Kehilangan Aina tiga hari lepas tiada siapa yang berani menyuarakan. Irshad gelisah kerana dia gagal menghubungi gadis itu. Irshad meraup wajahnya. 'Aina, kemanakah kau pergi?' Jujur dilubuk hatinya, dia ingin memutar kembali masa untuk tidak sesekali jatuh cinta dengan adik kandung bekas tunangnya. Hari nikah semakin hampir namun kelibat Aina langsung tidak kelihatan.
Ting! Mesej masuk di telefon pintarnya. Irshad lantas membuka mesej, namun terpampar wajah Aina bersamanya. Begitu manis senyuman yang diukir di bibir comel Aina. Irshad tersenyum lalu mengalir air mata yang berbaur sedih dan kesal. Dia mengimbas kembali apa yang terjadi antaranya dan Aina. Mereka bertengkar tanpa henti lalu Aina berlalu pergi membawa diri yang terluka. Dia kesal kerana tidak mengejar Aina yang semakin menjauh.
*****************************
"Irshad,..." Irshad tersentak apabila namanya disapa halus. Dia menoleh kearah suara itu. "Ye, Mama?" terlihat raut wajah ibunya yang sukar dijangka. "Mama... tak pernah halang apa yang Irshad mahu..." wanita itu seakan berat untuk meneruskan kata-katanya. Irshad mengalihkan pandangannya ke arah ibunya.
"Tapi apakan daya, takdir dah tentukan bahawa Aina bukan untuk Irshad," keluh ibunya seketika. Irshad memberikan senyuman hambar. Semua ini berlaku ankara nafsu serakahnya.
"Lepaskanlah wanita itu, dari minda Irshad, sehingga ke hati. Manusia ni cepat berubah. Mungkin disebabkan itu, perasaan Irshad terhadap Aina turut berubah" ujar wanita tua itu.
"Mama, I can't absorb any blabbing anymore,.." keluh Irshad.
"Mama tau... tidurlah mungkin esok akan ada jalan penyeselesaiannya"
YOU ARE READING
Ku Terluka
Romance‼️Read at your own Risk❗️ Contain: adult 🔞 "Tergamak kau melantak laki aku, Rabiatul?!!" Teriak Aina "Aina!! Kau ni dah kenapa??! Kan Rabia dah minta maaf?!"-Irshad Kisah seorang wanita berjuang demi kebahagiannya yang tidak pernah dikecapi. "Meman...