Bab 19: Ex Crush

377 3 0
                                    

"Insyirah aku nak tegur kau ni" Murshid yang mengikuti langkah Insyirah yang baru sahaja keluar daripada pejabatnya. "Hm? Ada apa ya? I ni busy orangnya," Insyirah meneruskan langkahnya lalu mengimbaskan kad aksesnya ke dalam makmal, meninggalkan Murshid yang terpinga-pinga. Insyirah memakai sarung tangan getah sebelum dia memulakan kerjanya. Akan tetapi Murshid bukanlah seorang yang boleh mengalah.

"Cik Insyirah, Murshid ingin berjumpa dengan Cik," wanita merengus, berontak. 'Dasar playboy, guna muka dia yang tak cukup sifat goda staff aku'. Insyirah meletakkan safety lab glasses di atas meja dan keluar daripada makmal. Dia menuju ke arah jejaka yang paling dia rasa menjengkelkan. "kau nak apa? Sepak nak? Aku busy la syaitan!" Insyirah menghembur amarahnya kepada Murshid. 'Ni mesti nak cakap pasal hari tu'

"Kalau pasal Rabiatul, aku malas dah. Kau tahukan aku tak suka dia!" jerkah Insyirah. Murshid mengeluh. "Aku tahu tu, tapi kau tu. Jagalah mulut tu" ujar Murshid. Insyirah menyirap. Dia menarik telinga Murshid mendekatinya.

"Aku cukup jaga mulut aku ni. Tak macam kawan baik kau, terlalu jaga mulut sampai hisap batang tunang orang" bisik Insyirah perlahan. Begitu ringkas mesejnya. Dia kembali ke makmal. Murshid hanya mampu melihat Insyirah yang berlalu pergi. 'Tu aku tahu lah, memang salah Rabiatul. Tapi Aina yang tak reti jaga laki dia masa tu. Itu yang kau tak faham'

********

"Eii!! Meluat aku dengan si Mur'SHIT' tuh! Dasar talam! Bencik! BENCIK!!" jerit Insyirah. Dia memandang ke arah kamera telefon pintarnya. "Adilah, kau dengar tak apa yang dia kata tu?" Aina mengusiknya.

"Yang kau benci tu jugalah crush zaman sekolah kau dulu" Adilah ketawa.

"Kau video call dengan kitorang semata-mata nak luah perasaan benci lah sangat terhadap abang Murshid kau tu ke?" soal Aina.

"Mur'SHIT' for now okay? Excuse me? Semakin membesar sel otakku berhubung dengan baik. Mampu melihat kejijikkan yang berada ditubuh ABANG MUR'SHIT' tuh!!" Insyirah menggigil. Dia geli apabila difikir balik perasaan cinta monyetnya pada waktu sekolah.

"Apa yang kau nampak dekat mamat tak cukup inci tu?" ujar Adilah. Suraya tergelak terbahak-bahak. Aina pula ketawa berguling-guling. "Oh, seronok eh korang" Insyirah menahan malu.

"Adeh, tak cukup nafas aku dibuatnya" kata Adilah bersama sisa ketawanya. Dia menepuk pehanya.

"Itu cerita lama. Kita tutup buku lama dan buka buku baharu. Yang tiada seekor zarah Mur'shit' itu didalam hati aku lagi dah. NOKTAH!"

"Okay,okay. Penat dah gelak" ujar Aina. Dia meneguk air lalu membawakan komputer ribanya ke ruang tamu.

"Ah, flight kau bila?"

"Lusa, pukul 2 petang sepatutnya" ujar Insyirah.

"Sepatutnya eh?"

"Aku doakan flight kau delay 5 jam aminnnn" ujar Aina. "Woi! Kau nak jumpa aku kan? Yang gi doa tu kenapa?" dengus Insyirah. Dia masih belum mengemaskan pakaiannya. 'Adoi, baju belum pack lagi'

"Weh, korang teman aku pack baju. Jangan off call dulu," Insyirah membuat wajah simpati. Aina tergelak, manakala Adilah menepuk dahinya. "Kau ni, tadi sibuk mengumpat bekas jejaka idaman kau"

"Tulah tu. Dah pukul 2 pagi dah ni weh. Esok jelah weh" ujar Suraya. "Tak boleh, esok aku kena pergi rumah syaitan number 2"

"Siapa?" soal Aina.

"Adik kau lah siapa lagi?"

Ku TerlukaWhere stories live. Discover now