"Assalammualaikum," terdapat seorang wanita mengetuk pintu kelas tingkatan 5 Mutiara 1.
"Waalaikummussalam, ada apa ye Cikgu Rose?" Ujar Cikgu Ngatimah, guru Bahasa Melayu.
"Saya nak berjumpa dengan Aina Nabila sebentar boleh, Cikgu Ngatimah?" Cikgu Rose bertanya sambil mengalihkan pandangannya ke arah Aina. Aina terkedu. Hatinya gundah.
"Ada urusan apa ya, Cikgu?" soal lagi Cikgu Ngatimah. Jarang sekali Cikgu Rose mencari anak murid diwaktu sesi pembelajaran.
"Oh, pasal pertandingan sajak kebangsaan yang akan diadakan nanti. Saya ingat nak mencadangkan Aina sebagai wakil sekolah kita" lega sebentar hati Aina yang gusar apabila mendengar jawapan daripada Cikgu Rose.
"Lah, yeke. Kalau begitu dipersilakan. Aina pergilah jumpa dengan Cikgu Rose. Nanti awak tanya kawan awak soalan yang saya bincangkan ini. Kalau tak faham juga, jumpa saja saya dekat office" ujar Cikgu Ngatimah. Aina kemaskan mejanya dan segara mengikuti Cikgu Rose.
"Saya ada nampak potensi dalam diri awak, Aina. Saya perhatikan sejak awak wakili sekolah dalam pidato tahun lepas" ujar Cikgu Rose. Aina hanya mampu mendengarnya dan fokus dengan apa yang disampaikan oleh Cikgu Rose.
"Oh, begitu. Saya jarang bersajak ni cikgu tapi saya akan cuba yang terbaik untuk wakili sekolah kita ini," ujar Aina dengan begitu yakin sekali. Dia teruja dengan keyakinan Cikgu Rose terhadapnya. Tidak pernah lagi orang yang yakin dengan kebolehannya.
Sejak itu kehidupan persekolahan Aina menjadi sibuk daripada biasa. Mana taknya, pelbagai aktiviti kokurikulum yang telah dia sertai. Dia menghabiskan masa petangnya disekolah, praktis sajak dan pidatonya.
Secara tidak langsung, gadis bertubuh gembal itu menjadi pelajar contoh. Bahkan jua, Aina sangat aktif dibidang sukan olahraga walaupun tubuhnya gempal.
"Wah, ligat kakak kau en, Rabia?" ujar Murshid yang memandang Aina dari jauh. Susuk tubuh gempalnya kelihatan berlari kelilingi padang tanpa keluh.
"Yep, ramai cikgu sukakan kak Aina, kenapa?" Rabiatul kerap mendengar nama kakaknya sering disebut, malah dipuji oleh para-para guru dibilik guru.
"Tak adalah, cikgu-cikgu ni tak tau kakak kau sebenarnya siapa. Sebab tu dorang duk puji si Aina tu" Murshid berbisik. Rabiatul menggelengkan kepalanya.
"Benci sungguh eh kau dekat Kak Aina?" mata Rabiatul masih lagi memerhati kakaknya yang baru sahaja selesai berlari dan menghala ke arah rakan sekelasnya.
"Eh, mana ada benci. Aku cuma tak suka kakak kau je. Mak aku selalu cakap jangan cari bini macam kakak kau. Pemalas. Degil, tak dengar kata, anak derhaka," ujar Murshid.
"Hmm, biasala tu remaja. Nanti aku macam tu juga. Rileksla" Rabiatul cuba melerai perbualan mereka.
"Aku ni bukannya apa. Kalau dia dengar cakap mak kau kan bagus. Dah lah gemuk, tak lawa pastu perangai buruk pula tu" Murshid menggelengkan kepalanya. Seolah-olah dia kenal dengan Aina.
"Kau ni Murshid. Apa yang kau dapat mengumpat kakak si Rabiatul ni?" ujar Insyirah yang dari tadinya curi-curi dengar perbualan mereka. Ini bukan kali pertama mereka mengumpat Aina.
"Eh, eh kau ni. Tau la president kelab. Sibuk pula nak judge aku" Murshid merengus.
'Judge?' Insyirah bisik dalam hatinya. 'Sesuka hati je dia nak mengutuk kakak orang. Dia boleh pula cakap aku judge dia?' Insyirah malas hendak melayan Murshid, dia berlalu pergi daripada astaka itu.
"Eh, eh, kau nak ke mana tu? Cakap sikit dah sentap," ujar Murshid. Insyirah menjuih bibirnya lalu pergi meninggalkan mereka.
YOU ARE READING
Ku Terluka
Romance‼️Read at your own Risk❗️ Contain: adult 🔞 "Tergamak kau melantak laki aku, Rabiatul?!!" Teriak Aina "Aina!! Kau ni dah kenapa??! Kan Rabia dah minta maaf?!"-Irshad Kisah seorang wanita berjuang demi kebahagiannya yang tidak pernah dikecapi. "Meman...