"KERJA senang pun kau tak boleh buat ke?" Amuk Derek melampiaskan api kemarahan yang meluap-luap di dalam diri kala ini. Kolar baju Dazriel disauk kasar sebelum dihempas kuat pada dinding simen rumah terbiar yang menjadi tempat persembunyian mereka sekarang.
"Kau tahu tak berapa ganti rugi aku malam tadi? Tahu banyak mana klien aku lari? Semua perempuan aku kena kebas? Barang aku kena rampas? Jangan fikir aku senang senang nak lepaskan kau, Dazriel!" Wajah penuh lebam Dazriel kini dihempuk pula pada meja kayu yang sudah usang di tengah rumah.
Tergolek-golek tubuh lemah Dazriel menerima pukulan daripada setiap seorang anak buah Derek di atas arahan lelaki itu sendiri. Tubuhnya yang dibelasah teruk itu kini hanya menunggu masa sebelum segalanya berakhir dengan pantas tak lama lagi. Lebih baik dia mati. Sebelum menjadi hamba abdi lelaki iblis ini.
"Kau jangan ingat aku biarkan kau mati semudah ini, Dazriel. Cari betina tu sampai dapat! Aku nak jual dia! Aku tak kira kau kena dapatkan adik perempuan kau semula. Selagi kau tak dapatkan Dhea, jangan fikir kau boleh mati tanpa kebenaran aku. Dasar pembawa sial! Berambus. Berambus!"
Tegas Derek menghalau, sudah muak melihat wajah Dazriel yang kini nyawa-nyawa ikan."Kau semua tunggu apa? Cari semula perempuan sial tu! Sebab perempuan jahanam itu, business aku lingkup. Cari cepat!" Arah Derek kepada semua anak buahnya pula penuh tegas. Rokok tembakau miliknya disedut sekali nafas.
Mahu melegakan rasa serabut yang bersarang di dalam kepala sejak kelab malamnya yang sering dikunjung anak orang berada diserang oleh pihak polis. Ini semua salah Dhea. Pasti gadis itu berdendam dengannya sehinggakan berkomplot dengan pihak polis untuk menyerang kelab malamnya semalam.
Derek kusutkan rambutnya tanda serabut. Sudah mati kutu bagaimana mahu dia meneruskan untuk berniaga apabila reputasinya jatuh sebegini teruk sekali. Tangannya menumbuk dinding sehingga meninggalkan kesan.
"Sial, sial punya perempuan!"
═════✮❁•°♛°•❁✮ ══════
DHEA membetulkan rambut panjangnya dari terus menghalang wajah tatkala ditiup angin. Getah hijau yang selalu ada di pergelangan tangan diambil sebelum mengumpul semua rambutnya lalu diikat sanggul. Rimas lehernya yang berpeluh dek kerana rambut hitamnya yang tebal."Dhea," Panggil Cik Nah lembut. Laju sahaja Dhea berpaling bersama wajah yang dimaniskan. Tak mahu Cik Nah berasa tidak selesa sepanjang keberadaan di sini.
Hari ini juga sudah masuk tiga hari dua malam Dhea bermalam di rumah agam Dato' Arzlan. Tetapi kelibat lelaki itu langsung tidak kelihatan. Hanya ada Cik Nah dan beberapa pembantu yang lain sahaja di rumah besar ini.
"Ya, Cik Nah. Kenapa? Nak Dhea tolong apa-apa?" Pelawa Dhea mahu bangun dari duduk. Serba salah membiarkan Cik Nah bekerja sendirian walaupun sudah ditegah untuk sekian kalinya.
"Dato' dah balik. Kamu nak jumpa Dato' kan?" Cik Nah mengingatkan semula permintaan Dhea sebelum ini. Laju Dhea mengangguk. Lagi cepat dia bertemu Dato' Arzlan, lebih cepat dia dapat merangka perancangannya yang seterusnya. Dia masih perlu sembunyi dari Derek dan Dazriel.
"Boleh ke Dhea jumpa Dato' sekarang, Cik Nah?" Dhea mulai tidak sabar. Namun, lidahnya ditahan dari terus berkata-kata lagi.
"Boleh itu boleh, Dhea. Tapi Cik Nah nak tahu sesuatu daripada Dhea. Jawab dulu soalan Cik Nah boleh?" Dhea rasa mahu kerut dahi. "Boleh, apa tu Cik Nah?"
"Malam Dhea dibawa ke sini, Dhea pakai gaun satin panjang bertali. Gaun Dhea ada darah, tapi Dhea langsung tak berdarah. Darah siapa tu, Dhea?" Cik Nah pandang Dhea lama. Seolah membaca apa yang berada di fikiran gadis itu kini.
YOU ARE READING
OG | HER PLAYBOY
Lãng mạn𝗛𝗲𝗿 𝗛𝘂𝘀𝗯𝗮𝗻𝗱 𝗦𝗲𝗿𝗶𝗲𝘀 •°. *࿐ «3𝒓𝒅 𝒔𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔» | ᵒⁿ ᵍᵒⁱⁿᵍ ˚ ༘♡ ·˚𝐀𝐑𝐘𝐀𝐍 𝐐𝐀𝐋𝐈𝐒𝐇 𝐱 𝐃𝐇𝐄𝐀 𝐀𝐋𝐀𝐍𝐀˚ ༘♡ ·˚ "𝑳𝒐𝒗𝒆 𝒕𝒉𝒆 𝒍𝒐𝒗𝒆𝒓𝒔, 𝒑𝒍𝒂𝒚 𝒕𝒉𝒆 𝒑𝒍𝒂𝒚𝒆𝒓𝒔." ✰ playboy x tomboy ✰ song playlist; stereo love ✰...