Bab 21: Kita (Side Couple?)

199 1 0
                                    

Perjalanan ke KLIA 1 begitu sepi sejak mereka keluar daripada hospital. Murshid mencuri lihat ke Insyirah yang sibuk dengan telefonnya. 'Kata nak tidur tapi main phone'

"Aku nak tidur lah" ujar Insyirah secara tiba-tiba. Murshid tersentak. 'Aik? Dia boleh baca fikiran aku ke?' "Ye lah, muka kau tu macam mempersoalkan aku, bruh" 

"Ha ye la yela, aku drive. Kau tidur je" sindir Murshid. 'Asallah aku offer tadi eh? Bila dengan kau ni aku kalah semua benda'

"Aik? Marah pula? Aku malas nak tengok muka kau je. Ei, meluat. Drive je lah. Banyak cakap pula" Insyirah menjeling ke arah Murshid. 'Adeh, kalaulah minah tu available, tak adanya aku minta tolong mamat ni hantarkan aku' 

"Dah minta tolong orang, boleh punya perangai macam ni" ujar Murshid, dia hanya menggelengkan kepalanya. Dia mengerling ke wajah putih mulus milik Insyirah. Dia akui, Insyirah memang cantik, lagi cantik daripada Rabiatul. Dia cuma hairan, mengapa dia memilih wanita sebagai pilihan hatinya.

"Asal tenung muka aku ni? Nak tembus dah. Ishhh, nak tidur pun susah la" rungut Insyirah. Dia mengambil sebahagian rambutnya lalu menutup wajahnya. 'Lah, sampai ke situ'

"Tak lah, aku pelik la. Kau cantik, kenapa kau pilih perempuan?" Insyirah terdiam, dia membetulkan rambutnya lalu memandang Murshid. 

"Apa maksud kau?" soalnya.

"Aku tahulah, Syirah. Kau dengan Mariam is a couple" Insyirah hanya memandang Murshid, dia sudah mengagak bahawa Murshid akan tahu perkara ini. "So?"

"Mariam yang bagitahu aku" 

"Tahu"

"Kenapa kau tak tanya aku apa-apa?" soal Murshid. Dia seperti tidak berpuas hati dengan sikap Insyirah yang bersahaja. 

"Kau nak aku tanya apa?"

"Tanyalah, kenapa Mariam bagitahu aku? atau siapa lagi yang tahu?" Murshid mengetuk jarinya di setering kereta. Dia cuba menenangkan dirinya. 

"Malas nak tanya. Kalau kau nak sebarkan, sebarlah. Bukan aku dekat Malaysia sangat pun" Ujar Insyirah.

"Aku...."

"Kau kenapa?" soalnya lagi. 

"Kau masih marah aku ke pasal zaman kita uni dulu?" soal Murshid.

Insyirah memusingkan kepalanya. Dia memandang wajah kuning langsat Murshid. 

"Kau tengok muka aku. Ada aku kesah?" Insyirah berpeluk tubuh, matanya fokus kehadapan. Kalau diikutkan hatinya, mahu sahaja ditampar wajah Murshid. 'Berani gila ungkit pasal tu, sikit lagi muka kau kena sepak dengan aku'

Insyirah mula memejamkan matanya, fikirannya mula memutar kembali apa yang terjadi sebelum ini. Sewaktu Insyirah masih pelajar universiti.


*********

"Muka tak seberapa ada hati nak suka aku?" suara itu seolah-olah menampar Insyirah ke realiti. Dia menyentuh wajah kusamnya. Insyirah akui bahawa kulit wajahnya kasar, penuh dengan jerawat. 

"Aku sedar aku tidak secantik Rabiatul, Best friend kau... Tapi aku bukan perampas tunang orang! Kau tu mulut tu jaga sikit ya, Murshid. Jangan sampai suatu hari nanti. Aku diatas, kau dibawah tapak kaki aku. Kau tunggu" 

"Wow, I am so scary.. mommy help me.. boo hoo" Murshid menghina Insyirah. Insyirah memandang tajam ke mata Murshid. Murshid tersenyum sinis. 'Ada juga perempuan bodoh minat dengan aku ni. Aduhai' 

Insyirah kesal, dia tidak menyangka rahsianya terbongkar. Macam mana Murshid boleh tahu mengenai perasaan ini. Hatinya terluka apabila Murshid memanggil semua rakannya untuk memperbodohkan dirinya. Dihina. 

"It's supposed to be... Wow, I am so scare. Even basic English you also can't talk properly? Shame on you, Murshid," Adilah menyampuk. Matanya bergerak disusuk tubuh Insyirah yang menahan amarah. 'Macam nak nangis je budak ni'

"Kau ni sibuk la Adilah, back up junior nampak?" ujar Murshid. Adilah tertawa sinis. 

"Hahaha, aduh la.. Kau ni kelakarlah. Mak bapak tak ajar kot. Or kau je yang tak reti dengar kata parent. Have you ever know what's respect mean?" Adilah menoleh kearah Murshid. "Ops sorry, trash never think! hahahahaha" Adilah membuat wajah simpati. 

"Mesti sedihkan, jadi orang sampah yang sel otak tak boleh hubung dengan properly. It's okay, you can slowly take time untuk jadi manusia daripada sampah masyarakat yang tak ada kerja lain daripada menghina orang. Macam diri tu perfect sangat"

Murshid mengetap bibirnya. Adilah mempunyai kuasa kuat diuniversiti. Salah kata, boleh repeat sem!

"Asal diam? Tadi punya rancak mulut kau bergerak. Nak je aku cilikan mulut tu" Adilah mencapai lengan Insyirah lalu menariknya. "Jomlah, nak sampai bila kau nak ketap gigi dekat sini?" mereka berlalu meninggalkan Murshid yang masih menahan malu. 

"Kau ni pun, dah dah la. Aku ada sini" Adilah memeluk Insyirah yang menahan tangisannya. Akhirnya air matanya mengalir membasahi pipinya.


#########


P/S: Uhuks nanti sambung balik. Maybe lepas aku siap lipat baju dan masak. Maaf ada suami yang nak dilayan. EHEKS

Ku TerlukaWhere stories live. Discover now