Junkyu part~
Lepas aku balik meeting bersama dengan ketua perusahaan aku terus balik ke apartment yang ku beli di Kobe . Bukan aku sorang saja yang pergi ke sini . Aku pergi bersama dengan daddy dan hyunsuk untuk selesaikan isu huru-hara haritu .
Aku mengeluh .
" Relaxlah kyu "
" Camna nak relax . Dia dahla tak bertanggungjawab apa yang dia dah buat . Kita yang kena settlekan kerja dia . Semak ".
" Sabar jela "
" Kita tak boleh duduk diam hyung . Disebabkan dia kita punya syarikat hampir down "
" Tapi urusan tu dah settle . Lagipun ketua tu dah setuju nak gabung dengan kita "
" Ya . Betul apa yang hyung kamu cakap kyu . Daddy harap lepasni dia dah takda pape kaitan dengan syarikat kita "
Aku mengeluh lagi .
" ya memang satu masalah dah selesai . Ada satu lagi masalah yang mungkin akan berlaku "
Aku perasan dahi daddy berkerut .
" Masalah apa ? "
Aku tetiba tersedar . Wait . Apa benda yang aku dah cakap ni ? Siot . Dah terlepas . Aku pandang muka hyunsuk . Muka dia dah lain aku tengok . Aduh mampus .
" E-erk takda pape daddy ". kataku gagap .
Daddy still pandang aku .
" Kyu..kyu tau kan daddy tak suka orang tipu daddy".
Ha habisla kau junkyu . Tula bila nak marah tu tolong berpada sikit . Kang terlepas cakap . Memang dah tak boleh kau repeat .
Aku buat isyarat mata ke hyunsuk . Aku perasan dia macam ada cakap sesuatu . Tapi aku still tak faham .
" A-apa " . Aku buat isyarat mulut aku .
" Junkyu . Hyunsuk . Korang berdua ada pape nak bagitau ke ? " Tanya daddy tegas .
dia tunjuk aku . Aku pun tunjuk dia .
" Kaulah "
" Kaulah "
" Eh kau lah bagitau . Kau yang terlepas cakap "
" Kaulah . Aku dah bagitahu kan "
Dah macam budak ii pula dua ekor ni . Si hyunsuk dah jadi bapak anak dua pun still cam budak kecil . Aih si junkyu pula dah berpangkat CEO pun still cam budak ii . Haih .
" Cepat . Bagitau daddy "
" Aduh " . Aku garu kepala yang tak gatal .
Nak tak nak aku yang kena cakap .
" Hurm..macam ni daddy . S-sebenarnya urm.. sebenarnya ni ada kaitan dengan julie "
" Ha ? Apa jadi dengan julie ? "
" hm..julie sebenarnya ada..erk..hubungan dengan jake "
" WHATT !? " kata daddy sambil hempap meja .
Aku dengan hyunsuk terkejut beruk . Sumpah terkejut gila .
" Apasal tak bagitau daddy selama ni ? Korang tak tau ke yang si jake tu budak nakal . Apa yang dia buat semua berjaya . Masih lagi nak rahsia pasal ni dekat daddy ? Ha junkyu hyunsuk !?. "
Dah macam kena marah dengan cikgu dah kitaorang . Tunduk bukan main bawah kepala dah nak sampai lantai . Eh gurau ii . Hehe .
" Berapa lama dah ju ada hubungan dengan budak tu ? "
![](https://img.wattpad.com/cover/340962851-288-k31708.jpg)
YOU ARE READING
LET ME LOVE YOU || PJW
Teen FictionMengisahkan tentang seorang lelaki yang telah lama pendam perasaan pada seorang gadis yang dia cintai . Tapi perasaan tu telah direbut kawan baiknya sendiri walaupun kawannya telah mengetahui bahawa gadis itu adalah gadis yang amat dia cintai sehing...