Chapter 4: Ep 7-Unraveled

9 3 0
                                    

Suria berlari pantas mendapatkan atuknya. Sebelum datang membantu Adam, dia meninggalkan Tok Yan di bawah pokok jauh dari kawasan pertarungan.

"Sana!" Suria melihat kelibat Tok Yan. Dia segera mendapatkan lelaki itu.

"Tok! Bertahan ya, kita pulang ke rumah." Suria memapah Tok Yan untuk pulang ke rumah Tok Yan

Aiden menawarkan agar portal dibuka supaya mereka cepat tiba. Sampai di rumah Tok Yan, lelaki itu direhatkan di atas tilam yang disediakan di lantai.

"Yan, maafkan beta. Beta tak mampu nak halang lembaga kejam ini..." Lin dibelenggu rasa bersalah. Dia mungkin tidak sedar perbuatannya, tetapi dia tahu kesan tikaman itu berpunca dari dirinya yang dikawal oleh Dark Mist.

"Usah berduka, Tuanku. Ia bukan salah Tuanku. Lagipun, patik sudah lama sakit." Tok Yan mula terbatuk-batuk.

"100 tahun lalu, Tok Yan dan Dayana pernah bertarung dengan seseorang bernama Kiarani. Serangan Kiarani telah menyebabkan Tok Yan cedera parah ketika itu. Namun Dayana berjaya selamatkan nyawa Tok Yan, tapi penyakit itu masih ada." Suria berbicara sambil dia membalut luka Tok Yan.

Kemudian, dia berpaling menghadap mereka yang ada di rumahnya.

"Kalau Tok Yan mati hari ini pun, bukan kerana Tuanku, Ratu Linorin. Kuasa penyembuhan Dayana membuatkan Tok Yan kebal dari apa sahaja, tapi bukan dari penyakit ini." Suria mula menitiskan air mata. Barangkali gadis itu tahu hari ini bakal tiba.

Kebanyakan ahli Anarchist menekup mulut dan terbeliak mata, mungkin terkesima dengan berita yang diterima. Suria masih merembeskan air mata, cuba menerima takdir yang perlu dihadapinya.

"Ria..." Tok Yan memanggil lembut. Suria segera berpaling ke arah Tok Yan, dan memegang erat tangan lelaki itu.

Tok Yan melihat satu-satunya cucunya itu dengan pandangan yang begitu lembut dan redup. Sudah lama dia bertarung dengan penyakit ini. Tapi dia tahu, walau bagaimanapun, ia tak dapat disembuhkan.

"Janji dengan Tok, kamu bantu Adam ya? Kamu bantu mereka, kalahkan anasir jahat ini. Kamu semua, jangan ulang kesilapan kami. Bila kalian sudah terlibat, bahaya sentiasa mendekat. Sentiasalah bersedia." Tok Yan mengukir senyum.

"Tok..." air mata deras mengalir dari mata Suria. Bahkan, mereka yang lain turut tidak mampu menahan cecair jernih itu dari mengalir.

Tok Yan menghadap ke arah sebuah gambar. Gambar yang ada tujuh orang di dalamnya. Salah seorangnya adalah dia. Tiba-tiba gambar itu bercahaya, keluar enam susuk tubuh darinya.

"Apakah...?" Tok Yan tergamam apabila keenam-enam orang itu semakin mendekati.

"Yan, terima kasih sebab masih bertahan, berjuang untuk kami sehingga persahabatan sejati akhirnya muncul." salah seorang dari mereka berbicara. Dayana.

"Kau dah buat yang terbaik, Yan. Kami bangga dengan kau!" salah seorang pula berbicara. Lilith.

Tok Yan berpaling pula pada seorang lelaki. Matanya tidak berkelip memandang lelaki itu, lantas air mata turun ke pipinya.

"T-Tuanku Elian." Tok Yan melihat lelaki itu tersenyum.

"Rehatlah Yan. Dah tiba masa mereka laksanakan tugas kita." Raja Elian menghulurkan tangannya.

Tok Yan perlahan-lahan menyambut tangannya dan berdiri. Tak semena-mena, keadaan di situ berubah putih.

Tok Yan memeriksa dirinya. Dia dapat rasakan dirinya berada dalam badannya yang muda. Dia melihat Raja Elian dan rakan-rakannya yang lain sedang berjalan pergi.

Lantas, dia tersenyum dan mengekori.

✎︎______________

Guruh dan langit bersatu, hujan turut selebat air mata yang deras mengalir di pipi. Pada hari itu, mereka kehilangan seorang wira. Satu-satunya rakan Dayana yang masih hidup akhirnya telah pergi.

Anarchist: The Rising HeroesWhere stories live. Discover now