DING DONG! DING DONG! DING DONG!
Dayyan kalihkan badan ke arah kanan pula kali ini. Sedari tadi loceng rumahnya itu berbunyi tanpa henti. Tubuhnya penat selepas seharian bertugas menggantikan rakan sekerjanya hari ini. Ini waktu dia rehat. Mengapa diganggu pula sebegini?
Ding dong!
Sekali lagi bunyi loceng itu bergemaa di dalam rumah bujang miliknya. Ah, cukup! Tidur pun tak senang begini. Keluhan berat terlepas. Berat sungguh langkahnya menuju ke pintu rumah. Mata sempat mengerling bilik Arrez.
Jikalau lelaki itu yang tertinggal kunci. Tetapi jelas kelihatan Arrez yang baru sahaja bangkit dari tidur keluar dari bilik tidurnya juga. Dayyan mendengus sambil melihat kamera yang memaparkan gerangan yang berada di luar rumah mereka kini.
Remote pintu pagar ditekan agar terbuka. Membenarkan tetamu tak diundang itu masuk. Dayyan ambil tempat di sofa ruang tamu. Mata ditutup cuba mengamit lena semula.
“Kau nak pergi mana?” Soal Dayyan sekilas bersama mata yang masih tertutup. Arrez yang baru sahaja mengenakan hoodie hitam pada tubuhnya itu tenang sahaja menjawab. “Keluar. Ada hal.”
Dayyan buka sebelah mata cuba melihat jam dinding mereka yang berdetak kuat dalam ruangan mereka berdua ketika ini. “It's 3am now, Arrez. Siapa buat hal?”
“Tak tahu. Tapi dia masuk kawasan aku. Kacau budak budak buat kerja. It's my responsibility to find out. Kalau aku tak balik, kau hantar backup. Macam biasa.” Arrez menguap. Helmet di atas almari kasut diambil sekilas. Dayyan angguk saja.
“Jangan mati. Susah aku nak jawab pada Dr Ranea nanti.” Pesan Dayyan bersama senyuman nipis. Seronok juga sakat orang begini. Rasa bahagia.
“Diamlah, penyibuk.” Arrez campak botol air mineral di atas meja pada Dayyan sebagai balasan. Dengan mudah, Dayyan pantas menangkap. Bagus juga. Tekak dia sedang dahagakan air sekarang ini.
“Terima kasih, bro.” Dayyan senyum mengejek. Lesung pipit jelas terbentuk setiap kali dia berbuat demikian. Namun tidak dibalas Arrez yang sudah lesap keluar rumah mereka.
Aryan langsung tidak sempat menyapa Arrez yang berselisih dengannya di luar rumah tadi. Entah kenapa lelaki itu tertekan sangat wajahnya. Merah semacam. Period ke?
Sudah terbiasa dengan sikap aneh aneh Arrez yang selalu tidak stabil itu, Aryan lantas masuk ke dalam rumah. Menemui Dayyan yang sedang melelapkan mata di sofa ruang tamu.
Tanpa membuang masa, tubuhnya direbahkan tak jauh daripada tempat Dayyan berada. Aryan melepaskan nafas lega selepas dapat berbaring sebegini.
“Dari mana?” Soal Dayyan malas mahu membuka mata. Biar sahajalah mulutnya sahaja yang dia bergerak. Kalau lihat sekilas keadaan dia tak ubah seperti orang yang sedang mengigau dalam tidur.
Tapi mahu buat bagaimana, dia lebih sayangkan tidur dia lebih daripada Aryan.
“Rumah Alan.” Malas sahaja Aryan memberitahu. Bercakap tentang ini sahaja mahu buat dia mahu berendam dalam ais. Panas. Rimas. Serabut.
“Apa kau buat dekat sana?” Dayyan kini sudah segar bugar membuka mata. Dalam banyak-banyak tempat, itu tempat terakhir yang dia fikir Aryan akan berada.
“Something happens. By the way, aku dah tak boleh tolong kau untuk kes Alana buat masa sekarang. Alan, dia dah tahu pasal Alana. He thinks I might do something to her that night. Good things, he doesn't know about our deals. But bad news, someone got my pictures taken that night. Kau tahu Alan macam mana. Dia takut aku calarkan nama dia kalau gambar itu sampai pada pelabur. Or worst, media.”
YOU ARE READING
OG | HER PLAYBOY
Roman d'amour𝗛𝗲𝗿 𝗛𝘂𝘀𝗯𝗮𝗻𝗱 𝗦𝗲𝗿𝗶𝗲𝘀 •°. *࿐ «3𝒓𝒅 𝒔𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔» | ᵒⁿ ᵍᵒⁱⁿᵍ ˚ ༘♡ ·˚𝐀𝐑𝐘𝐀𝐍 𝐐𝐀𝐋𝐈𝐒𝐇 𝐱 𝐃𝐇𝐄𝐀 𝐀𝐋𝐀𝐍𝐀˚ ༘♡ ·˚ "𝑳𝒐𝒗𝒆 𝒕𝒉𝒆 𝒍𝒐𝒗𝒆𝒓𝒔, 𝒑𝒍𝒂𝒚 𝒕𝒉𝒆 𝒑𝒍𝒂𝒚𝒆𝒓𝒔." ✰ playboy x tomboy ✰ song playlist; stereo love ✰...