Dua bulan kemudian....
Aku sibuk belajar di bilik dengan mendengar muzik yang terhasil dari telefon pintar ku. Itulah rutinku selepas dua bulan yang sudah berlalu. Malah aku tidak lagi berbuat kerja seperti mengisi air dan kemas rumah bagai kerana ayah tidak menyuruh aku melakukannya dan jadi mangsa semestinya adik gila aku, Nufa!
Isi air tu senang aje. Dah namanya kampung kan jadi guna paip lah. Kita cuma pasang dari paip utama ke rumah kita lepastu on kan je suis and done! Tapi yang kemas rumah tu dia tak berhenti nak melalak sebab... ruang tamu berselerak disebabkan dua adik kecilku. Siapa lagi kalau bukan si Naiha dan Numa ni. Numa baru berusia dua tahun pula tu.
Heh Nufa sambil buat kerja mulut juga bergerak macam laser atau peluru berpandu. Dia asyik menyumpah-seranah pada aku. Sampaikan bersumpah yang aku akan mati esok harinya. Hahaha! Kelakar sangat sebab aku tidak ambil peduli pun. Biarlah dia mati mereput buat kerja tu dan merasakan selama ini yang kurasakan dengan buat kerja-kerja begitu.
Hahaha jahat an aku? Memang pun!
Tok! Tik! Tok!
"Oii Nu-" belum habis mahu cakap sudah di potong."Panggil kakak lah bodoh! Kau ingat tu adik kita ke?!" Marah si adik.
Lalu abangnya juling mata ke atas. Iyelah... setan!"Oii kak! Kau buat apa tu? Ayah panggil kau suh makan." Jerit si adik dari luar pintu bilik aku.
Aku di dalam hanya tertawa kecil. Mesti kena paksa oleh ayah untuk memanggil aku lahtu. Adik aku yang lelaki nombor lima dan nombor enam ni memang gila tanah. Apatu? Diorang tak boleh beregang dengan tanah pun! Asyik nak main aje. Balik rumah makan lepastu sambung balik main.
Nama si budak lelaki tu Naimi berumur 12 tahun dan si budak perempuan pula namanya Naiha berumur 9 tahun.
"Ooo kak Nuha!" Panggil Naiha pula. Aku kemas barang-barang aku cepat dan menapak ke pintu bilik.
"Hah iye?" Sebaik buka pintu terpempang wajah masam mereka berdua. Aku rasa nak gelak lagi-lagi muka adik aku yang lelaki ni masam seperti air laut sana! Air laut masam ke? Bukan masin. Er apa-apa jelaa!
Mulut tu bukan main lagi muncung ye. Kalau aku sangkut beg pun dah boleh dah ni. "Kak Nuha ayah panggil suruh makan kat luar." Kata Naimi lalu dia merangkul leher Naiha dan menapak pergi dari bilikku.
Aku pun sekadar mengangguk dan keluar selepas pintu bilik aku tutup. Aku melangkah ke dapur. Hummm... wanginya! Ayam masak merah! Ini mesti mak masak. Kalau kakak yang masuk hm kurang garam lah terlebih lah. Aih...
"Mak" Sergah ku di belakang mak secara mengejut dengan kedua tangan di atas bahu mak."Allahu... Nuha! Kamu nak mak mati awal ke?! Eiyy budak ni nasib baik aku takde sakit jantung!" Bebel mak sambil mengurut dadanya beberapa kali.
Aku hanya tergelak lalu tangan mencalitkan sedikit kuah yang di sudip lalu aku sua ke mulut. Hermm sedap! "Sedap mak. Dah masak ke?" Soal ku tidak sabar lalu hidangkan pinggan mangkuk di atas meja.
Hubungan aku dengan mak memang baik cumanya kalau si Nufa tu buat masalah aku yang di persalahkan jadi aku kalau marah pula tunggang terbalik rumah jadinya. Semua mesti aku hamuk tanpa sebab.
Sebab itu sekarang ni mak cuba memahami aku. Bukan dari dulu lagi cumanya sekarang ini aku lagi selalu berada di rumah berbanding dulu aku selalu merayau pergi rumah sepupu ku, Mehrunisa.
"Sikit lagi ni nak masak dah. Kamu tunggu kejap." Balas mak sambil menggaul lagi lauk itu. Aku duduk menanti sambil memakan buah yang tersedia ada di dalam bakul tidak menjadi itu. Erm buah anggur. Yum!
Entahlah sekarang ni mood aku kalau makan semua nak cakap sedap walhal memang sedap tapi yang peliknya yang masam tu aku boleh cakap manis. Tak tahu apa sudah jadi dengan lidah aku ni. Dah pencen agak, haha.
Muka aku pula semakin temban bentuk badan makin... pftt makin cantik hehe. Tapi yang sedihnya berat badan aku naik. Huarghh! Aku pun tak tahu apa sudah jadi lepas dua bulan berlalu ini.
Ayah pula kadang kalau aku cerita tentang kepelikan diriku dia boleh pula buat drama menangis depan aku. Bila aku tanya ayah cakap dia redha dengan apa yang bakal jadi. Redha? Bakal terjadi?
Apanya yang nak jadi lagi ayah oii. Aku boleh runsing kalau asyik fikirkan benda tu balik jadi mahu tidak runsing aku perlu relakskan diri dengan makanan. Hoho.
"Ha makanlah. Sejukkan dulu panas masih tu nanti melecur pula lidah kamu." Kata mak bila melihat aku gelojoh ambik nasi apa semua tu lepastu kuah ayam masak merah aku letakkan di atas nasi dan akhirnya aku ambil satu ketul ayam yang boleh tahan besarnya.
Sedap woo rugi kau tak rasa.
"Okay mak!" Balasku ceria lalu makan makanan aku selepas baca doa.
(ღ˘⌣˘ღ)
Wuerkk buerkk
Bunyi orang muntah kedengaran di bilik air pejabat polis itu. Ini masuk ke seribu kali dia masuk tandas semata-mata memuntahkan isi perutnya walau sudah kosong.
Lalu dia melangkah lemah keluar dari tandas dan baring ke sofa. Lemah seluruh tubuhnya. Entah sakit apa yang di alami pun mama dia tak tahu.
"Weh Dil kau ok tak? Lemah sangat dah kau ni. Jom arh kita gi klinik check. Mana tau kau ada sakit teruk apa-apa ke." Pujuk Aiman sambil melihat risau wajah sahabatnya yang tampak lemah itu.
Memang tidak dinafikan wajah Syafiq sangat lemah sekarang ini. Sampaikan nak berjalan pun terhuyung-hayang! Apa nak jadi lah ni?!
"Tak yah lah! Aku ok lagi ni." Balas Syafiq perlahan. Badannya disandar lemah di sofa dalam pejabatnya.
"Kau ok tak sebenarnya ni? Aku tengok sakit kau ni tak hilang-hilang. Dah dua bulan dah kut. Takkan tak boleh sembuh lagi?" Kata Aiman pelik.
Mana tak peliknya penyakit sahabatnya ini mula sejak balik dari operasi satu kampung yang dia sendiri pun tidak tahu nama lepastu macam-macam yang jadi.
Nak cakap si Syafiq ni kena santau? Duuh tu dah melebih tuu!Syafiq sakit dia hanya muntah-muntah lepastu mengidam mahu makan makanan yang dulunya langsung tidak disukai kini jadi kesukaan pula. Aih pening!
"Kita gi check klinik. Aku rasa ada benda yang tak kena dengan kau ni!" Pujuk Aiman lagi.
"Ergh takde papelah Man. Aku ok. Biasa je ni." Balas Syafiq tidak berdaya. Aiman menggeleng kepalanya laju. Ok? Tidak pun!
"Ok apanya setang! Kau sakit ni macam orang perempuan yang mengandung tahu! Muntah-muntah lepastu mengidam nak makan makanan yang bermacam jenis pula tu!" Bengang Aiman berkata lalu terduduk terus Syafiq dari baringnya.
Mengandung?! A-aku me-ngandung ke?
"Wehh kau biar betul Man! Aku kan lelaki! Celah mananya nak mengandung!" Sedih dia berkata dan mula ingin keluarkan air mata.
"Tu kan. Aku kata sikit nak terasa. Memang tanda-tanda orang mengandung lah. Tapi maksud aku bukan kau lah yang mengandung siot!" Marah Aiman bila tangisan Syafiq mula kedengaran.
"Wehh bukan kau yang aku maksudkan mengandung. Maksud aku... kau ada buat perempuan mengandung ke? Ke kau buat maksiat selamani?" Soal Aiman berpura-pura terkejut. Syafiq dengan selamba menumbuk pipi belah kiri Aiman. Hambik kau!
Buk!
"Bodoh! Mana ada! Kau ingat aku gila ke nak buat anak dara orang mengandung?!" Geram Syafiq membalas lalu Aiman mencebik."Aku tanya je." Aiman mengusap pipinya yang kena tumbukan tadi. Uhh sakit juga!
"Tapi ada betulnya juga yang kau cakap tu. Aku kena morningsickness maksudnya..."
"Aku mengandung ke? Weh aku lelaki kottt huarghhh!" Jerit Syafiq masih dalam dunia bodohnya.
"Maksudnya? Kau ada buat seorang perempuan mengandunglah kan!" Celah Aiman lalu terkejut Syafiq.
"Baik kau bagitau aku Dil. Kalau tak aku cakap kat umi kau yang kau buat maksiat!" Ugut Aiman dengan keras. Syafiq terkedu di tempatnya. Patutkah? Aduhh.
Syafiq melihat wajah sahabatnya dulu sebelum hembus nafas berat. Sungguh adakah dia ingin menceritakan pada sahabatnya apa yang telah terjadi? Kita akan saksikan sebentar lagi. Hahaha.
K tau hambar...(༼•̀ɷ•́༽)
Jan lupa vote sama comment!
YOU ARE READING
The Crazy Love Inspector
Romance{ lovestory + action + kiyowo } Pertemuan mereka berdua tidaklah seindah mana. Hanya di mana kejadian kampung Nuha Marzia di serbu oleh polis dan disitu Nuha bertemu dengan Nik Aidil Syafiq, seorang inspektor. Nuha terpaksa serah diri demi menyelama...