap adik aku. Malam sudah menjelang dan kesemua penduduk kampung Teratai sudah siap siaga di tempat persembunyian mereka kecuali beberapa rumah.
Kerana orang rumahnya yang lain masih di situ mungkin mereka tidak tahu oleh kerana tiada kesalahan yang mereka lakukan. Kalik lah. Itu je yang aku fikir sekarang ni.
"Ayah. Mak sembunyi kat mana ayah rasa?" Soal Nawra risau sambil mendukung adik kami yang berusia lima bulan itu. Muhammad Noah Harith namanya.
"Is entah lah kakak. Ayah pun tak pasti. Ni semua salah adik kau tu yang bodoh sangat pergi buat benda takguna tu!" Marah ayah perlahan.
Nawra diam selepas itu. Tidak tahu mahu cakap apa lagi. Berbanding aku yang mundar-mandir berjalan ke kanan kemudian kiri pula. Arghh! Kenapa adik aku boleh jadi bodoh sangat nak berkomplot dengan jantan tu?! Erghh!!
Tiba-tiba ada enam buah kereta dan dua lori memasuki perkarangan kampung Teratai. Polis. Aku sudah gelabah. Aku risaukan mak aku. Serbuan yang berlaku secara tiba-tiba!
Kemudian ke lapan-lapan kereta itu berhenti di tengah padang luas yang berdekatan dengan rumah ayah aku. Keluar beberapa susuk lelaki tegap bersut lengkap polis berserta senjata mereka.
"Assalammualaikum tuan" Sapa pakcik aku selaku ketua kampung atau namanya Encik Manaf.
"Walaikumsalam. KP apa khabar?" Balas seorang polis yang agak berusia itu mesra. Tidak silap aku dia ni yang uruskan kes terdahulu di kampung ini. Aku dan kakakku hanya berdiri di luar sambil menjaga adik kecil kami manakala ayahku sudah di sebelah pakcik ku.
"Nampak macam sunyi je? Mana warga lain?" Soal seorang polis muda. Aku cam segala lencana di tubuhnya seperti berpangkat tinggi saja dia. Aku rasa dia lah polis yang diimport datang sini itu.
"Ouhh kenalkan saya inspektor Syafiq." Dia memperkenalkan dirinya ramah lalu berjabat tangan dengan ayahku dan juga pakcik-pakcik tua yang lain.
"Er mana ada sunyi tuan. Biasalah hari-hari panas macam ni memang sunyi gamaknya panas kan jadi muka perlu sentiasa jaga supaya tak hitam!" Seloroh ayahku. Muka inspektor itu tidak beriak bila mendengar gurauan Encik Mazan.
"Er sila jemput masuk ke rumah saya tuan. Minum-minum dulu sebelum jalankan tugas." Pelawa Encik Manaf sopan. Inspektor Syafiq berpeluk tubuh dengan riak kosongnya. Manakala pegawai yang lain hanya diam memerhati saja.
"Saya tiada masa untuk minum. Saya datang sini untuk memberkas penjenayah yang terlibat dalam pengelapan duit jadi encik-encik semua sila beri kerjasama. Boleh bagitahu saya di mana mereka semua?" Kata Inspektor Syafiq mendatar.
"Saya perasaan ramai yang takde ni. Diorang pergi menyorok kat mana?" Sambungnya lagi.
Aku yang mendengar dari jauh itu sudah telan liur. Inspektor kalini bukan calang-calang orang. Bijak tak kesudah! M-macam mana dia boleh perasan?!
"Erk mana ada menyorok tuan. Ni cuma kami je yang ada kat sini." Jawab Encik Manaf biasa. Tutup gugup tambah risau.
"Konstabel boleh bagitahu saya. Muka-muka ni juga ke yang awak nampak setiap tahun bila beroperasi?" Soal Inspektor Syafiq. Aku sudah tak keruan. Matilah! Ya allah kau tolong lah hamba mu ini!
"Ya tuan. Muka mereka saja yang saya selalu cam malahan setiap kali saya meronda pula banyak muka-muka lain yang berada di kampung ini." Jelas dan tepat pemberitahuannya Konstabel Borhan!
"Sekali lagi saya tanya di mana mereka semua?" Soal Inspektor Syafiq mula tegas dan bengis. Sekelip mata saja perubahan yang berlaku pada dirinya membuatkan dia jadi mengerunkan dan menakutkan. Aura yang sungguh mengerikan dan menggetarkan.
"B-betul tuan. Hanya kami saja," jawab Encik Manaf pula. Sampai tergagap ayahku dibuatnya. Bagi lelaki-lelaki tua yang lain mereka hanya diam pasang telinga. Takut jikalau tersilap bicara makannya masuk lokap terus. Jadi lebih baik diam saja.
"Kamu taknak jawab tak pe." Mata melilau sekeliling kemudian dia memandang ke arah tempat aku berdiri atau lebih tepat dia sedang memandangku! Apa aku mahu buat? Aduh inilah pasal. Siapa suruh rajin sangat rancang benda-benda bodoh tu! Bebel hatiku.
ლ (╹◡╹ლ)
Dia melarikan kayu-kayu kecil yang melekat di tubuhnya. Nampak macam geli pun ada tapi apa boleh buat kalau nak menyorok mesti tempatnya bersemak samuk begini juga.
Nufa mengeluh kasar. Kalau bukan disebabkan mahu bersembunyi dia takkan jejak kaki di bukit berhutan ini. Lain pula jadinya bila dengan selamba Puan Nurdina bersama rakan-rakan wanita tua yang lain baring di tanah bersandarkan pokok-pokok getah itu.
"Mak. Jomlah kita balik!" Gesa Nufa sambil menggoncangkan lengan Puan Nurdina. Dia sudah malas mahu berlama-lama di dalam hutan ini. Badannya rasa gatal-gatal dan merah-merah sudah.
"Ish kau ni! Kita baru je dua jam kat sini. Kau ingat polis tu akan datang lima minit pastu balik lima minit kemudian, macam tu? Eih diorang tu lama tahu! Diorang tengah mencari kita jadi kau tutup mulut kau!" Marah Puan Nurdina separa berbisik agar tidak terlalu kuat suaranya.
"Betul tu Nufa. Kamu jangan ingat polis tu sekejap aje. Diroang tu bijak. Makcik rasa dalam lima atau enam jam lagi diorang akan pergi lah tu." Kata seorang makcik pula.
Nufa hanya diam sambil merengus kegeraman. Malas dengan sekelilingnya yang di penuhi dengan pokok-pokokan.
Tiba-tiba mereka terdengar bunyi tembakan terlepas. Lalu langsung Nufa mendekati maknya dan di peluk erat lengan Puan Nurdina. "Ish kau ni!" Marah Puan Nurdina perlahan. Terkejut dia dengan tindakan takut anaknya sendiri.
Do vote and comments
YOU ARE READING
The Crazy Love Inspector
Romance{ lovestory + action + kiyowo } Pertemuan mereka berdua tidaklah seindah mana. Hanya di mana kejadian kampung Nuha Marzia di serbu oleh polis dan disitu Nuha bertemu dengan Nik Aidil Syafiq, seorang inspektor. Nuha terpaksa serah diri demi menyelama...