。・:* 2 | 𝐀𝐑𝐘𝐀𝐍 𝐀𝐋𝐀𝐍𝐀 ˚:✧。

1.5K 154 16
                                    

       SILING putih gading yang diterangi cahaya lampu mewah sekelilingnya itu memancar terus ke dalam kornea mata Dhea Alana yang baru sahaja sedar. Pantas sahaja lengannya naik menghalang cahaya itu daripada terus terusan menyerang anak matanya yang ingin dibuka.

Rimas dengan keadaan itu, tubuhnya bangun dari pembaringan serta-merta. Dhea memicit pelipis dahi. Cuba mengurangkan rasa sakit di kepalanya dek kerana serangan cahaya tadi. Sungguh dia rasa seperti mahu pengsan. Lagi.

Dibawah tubuhnya kini ada tilam gebu empuk bersaiz King menyokong seluruh tubuh badannya yang terasa sengal dari tadi. Dhea meliarkan pandangan pada semua sudut bilik yang tidak dia kenali ini.

“Aku... Dekat mana?” Bisik hati Dhea mencuba cari jawapan dari dirinya sendiri. Kotak memorinya ibarat dikunci. Dhea memeriksa kepalanya risau ada kecederaan yang serius sehingga dia boleh terlupa. Namun semuanya biasa sahaja.

Pandangannya diturunkan pula pada tubuhnya. Tangan meraba-raba ke seluruh tempat. Pelik menyedari baju yang tersarung pada tubuhnya ini sememangnya bukan hak miliknya. Sweatpants dan sweatshirt berwarna kelabu yang tersarung ini jelas terlalu besar untuk dirinya.

Tetapi dia malas ambil kisah. Kerana kainnya yang lembut membuatkan dia selesa. Sama seperti pakaian hariannya selama ini. T-shirt labuh dan tracksuit.

“Kamu dah sedar?” Sapa satu suara yang menangkap perhatian Dhea serta-merta. Pandangan dialihkan ke arah pintu kayu yang terbuka.

Dhea angguk. Wanita tua yang kelihatan separuh abad itu kini berada dalam pandangan. Gayanya biasa-biasa menunjukkan wanita ini bukan tuan rumah ini. Tetapi tidak pula, Dhea bercakap apa apa.

“Kamu bisu ke?” Dhea pantas menggeleng. Dia nampak macam orang bisu ke? Tak mahu mak cik yang mungkin sebaya dengan ibu kandungnya sendiri itu salah faham pula. Cepat-cepat, Dhea menjawab.

“Saya dekat mana ni, mak cik?”

“Rumah Dato Arzlan.” Tenang sahaja mak cik itu menjawab pertanyaan Dhea. Sedar-sedar sahaja dia berada di rumah seseorang yang dia tak kenali. Entah siapa agaknya.

“Macam mana saya boleh ada dekat sini?” Tanya Dhea lagi mahu mengorek jawapan. Sementara, mak cik itu kelihatan sedang sibuk memeriksa kaki Dhea yang berbalut kemas itu.

“Kamu pengsan. Mujur tak kena langgar dengan Dato'. Sebab itu kamu ada dekat sini. Kamu lari rumah ya?” Teka mak cik yang tidak bernama itu sendiri kepada Dhea. Dhea kerut dahi. Lari rumah?

Terasa seperti sel-sel otak mula berhubung. Kotak memori yang tersimpan jauh dalam kepala Dhea itu kini melayarkan babak terakhir yang terjadi sebelum dia jatuh pengsan tatkala dirinya hampir dilanggar.

Lari? Ya, dia lari daripada abangnya, Dariel.

Lari daripada Derek.

Lari daripada semua manusia yang menyekat kebebasannya selama ini. Dan kini buktinya sekarang dia berjaya melarikan diri daripada neraka ciptaan mereka. Akhirnya!

“Aku bebas!” Sorak Dhea tanpa sedar. Mulut segera ditutup dengan tangan sebaik melihat reaksi mak cik itu tadi kini melemparkan pandangan pelik ke arahnya.

“Kamu okay?” Mak cik itu bernada penuh kerisauan. Generasi zaman muda ini bukan boleh percaya sangat. Adakalanya nampak sahaja mereka normal tapi barangkali mungkin mempunyai masalah mental. Dhea kelihatan seperti salah seorang daripada mereka saat ini. Aneh!

“Dhea okay, mak cik. Boleh Dhea jumpa Dato Arzlan? Dhea nak berterima kasih pada dia. Dia selamatkan nyawa Dhea, mak cik. Dhea terhutang budi.” Ujar Dhea benar-benar mahu menemui gerangan Dato Arzlan itu. Pasti bukan calang-calang orang jikalau sudah gelarannya Dato'.

OG | HER PLAYBOY Where stories live. Discover now