Dia merenung gambar itu . Rindu ! baru sahaja bersua muka sudah harus kehilangan ibunya lagi .
"Semoga Mami tenang dekat sana" diletakkan bingkai gambar itu kembali ke tempat asalnya .
"Abang ! Dah pukul berapa ni belum siap mandi lagi?" Alyssa mengambil baju kurta milik suami dan baju milik anak anaknya itu .
"Adrian Adrianna , meh sini " Laju sahaja anak anak nya itu berlari ke arahnya .
"Mami , Ian kata ada orang datang nanti " Dianggukkan kepala tanda setuju .
"Betul sayang ada orang nanti " Adrianna menggapai baju yang berada ditangan Alyssa lalu memakainya .
"Cantik lah anak daddy " Alex keluar dengan tuala dipinggang .
"Anak anak daddy , keluar sekejap boleh?Daddy ada projek dengan Mami " muka Alyssa memerah bila suaminya berkata begitu .
"Okayy daddy" mereka yang berusia 3 tahun itu .
"Sayangg " gedik sahaja suara suaminya itu .
"Ehem ehem aa..apa?" Tergugup gugup dia membalas .
"Hehe" dia menutup pintu bilik itu .Alyssa menyediakan makanan diatas meja . Hari ini semua akan berkumpul di Villa AZ , rumah milik suaminya .
"Akak , tengok danish ni " ditoleh ke arah adiknya yang menyorok dibelakangnya tika ini .
"Lysa kau bak sini budak tu , aku nak kasi pengajaran sikit " Danish memandang geram ke arah isterinya .
"Apalagi ni adik?" dia meneruskan pekerjaan nya yang diikuti oleh Alicia yang tetap dibelakangnya itu .
"Danish yang salah , Zira nak makan asam tu pun nak marah " dijeling suaminya yang bercekak pinggang didepan cabinet .
"Memanglah tak boleh Zira hish" Alyssa menjentik dahi adiknya itu , disusuli dengan tawa Danish yang melihat wajah cemberut isterinya .Villa itu di meriahi dengan suara tawa mereka .
"Hah , Zira . Alyssa dah anak ketiga tu kamu bila lagi ?" Soalan itu disambut dengan gelak tawa dari mereka semua .
"Alah mak long ni , dia dah ada tu tapi dia tak bagitahu kita " Alicia tersipu sipu bila kakaknya membalas pertanyaan ibu susuan mereka itu .
"Yang ni pun kembar juga ke Zira?" Gurau Mak Lang Sha .
"InsyaAllah Mak Lang kalau ada rezeki kami " balas Danish sambil mengusap bahu isterinya .
"Betul tu InsyaAllah Mak Lang " Alicia memeluk pinggang suaminya itu .
YOU ARE READING
Cikguku Suamiku
RomanceMenjadi seorang wanita yang bukanlah mudah bagi seorang Eyka , dia harus menahan rasa sakit dan berusaha tegar dalam menjadi seorang isteri . Kepergiannya telah membawa duka kepada semuanya . "Eyka dah cuba Abang , Eyka dah cuba untuk hilangkan rasa...