Chapter 4: Special Episode !

6 2 0
                                    

Suria mengemas-ngemas bilik Tok Yan. Sebelum melangkah ke luar bilik, dia menoleh.

Suria tersenyum. Banyak kenangannya bersama Tok Yan di bilik ini. Wajahnya kembali suram. Dia teringat cerita yang Tok Yan pernah ceritakan padanya suatu masa dahulu.

✎︎______________

"Sandri, Naria, usahlah kalian pergi. Apakah benar kalian mahu menyerahkan Irina pada Ratu Malinda?" Tok Yan gusar mendengar keputusan anak menantunya itu.

"Ayah, jangan bimbang. Mana mungkin kami biarkan anak kami diambil orang. Lagipun, tujuan kami ke sana bukanlah untuk berunding semata-mata." Sandri menenangkan ayahnya.

Tok Yan bingung dengan kata-kata Sandri.

"Maksud Sandri, dia akan memulihkan Ratu Malinda, ayah." Naria mencelah.

Tok Yan memandang semula anaknya, "Kamu mahu guna mantera ayah?"

Sandri mengangguk mendengar pertanyaan ayahnya.

"Sandri janji ayah, Sandri akan bawa ratu kita kembali." Sandri tersenyum. Isterinya, Naria juga bersetuju sambil menatang Irina di dalam dakapannya.

Tok Yan menghela nafas, "Kalau begitu, baiklah. Hati-hati Sandri, Naria. Ratu Malinda tak sebaik yang disangka."

Suami isteri itu hanya membalas dengan anggukan sebelum menaiki kereta kuda yang diiringi pengawal diraja.

Siapa sangka, itulah kali terakhir Tok Yan melihat wajah anak menantunya. Tok Yan akhirnya menjaga Suria seorang diri.

✎︎______________

Suria menghela nafas. Perkara itu semuanya sudah berlalu. Apa yang dia harapkan sekarang, hanyalah untuk bertemu dengan kakak kembarnya.

'Kak Irina, apa khabarmu sekarang?' Suria berbicara kecil di dalam hati sambil merenung bulan biru di luar tingkap.

✎︎______________

"Viora? Viora?" Sharja cuba berkomunikasi dengan Viora, Penjaga Kuasa Cahaya Merah. Matanya berubah putih kerana berkomunikasi menggunakan minda.

"Tch, tak dapat." mata Sharja berubah kembali apabila panggilannya tidak dijawab.

"Viora dalam bahaya sekarang. Patutkah dia menyerang?" Zoid yang melihat rauk wajah Sharja, juga mulai bimbang.

"Tak perlu. Anarchist dalam perjalanan selamatkan dia. Kita hanya perlu tunggu saja semuanya selesai." Sharja bertegas.

"Apapun, maklumat tentang Anarchist perlu sampai pada Viora agar dia bersedia. Aku akan cari jalan lain untuk sampaikan pada dia." tambahnya lagi.

Zoid dan Dylan mengangguk. Arial hanya muncul dalam bebola putih milik Sharja memandangkan dia berkurung di dalam dimensi Sharja.

Zoid dan Dylan bersurai dari perbincangan tersebut, meninggalkan Sharja bersama Arial.

"Arial." pandangan Sharja beralih kepada Arial. Arial segera menumpukan perhatiannya pada Sharja.

"Kau mahu keluar ke dari dimensi itu?" persoalan Sharja membuatkan Arial sedikit tersentak. Dia terdiam seketika.

"Kau sudah jumpakah caranya, Sharja? Adakah caranya selamat?" mata Arial bersinar. Bukan kerana dia mahu bebas, tapi agar Ian mampu keluar dari dimensi ini dengan selamat.

"Kalau untuk kau, ia selamat. Tapi untuk Ian, aku curiga ada risikonya..." Sharja mengeluh. Sinar mata Arial perlahan-lahan berubah.

Jeda menyinggah perbincangan mereka.

"Apa agaknya perasaan Isya bila dia tahu tentang hal tu?" Arial tiba-tiba menyoal.

"Aku pun tidak pasti, cuma..." Sharja perasan yang Arial menggeleng.

"Aku tidak bercakap tentang itu." perkara itu membuatkan dahi Sharja berkerut.

"Kau tahu kan yang kita akan bertukar menjadi kelopak bunga bila misi kita dah selesai?" Arial mengingatkan kembali.

"Oh, hal itu. Aku tahu. Tapi apa kaitannya dengan Isya?"

"Macam mana dengan Ian? Kita sendiri tak tahu apa akan jadi nanti. Dimensi ni akan lenyap juga. Kau rasa Ian akan mati ke?" Arial berasa gusar.

Pernyataan itu membuatkan Sharja terdiam, tenggelam dalam fikirannya sendiri.

"Aku rasa lebih baik kau ambik risiko yang ada untuk lepaskan kami, Sharja. Aku tak mahu gadis itu bersedih lagi." Arial menyambung bicara.

"Tapi, kalau risikonya juga kematian?" persoalan itu membuatkan Arial tergamam.

"Bukan itu risikonya, kan? Benarkan, Sharja?" Arial menyoal, meminta kepastian. Apa sahaja agar bukan nyawa Ian menjadi korban.

"Aku pun tak pasti. Lihat sajalah apa yang aku mampu laksanakan. Aku akan cuba yang terbaik." Sharja menghela nafas. Ini pasti sesuatu yang berat untuk diterima oleh gadis itu.

Tapi hal itu belum pasti. Perjuangan perlu diteruskan, walaupun ada yang bakal terkorban.

Anarchist: The Rising HeroesWhere stories live. Discover now