。・:* 1 | 𝐀𝐑𝐘𝐀𝐍 𝐀𝐋𝐀𝐍𝐀 ˚:✧。

3.6K 310 19
                                    

           GURUH berdentam dentum menyambar   di langit pada malam gelap itu. Hujan rintik mulai turun membasahi bumi. Bersama angin sejuk malam, langkah masih gagah diteruskan.  Kebebasan yang dimahukannya selama ini bakal tercapai. Dan mungkin inilah harga yang perlu dibayarnya.

Tiada yang percuma di dunia ini. Semuanya perlukan pengorbanan. Di dalam kegelapan malam, cahaya kilat menerangi lorong jalan kosong yang dilalui si gadis. Rasa sejuk yang tidak terhingga mencucuk hingga ke tulang belulangnya.

Dress satin gold singkat yang tersarung di tubuhnya pula langsung tidak membantu membekalkan haba yang diperlukan tubuhnya. Rambut hitamnya yang panjang paras pinggang itu cuba disanggulkan. Rimas.

Dia langsung tak sukakan pakaiannya kini. Rasa seperti maruahnya direndahkan dan dipijak pijak tatkala mata mata lelaki nakal di kelab malam itu seolah menjamah dirinya penuh nafsu.

Mengenangkan perkara itu mula bermain di mindanya, langkahnya dilajukan. Mahu mencari tempat perlindungan untuk berteduh. Dia mahukan secebis pakaian yang mampu menyorokkan segala inci tubuhnya yang sudah terdedah sepanjang malam ini.

Sungguh dia malu. Malu dengan dirinya sendiri. Hujan yang mulai lebat itu semakin memburukkan keadaan. Dhea mengeluh berat.
Air hujan mula membasahi rambutnya membuatkan beberapa helaian rambutnya terlekat pada batang lehernya.

Bajunya kini juga sudah basah membuatkan dress itu melekap pada tubuhnya dengan sempurna. Dhea pantas berpeluk tubuh. Heels masih berada di dalam pegangan tangannya. Mahu dijadikan sebagai senjata.

Kakinya berkaki ayam sepanjang perjalanan dia lari dari neraka ciptaan milik Dariel pada malam itu. Tiada apa yang lebih memuaskan hati Dhea selain daripada berjaya melepaskan diri daripada abangnya itu.

Di saat dia menyangka dia sudah terlepas, tanpa sedar langkahnya diekori oleh seseorang daripada belakang.

Krakk... “Shit.”

Kedengaran bunyi sesuatu yang dipijak dari arah belakang Dhea membuatkan gadis itu memberhentikan langkah. Dengan tenang, Dhea memalingkan kepala ke belakang dari paras bahunya sedikit mahu memeriksa keadaan.

Dhea kembali meneruskan perjalanannya. Berkelakuan seolah tiada apa apa yang berlaku. Mahupun bertindak secara melulu. Tapak runcing heelsnya dipegang erat.

Satu tapak dia melangkah ke hadapan, bunyi hujan turun membantu dia mengaburi bunyi langkahnya yang seterusnya.

Dua langkah, tiga langkah dan langkahnya yang seterusnya diteruskan, manakala sebaik sahaja dia memastikan benar benar ada langkah seseorang itu yang sedang mengekori dia. Tubuhnya dipusing ke belakang mencari kelibat misteri itu.

Sebaik saja dikenal pasti, laju sahaja Dhea bertindak membaling heelsnya itu tepat tepat pada gerangan tersebut. Langkah seribu dibuka.

“Sial! Siap kau kalau aku dapat kau, Dhea!” Amuk anak buah Derek penuh berang. Dia mempercepatkan lariannya mahu mendapatkan Dhea secepat mungkin.

Mati dia dikerjakan Derek sekiranya kerjanya menemui kegagalan.

Dhea lari sekuat hatinya tanpa menoleh ke belakang. Kakinya yang sudah terluka itu langsung dihiraukan sepenuhnya. Dia tak mahu tertangkap lagi. Dan lagi.

Adrenalin mula mengalir laju dalam badan. Rasa sakit pada kakinya mula langsung tak terasa. Termengah-mengah Dhea bernafas.
“Argh!”

Jeritan Dhea langsung kedengaran disebalik keamatan bunyi hujan yang turun lebat. Rambut hitam ikal mayang miliknya kini direntap kasar oleh Arash, anak buah Derek yang mengekorinya dari tadi.

OG | HER PLAYBOY Where stories live. Discover now