"Kenapa ayah masih tidak terima Rabia, bang?" Rabiatul mengesat air matanya. Hatinya pilu apabila mendapat berita bahawa ayahnya enggan melihat anak perempuannya. Irshad terasa sebal mendengar rintihan isteri tercintanya.
"Sabar ya,sayang. Ayah masih belum sedia untuk terima dengan apa yang terjadi" Irshad mengusap kepala isterinya. Wajah mulus Rabiatul yang berjaya memikat hatinya dicumbunya perlahan. "Abang pergi solat dulu ya. Nanti abang datang bawakan roti untuk alas perut. Esok Rabia nak check out dah" Rabiatul menganggukkan kepalanya.
Rabiatul memandang kearah bayinya yang sedang nyenyak tidur. 'Anak ibu, ibu harap anak ibu tidak jadi seperti nasib Kak Aina' Rabiatul mencuit pipi bayinya. Bagi dirinya, biarlah kutukkan daripada sahabat-sahabat Aina terhadap dirinya. "Hidup aku dah bahagia dah pun, kenapa lah dorang kacau lagi?" Rabiatul mengeluh. Ancaman daripada Adilah baru-baru ini membuatkan hatinya tidak tenang. Lebih-lebih lagi Aina pergi menghilangkan diri begitu sahaja.
"Kau kena ingat Rabia, semua rahsia kau... Aku tahu semuanya. Bom menunggu masanya untuk meletus. Tunggu sahaja ya. Baru kau tahu langit itu tinggi ke rendah"
Kata-kata Adilah ini membuatkan dirinya resah. 'Rahsia? Aku tak kesah kalau dia nak hina aku, tetapi rahsia? Rahsia apa?' Rabiatul mengetap giginya lalu mengurut kepalanya. Pening. Rasa sakit daripada bersalin belum hilang lagi. Rabiatul merebahkan tubuhnya. Mindanya bercelaru.
"Sayang okay ke? Kenapa berkerut ni?" sapa Irshad yang baru sahaja selesai solat. Ditangannya ada plastik merah. "Abang dah selesai solat?" soal Rabiatul. Irshad menganggukkan kepalanya. "Sudah," Rabiatul tersenyum. Hatinya berbunga apabila mendapat suami seperti Irshad.
"Bertuah sayang dapat suami macam abang," ujar Rabiatul sambil mencuit pipi suaminya. Irshad ketawa kecil. "Abang pun bertuah dapat isteri seperti sayang"
"Eww, saja je abang ni. Nak usik sayang" Rabiatul menepuk perlahan di lengan suaminya. "Meluat pula aku tengok korang berdua ni" Murshid dan Insyirah menghampiri mereka lalu meletakkan beg.
"Lah, datang rupanyaa. Ingat dah lupakan aku dah" Rabiatul berjenaka. "Ada je ni. Ni aku ada bawakan beberapa keperluan untuk baby. Nanti aku nak pergi outstation. Ada kerja dekat Dubai next week. Takut tak sempat nak ziarah" ujar Insyirah.
"Wow, Dubai perginya. Laju je bisnes boss kau" Rabiatul membetulkan kedudukkannya dengan perlahan.
"Haah, founder nak buat grand opening products baru, so aku kena pergi lah"
"Aku curious dengan founder Belle Cosmetic ni, dia tak pernah reveal identiti dia" ujar Murshid. Rabiatul hanya berdiamkan diri. "Kan bagus kalau founder Belle ni orang Malaysia. Senang sedikit aku nak buat partnership" ujar Rabiatul. Dia ada pasang hasrat untuk mengembangkan bisnes kecilnya. Sudah setahun setengah dia memulakan bisnes ini.
"Eh? Kau tak tahu ke?"
"Hmm? Apa dia?" soal Rabiatul.
"Founder Belle ni orang Malaysia actually. Dia stay dekat Dubai je, tambahan lagi dia nak buat brand produk baru. Itu yang aku busy nih" ujar Insyirah. Dia menggarukan kepalanya. 'Adeh, banyak pula aku kena buat listing new products'
"Wah! Kenalkan aku weh. Aku nak belajar dari dia macam mana dia boleh berjaya sampai tahap itu"
"Hahaha, kalau boleh. Founder aku ni sensitif sedikit. Dia tak suka perempuan macam kau" Rabiatul terasa sedikit terguris dengan kenyataan tersebut. "Apa maksud kau?" soal Rabiatul.
"Orang awam macam kau, dia tak pandang. Hehehe. Dia pandang perempuan rare beauty jer. Kalau normal perempuan melayu punya beauty standard, dia tak berminat" Rabiatul berkerutkan dahinya. 'Apa yang perempuan ni merepek? Aku cantik apa? Macamlah dia tu cantik'
"Aku bukan partnership dia, cuma orang tengah sahaja" Insyirah tersenyum. Murshid menggelengkan kepalanya. Ini bukan kali pertama Insyirah melemparkan kata-kata pedas. "Kira okay lah orang tengah, aku banyak kali hantar emel dekat dia langsung dia tak balas. Kawan aku hantar emel, terus dapat jadi agent dia. Aku ni? Murshid pun dapat kerja bawah company dia. Susah sangat ke nak join company dia weh?"
"Entah lah, aku tak hantar emel pun sebenarnya. Aku terpilih sebab aku terima emel dari founder tu," ujar Insyirah.
"Aku ada apply sebab mak aku suruh, pada asalnya aku tak nak pun sebab cosmetic kan? Tapi aku apply bahagian Logistic. Jawatan biasa je, tak macam si Insyirah ni. Dia seorang je yang berjawatan tertinggi. Biasalah ada cable kan" Murshid berjenaka.
"Hahaha, founder tu suka kerja aku dari dulu sebenarnya. Satu lagi, aku bukan jenis suka kacau hidup orang, mungkin sebab tu kot aku dapat. Hahahaha"
"Apa benda kau ni, merepek je" Murshid mencubit lengan Insyirah. "Adoi, sakit tau tak. Aku ni one of your boss okay?"
"Heh, sekarang luar kerja" Murshid tersenyum sinis. Insyirah menjeling. "Dah sudah korang berdua. Waktu ziarah dah nak habis, jom gerak" ujar Irshad apabila leka dengan telefon pintarnya sebentar tadi. "Abang balik dulu ya? Esok abang ambil sayang. Boleh rest. Ibu dan ayah ada dekat rumah,"
"Kirim salam sayang dekat mereka, ya?" Rabiatul menyalami tangan suaminya. Irshad mencium dahi isterinya tercintanya. "Dah rest, tak usah fikir pasal Founder Belle tu. Sayang rehat dulu"
"Baiklah, abang"
YOU ARE READING
Ku Terluka
Romance‼️Read at your own Risk❗️ Contain: adult 🔞 "Tergamak kau melantak laki aku, Rabiatul?!!" Teriak Aina "Aina!! Kau ni dah kenapa??! Kan Rabia dah minta maaf?!"-Irshad Kisah seorang wanita berjuang demi kebahagiannya yang tidak pernah dikecapi. "Meman...