。・:* 6 | 𝐀𝐑𝐘𝐀𝐍 ˚:✧。

1.2K 112 13
                                    

   DARAH merah perlahan-lahan menitik jatuh mengenai tubuh Aryan yang tidak berbaju. Terasa hidungnya perit dikenakan trauma kuat daripada tumbukan padu daripada Alan sebentar tadi. Aryan berdecit kuat tanda protes, dia langsung tidak mempedulikan keberadaan Dhea dan Cik Nah yang masih berada dalam ruangan biliknya kini.

"So, it's you the culprit." Aryan bernada bosan, tidak terkejut dengan kenyataan ini. Bukan sekali dia termakan dengan helah abangnya. Sudah beberapa kali juga pernah terjadi tetapi tidak pula sehingga dia ditumbuk sebegini. Hubungan mereka berdua rumit. Tidak seperti adik beradik yang lain.

Tetapi tetap sahaja, Aryan hargai hubungan itu dalam diam. Sekurangnya itu cara mereka berdua menjaga satu sama lain. Sekurangnya Alan masih ambil kisah tentang hidupnya. Sekurangnya  juga Alan masih ada, dan tidak meninggalkan dia sendirian untuk kepentingan sendiri seperti seseorang yang dia kenal. Tch, kenapa dia teringat semula?

"I don't know what you're talking about. Regardless, we need to talk." Tenang sahaja Alan menidakkan seraya mengajak mahu berbincang dalam masa yang sama. Saat itu juga, Aryan sudah merungut dalam pelbagai bahasa di dalam kepalanya. Ah, bosan.

"Dhea, awak okay? Ryan ada buat apa apa pada awak?"

Nada Alan yang sarat penuh kerisauan itu membuatkan Aryan menjulingkan mata ke atas. Bebola matanya bergerak menjeling Dhea yang masih berada dalam dakapan Cik Nah. Aryan menjungkit senyuman sungging di bibir. Sengaja membuatkan Dhea tak selesa.

Well, it's fun.

"Kau amnesia atau apa? Yang kau tumbuk tadi itu aku. Bukan dia." Celah Aryan, dituding hidungnya yang masih berdarah. “Cis, sakit tahu tak? Lagipun, she harassed me first! Jadi, bukan semuanya salah aku." Adu Aryan seolah anak kecil. G

"Diam Ryan. Cik Nah, tolong bawa Dhea rehat di bilik tetamu. Alan ada perkara yang nak bincang dengan Ryan." Sempat Alan menjeling adiknya yang satu itu. Jelingan daripada Alan itu langsung tidak hiraukan oleh Aryan. Apa-apa sahajalah, dia mahu pulang sekarang.

"Urm, Dhea. Saya minta maaf juga bagi pihak Ryan. Maaf ya." Alan melemparkan senyuman serba salah. Tangan membetulkan kaca matanya. Dhea angguk sahaja sebagai balasan.

Kemudian, pandangannya dihalakan pada Aryan pula. Seakan menunggu sesuatu. Apa Aryan tak mahu meminta maaf juga sehinggakan orang lain yang perlu minta maaf bagi pihaknya? Jerk.

What?” Aryan menyoal tanpa serba salah. Tangan disilangkan ke dada. Langsung tiada riak bersalah membiarkan Alan yang meminta maaf. Dhea malas mahu berlama di situ. Dasar lelaki biadab.

Pemergian Cik Nah dan Dhea itu akhirnya dihantar Alan hanya dengan pandangan. Aryan melabuhkan punggung di atas katilnya yang empuk itu. Rasa sakit pada batang hidungnya jelas menganggu dirinya.

“Bangun. We need to talk, Aryan Qalish.”

Aryan pejamkan mata rapat. Menyoal diri sendiri mengapa dia disini. Bukan di dalam syurga dunia yang sedang menunggu dia dari saat ini. Ah, dia mahu pulang.

Make it quick.

═════✮❁•°♛°•❁✮ ══════

      “DHEA okay? Kenapa Dhea masuk bilik itu tak beritahu Cik Nah dulu? Tuan Aryan ada buat apa-apa tak senonoh ke pada Dhea? Dhea!”

Bertubi-tubi soalan Cik Nah utarakan pada Dhea yang jauh mengelamun dari tadi. Terasa lengannya digoncang perlahan mengembalikan dia pada realiti asal. Dhea tepuk dahi. Entah apa yang dia fikirkan dari tadi.

OG | HER PLAYBOY Where stories live. Discover now