Chapter 4: Ep 6-To The Rescue!

9 3 0
                                    

"Aduh!"

Dylan dan ahli Anarchist dihumban masuk ke dalam penjara di bawah istana.

"Lepaskan kami!" Aiden menghentak tirai besi yang ada di hadapannya. Lin yang berada di luar tirai, hanya tertawa.

"Lepaskan kalian? Itu perbuatan yang bodoh. Kalian semua akan jadi tentera aku nanti, menentang kawan kalian sendiri." Lin tersenyum keji.

"Apa kau nak buat hah?!" Isya pula menyampuk. Lin hanya memandang Isya dengan senyuman.

Lin membetulkan kedudukannya, kedua-dua tangan diangkat.

"Apa kau buat tu?!" mereka mulai cemas.

"Cantik manis puteri raja, disanjung tinggi rakyat jelata, aku menyerumu wahai lembaga, jadikan mereka hambaku yang setia!"

Tiba-tiba saja Dark Mist keluar dari badan Lin, tetapi bukan semuanya. Hanya cebisan kecil. Ia segera terbang ke arah Dylan, Aiden dan rakan-rakannya.

"Tidakkk!!!"

✎︎______________

Adam bangun dalam keadaan terkejut. Dia bermimpi sesuatu yang aneh tentang rakan-rakannya.

"Kenapa?" Drage datang mendekati Adam.

"Tak ada apa. Aku mimpi buruk tadi." Adam menenangkan dirinya.

"Kau mimpi pasal mereka?" Drage bertanya lagi.

"Macam mana kau tahu?" Adam pula yang bertanya.

"Kan aku dah kata aku boleh baca minda sesiapa saja. Termasuk kau. Jadi aku nampak mimpi yang kau alami tu." Adam kelihatan kagum dengan hal itu.

"Susahlah nak simpan rahsia dengan kau. Semua kau tahu." Adam menyilangkan tangan sambil tersenyum.

"Aku sudah tengok memori kau dari kecil semalam." Drage menderam manja.

"Apa?! Kenapa kau tengok?" muka Adam mula memerah.

"Aku tak dapat tidur semalam. Aku bosan, jadi aku tengoklah." Drage sekadar menutup matanya dan membelokkan kepalanya sedikit.

"Haish, kau ni, malulah aku." Adam mencebik.

"Dengan binatang pun kau nak malu ke?" Drage mengangkat keningnya.

"Kau mengaku kau binatang ke?" Adam membalas.

"Aku bukan binatang macam tulah!" Drage menunjukkan taringnya.

"Hahaha! Gurau je. Jomlah turun. Suria dengan Tok Yan pasti sudah tunggu." Adam bangun dari katilnya, dan menyarung semula pakaiannya. Dia dan Drage segera turun ke bawah.

✎︎______________

"Selamat pagi!" sergahan Suria membuatkan Adam yang sedang menuruni anak tangga terperanjat. Mujur dia tidak jatuh.

"Ish, terkejut aku!" Adam mengurut dadanya. Suria hanya tertawa.

"Eh, kau ni, semalam bukan main garang. Ni dah elok ke?" Adam cuba bergurau.

"Kenapa? Tak boleh ke aku nak gembira? Asyik nak marah kau je. Kau nak aku pukul kau dengan senduk ni?" Suria terus bermasam muka. Kacau mood betul!

"Alah, aku gurau je. Rilekslah." Adam menjauhkan diri apabila Suria seakan mahu memukulnya dengan senduk. Entah bila masa perempuan itu memegang senduk pun dia tidak pasti.

"Dah tu. Jom makan." Tok Yan yang datang dari dapur, menegur mereka. Suria menjeling sekali lagi ke arah Adam.

"Kau bernasib baik kali ni," Suria berbisik pada Adam dengan jelingan maut. Adam meneguk air liur. Langkahnya segera ke dapur.

Anarchist: The Rising HeroesWhere stories live. Discover now