Chapter 4: Ep 3-The Magic Wand

14 3 0
                                    

Jadi, macam tulah kau dapat 'x'." Aiden sedang sibuk mengajar Wawa dan Isya soalan matematik di markas.

"Oh, macam tu. Tapi macam mana kau jumpa 'x' aku?" Isya bertanya. Aiden mengerut dahi. Baru saja dia beritahu caranya.

"Kan aku dah tunjuk caranya?" Aiden bingung.

"Tapi aku mana ada 'ex'. Aku single lagi." Isya tersengih. Aiden dan Wawa tertawa.

"Aku ingatkan apa tadi." Aiden menepuk dahi.

"Yelah tu single. Kecil hati Ian nanti." Wawa mencelah.

"Hahaha! Hei, mana korang tahu ni!" wajah Isya bertukar merah.

"Adalah." Wawa tertawa. Mereka sambung melakukan kerja sekolah masing-masing.

Kelihatan Arin dan Ina juga sedang melakukan kerja sekolah bersama, memandangkan mereka sebaya. Rina pula sibuk membaca buku yang berada di rak.

Adam duduk di sofa kegemarannya, sambil membelek helaian buku jampi itu.

Sedang sibuk dia membelek, tiba-tiba dia menjumpai satu halaman yang ditinggalkan nota kecil pada halaman itu. Dia melihat nota tersebut. Terdapat sebuah mantera.

'Buah betik, buah mangga, sedap dimakan di atas tangga, masamu kini sudah pun tiba, keluarlah dikau dari badannya?' dia membaca dalam hati.

'Hm, aku rasa ia ada kaitan dengan Dark Mist.' Adam meletakkan kembali nota tersebut ke dalam buku jampi itu. Dia segera bangun dari duduknya.

Adam menarik tuil, mahu pulang ke rumah.

"Jumpa esok, semua." Adam sempat melambai ke arah rakan-rakannya sebelum pulang. Mereka membalas lambaian tersebut dengan senyuman.

✎︎______________

Sebuah portal terbuka di dalam sebuah gua. Aiden dan rakan-rakannya muncul dari dalam portal tersebut.

Mereka bingung melihat gua itu kosong. Mata mencari susuk tubuh seorang lelaki, Dylan tetapi kelibat lelaki itu tidak kelihatan.

"Dylan?" Aiden memanggil. Suaranya bergema di segenap ruang gua.

"Dy-" Aiden ingin memanggil sekali lagi, namun mulutnya ditekup seseorang dari belakang.

"Shh, senyap." Dylan berbisik sambil tangannya menekup mulut Aiden. Aiden mengangguk.

Dylan melepaskan tangannya. "Kenapa Dylan?" tanya Adam, berbisik.

"Lin ada datang ke sini tadi. Aku perlu pastikan dia dah tak ada." Dylan mengeluh resah.

"Aku rasa dia dah kawal pengawal-pengawal bunian di istana. Kita dah tak ada masa. Lebih baik kita ke istana sekarang." Dylan menambah.

Mereka mengangguk. Dylan memetik jarinya, sekelip mata mereka berada di hutan belakang istana.

'Haih, kenapalah perlu rentas dimensi macam ni.' Wawa membuat gaya loya.

"Apa kita perlu buat sekarang?"

"Kita kena cari cara untuk masuk ke istana tanpa diketahui."

"Kita perlu alih perhatian pengawal yang berjaga di pintu depan istana tu."

"Ha, aku tahu." Isya memandang Ina. Gadis itu hanya tersengih dan mengangguk.

✎︎______________

Dua pengawal bunian berjaga ke hulur ke hilir di depan pintu istana.

"Hai abang-abang semua..." mereka terdengar suara wanita yang mendayu. Terlihat di hadapan mereka, seorang wanita memakai baju kebaya merah, tersenyum kepada mereka berdua.

Anarchist: The Rising HeroesWhere stories live. Discover now