。・:* 5 | 𝐀𝐑𝐘𝐀𝐍 𝐀𝐋𝐀𝐍𝐀 ˚:✧。

1K 112 16
                                    

DHEA mengedipkan mata beberapa kali. Nafas yang ditahan kini terlepas dengan pantas. Terasa degupan jantung yang bermain rentak laju sampai pada gegendang telinganya kini.

Sementara itu, figura tegap bersama senyuman misteri di hadapannya kini berubah riak wajah. Dari senyuman kemenangan penuh bongkak kini jejaka itu mengukir satu senyuman misteri.

Atau lebih tepat lagi, kelihatan nakal mahu mengusik reaksinya kini.

"Am I that charming, Alana?"

Suara garau itu kali ini berkata lagi. Diselangi dengan senyuman misteri itu buat sekian kali. Apa lelaki ini sudah hilang akal sihatnya atau apa?

"Kau bukan Alan."

Seluruh keberanian dikumpulkan Dhea saat melontarkan ayat itu tepat pada wajah jejaka yang tidak dia kenali ini. Seraya itu juga, ruangan antara mereka berdua itu dipenuhi dengan tawa halus si jejaka.

Dhea kerutkan dahi. Dia menapak ke hadapan penuh berani lantas menolak figura itu menjauh dari dirinya tanpa membuang masa. Gila.

Langkah Dhea diorak laju mahu keluar dari situ segera. Siapa pun lelaki ini dia tak mahu terlihat bersama sekiranya Alan atau Cik Nah ingin masuk ke dalam bilik ini.

"Kau nak lari lagi, Alana?"

Nada mengusik itu membuatkan Dhea memberhentikan langkahnya sama sekali. Tangan dikepal di sisi. Kenapa sekarang ini suara ini seperti pernah didengar?

"Who are you seriously? Cinderella?"

Tawa halus kedengaran lagi dari si jejaka. Seakan menikmati kesengsaraan Dhea yang sedang dalam kekeliruan. Dilema sama ada ini realiti atau mimpi. Mata Dhea mencerlung tajam ke arah wajah tampan yang masih tersenyum ke arahnya itu.

"You hurt my feelings, sunshine." Suara jejaka itu berubah seakan kecewa. Tangan diletakkan di dada menjiwai watak. Sedangkan wajahnya masih tersenyum simpul menunggu sesuatu.

Dhea membulatkan mata tatkala menyedari sesuatu. Suara ini... Wajah ini... Sunshine? Semuanya sudah masuk akal. Lelaki ini yang berada di dalam kelab Derek pada malam itu!

"Kau, kau yang cuba beli aku!"

Jari Dhea menuding penuh amarah. Turun naik nafasnya tatkala menyedari identiti lelaki di hadapannya kini. Bagaimana? Bagaimana lelaki ini boleh menemui dia di sini?

"Hey hey now. The name is Aryan. How rude can you be exactly? This not how you thank me after that night, Alana."

Aryan lantas menepis jari Dhea yang menuding tepat pada wajahnya. Nada Dhea yang menuduh dia penuh yakin itu menyakitkan hati dan egonya sama sekali. Mungkin Dhea Alana bukan seperti yang disangka Aryan selama ini.

Interesting.

"Kau, kau mesti datang nak ambil aku bukan? Kau pasti orang Derek! Jauh! Menjauh! Jangan dekat dengan aku, bajingan! Jangan cuba datang walau seinci!" Dhea memberi amaran keras.

Penyangkut besi yang tergantung di dalam almari itu dicampak kasar ke arah Aryan. Semua yang ada di dalam almari itu dibaling ke arah Aryan tanpa henti.

Aryan mendengus kasar mencuba mengelak dari serangan Dhea yang tiada gunanya itu. Dasar perempuan gila. Kenapa dia mencari masalah mencari gadis ini dengan bersusah payah?

"Hei, Alana. Hear me out. Alana!

Semakin lama serangan Alana itu berterusan, semakin Aryan terasa jengkel dengan tindakan Dhea. Bagai mencuba menguji kesabaran Aryan, kini wajahnya tepat dibaling bantal dari atas katilnya sendiri.

Pak!

"That's enough, Dhea Alana." Tangan Aryan menyambar lengan kecil milik Dhea. Ditahan tangan itu daripada berbuat apa-apa. Sebelah tangan Dhea yang masih bebas pula masih meneruskan serangan pada pangkal leher Aryan pula.

"Tch," Aryan berdecit penuh jengkel sebelum ditolak tubuh Dhea ke atas katil. Ditahan kedua tangan Dhea dengan sebelah tangan. Manakala kaki Dhea yang mulai membuka kekuda mahu menyepak bahagian bawah badannya ditahan oleh Aryan dengan seluruh kudrat yang ada.

"Lepaskan aku! Lepaskan!" Jerit Dhea masih tak mahu mengalah. Walaupun kudrat perempuannya pasti kalah dengan Aryan, suaranya yang kuat pasti menarik perhatian Cik Nah atau Alan. Dia takkan tunduk pada Aryan!

Aryan sekadar memandang bosan pada Alana yang masih menjerit sedari tadi. Kenapa perempuan ini bising sangat? "Jeritlah kuat-kuat. Silakan."
Perli Aryan mahu menyakitkan hati Dhea.

"Dasar gila! Kau gila ke? Lepaskan aku, lepaskan! Pekak ke apa?" Marah Dhea lagi dan lagi. Aryan gulingkan bebola mata.

"Tak pekak. Cuma bilik ini kalis bunyi. Silakan menjerit lagi." Aryan tarik senyum penuh mengejek. "Penipu!"

Dhea menjerit disebelah telinga Aryan sebagai balasan. "Lepaskan aku!" Aryan menahan rasa perit telinganya yang berdesing mahu berdarah dek kerana suara nyaring Alana.

"Can't you stop and listen to me, Dhea Alana!"

Wajah merah padam Aryan penuh serius itu kini membuatkan Dhea menutup mulut serta-merta. Bebola mata hitam Aryan bagai mencabar Alana untuk terus memberontak lagi.

"Kau... Dalam bilik aku, Alana. Rumah aku. Dan sekarang kau berani tuduh aku yang bukan-bukan bila kau sendiri yang ceroboh tempat aku. Kau fikir kau siapa, Alana?"

Suara garau Aryan yang sedari tadi kedengaran penuh usikan diganti dengan nada dingin. Dhea pula tidak menunjukkan rasa takut sama sekali bahkan dia sekadar menayang wajah tidak serba salah di hadapan Aryan kini.

"Kau kenal Alan, jadi siapa kau sebenarnya, Dhea Alana?" Aryan mula rasa sangsi dengan gadis di hadapannya kini. Niatnya ke sini hanya kerana pertemuan dia bersama Dato' Arzlan.

Bagaimana pula Alana boleh berada di sini? Dan mengapa dan bagaimana pula Alana boleh mengenali abang kandungnya Alan dan bukannya dirinya?

Ada sesuatu yang tak kena. Dia dapat rasakan yang ini semua bukan kebetulan. Aryan merenung Alana lama mahu mencari jawapan. Membawa dia kepada satu nama yang dia pasti dalang pada semua kejadian ini.

Sehinggalah pintu bilik itu terbuka, menyerlahkan Cik Nah yang kini beristighfar melihat keadaan mereka berdua. Dhea pantas melakukan langkah seterusnya. Dia mula menangis. Ini saja caranya untuk dia terlepas.

"Dhea tak nak kahwin dengan dia!" Laung Dhea kuat membuatkan Aryan mengerutkan wajah pada kata kata yang tak masuk akal dari mulut gadis itu.

Belum sempat Aryan menidakkan, satu penumbuk dilayangkan Alan pada wajah Aryan membuatkan tubuhnya hampir jatuh terjelepok ke bawah lantai.

Bersama bibir yang kini berdarah, Aryan menjeling Dhea yang sedang berada dalam pelukan Cik Nah. Wajah tenang Alan, si abang, membuatkan Aryan melampiaskan tawa sinis.

"So it's you. The culprit."

═════✮❁•°♛°•❁✮ ══════


Updated!
Sooo how are we feeling??
Hehehehee anw sorry its been
Long since the last update ಥ⁠‿⁠ಥ
It's a bit confusing rn, but trust me next
it will get better, i owe you an explaination.
Currently on my sem break, doakan i is rajin utk update moree frequently (⁠◍⁠•⁠ᴗ⁠•⁠◍⁠)⁠❤

═════✮❁•°♛°•❁✮ ══════

Pstt actually im also currently writing for my first free ebook: Tutor ;⁠) yall can claim on my tele channel later. Hehe that's all, byebye babies mwah 💋









OG | HER PLAYBOY Where stories live. Discover now