Chapter 4: Ep 8-The Lost Twin

8 3 0
                                    

"Jadi, sumpahan keluarga kau Lin..." Aiden terdiam sebentar.

"Ianya dari Kiarani, adinda Dayana itu sendiri." Lin menyambung bicara Aiden.

"Sekarang semuanya hampir jelas." Aiden menghela nafas panjang.

"Tunggu sekejap. Tadi Dayana kata ada bunga yang mekar bukan? Di mana bunga tu?" Isya mencelah.

"Akulah bunga tu." Dylan menjawab. Masing-masing berkerut.

"Aku sebenarnya bukanlah seseorang. Aku ialah salah satu dari tujuh kelopak bunga itu. Begitu juga Penjaga Kuasa yang lain." pernyataan Dylan itu membuatkan mereka semua terpempan.

"Apa jadi kalau semua Kuasa Cahaya sudah diperoleh?" tanya Isya lagi.

"Maka, tamatlah tugas kami sebagai Penjaga Kuasa. Kami akan berubah menjadi kelopak bunga yang biasa kembali." Dylan menjelaskan.

"Jadi, Sharja, Arial dan Zoid juga bakal jadi kelopak bunga?" Wawa bertanya, cuba memastikan. Dylan mengangguk lemah.

Masing-masing terkedu. Semua tidak sanggup kehilangan Penjaga Kuasa. Tetapi, sebab kuasa ini mereka hidup. Kalau Persahabatan Sejati tidak peroleh kuasa ini, maka gelaplah masa depan umat manusia.

Semua diam membisu, tidak mampu keluarkan kata-kata. Tidak lama kemudian, Adam bersuara,

"Jangan risau, Dylan. Walau apapun, kau tetap hidup bagi kami. Kami janji, akan terus berbakti, sehingga ke akhir hayat." Adam menyentuh bahu Dylan.

Dylan tersenyum nipis. "Kebenaran sudah hampir terbukti. Cabaran kalian pasti lebih sukar nanti. Aku cuma mampu mengharapkan yang terbaik."

"Dylan, kau boleh tinggal dengan aku dekat sini buat sementara waktu. Aku tidak kisah kalau kau mahu terus menjadi penasihatku, sampai semua ini berakhir." Lin menyampuk. Dylan hanya membalas dengan anggukan.

"Terima kasih atas jasa kalian. Beta sungguh terhutang budi." Lin sempat berbicara sebelum mereka keluar dari bilik mesyuarat diraja.

"Adam..." Suria memanggil lelaki itu sebelum keluar. Adam menoleh ke arah gadis itu. Langkah rakan-rakannya juga turut terhenti.

"Ada sesuatu yang aku perlu tunjuk pada korang semua." wajah resah Suria membuatkan mereka tergamam.

✎︎______________

Di ruang tamu rumah Tok Yan, Suria dan ahli Anarchist berhimpun di situ. Suria membuka sebuah album yang diambil dari rak meja. Album tersebut dibuka perlahan-lahan.

Mereka yang berada di situ berkerut dahi, merapati Suria untuk melihat apa yang hendak ditunjuknya.

"Gambar?" semakin bingung mereka dibuatnya. Di dalam album itu, terdapat sebuah gambar Tok Yan bersama sepasang suami isteri yang menatang dua cahaya mata di dalam dakapan mereka.

"Ini siapa?" laju Adam menanyakan soalan. Suria meletakkan dua jarinya pada gambar tersebut dan meleretkan jarinya ke atas. Sebuah hologram terpancar.

             "  Tersebutlah kisah~  "

             "  Dua gadis kembar~  "

                "  Yang terpisah~  "

             "  Ke dunia berbeza~  " 

"Suatu masa dulu, lahir sepasang kembar di Kampung Bulan Biru. Semua penduduk meraikan kelahiran tersebut kerana ini merupakan kali pertama penduduk mereka dianugerahkan kembar.

Ibu bapa mereka turut gembira dengan kelahiran anak gadis mereka, Suria dan Irina. Tetapi, tidak lama selepas kelahiran mereka, sesuatu yang buruk telah berlaku.

Anarchist: The Rising HeroesWhere stories live. Discover now