S2E7: Teringin (Osman, Samad & Johari)

3.9K 42 16
                                    

Osman sedang melakukan angkat berat di gym apabila dia melihat satu susuk tubuh yang tegap dan berotot menuju masuk ke gym. Keseksian Johari, kawan gymnya yang juga merupakan anggota Polis, sememangnya menarik perhatian sesiapa sahaja yang menyukai badan tegap dan macho seperti Johari.

"Weh, Joe. Lama tak nampak kat gym?" tegur Osman apabila melihat Johari yang masih berpakaian tshirt polis masuk ke gym setelah selesai waktu bekerja.

"Ehh Man...tu ah aku busy sket, nak siapkan kerja sebelum kursus aku minggu depan dekat bandar nanti," Johari membalas.

"Wah.. best ah kursus, dapat tidur hotel. Haha. Berapa hari tu? Boleh ah mencari mangsa kat sana. Hahaha," gurau Osman.

Johari hanya tersenyum mendengar Osman bergurau. Dia merapatkan diri kepada Osman lalu berdiri di hadapannya.

"Haha aku sebenarnya nak ajak kau teman aku. Aku dapat bilik seorang. Aku teringin nak repeat lagi. Haha. Kalau kau sudi ah. Aku start kursus Jumaat balik Ahad. Sabtu malam tu rehat-rehat je. Kau free ke?" Johari mempelawa Osman.

Osman agak teruja sebenarnya nak menghenjut Johari lagi. Namun, dia harus akur yang dia sudah bersama Samad. Walauoun Samad tidak pernah menyekatnya daripada main dengan sesiapa, Osman tetap ingin menghormati Samad dan hanya akan bersama dengan kehadiran Samad.

"Aku nak stay mungkin tak boleh, tapi Sabtu malam tu aku free je kalau nak gerak ke hotel kau tu. Dalam sejam je aku rasa. Tapi kan..." Osman menjelaskan sedikit.

"Tapi, apa tu Man?" Johari ingin tahu.

"Aku ajak kawan aku ok ke? Risau gak drive malam," Osman sengaja memberi alasan untuk membawa Samad yang masih belum dikenali oleh Johari.

"Urmmm... ok kot. Tapi dia sporting ke? Kau pernah on dengan dia?" Johari bertanya.

"Err.. errr. Sporting je, Joe. Pernah je tapi ringan-ringan je sebab dia pun henjut orang gak. Kau try ah konek dia nanti, mana tau sedap. Haha," Osman cuba cover supaya Johari tidak tahu yang dia dihenjut oleh Samad.

"Urmmm... ok ah kot. Tapi kalau aku tak selesa, aku terus terang je nanti. Kau ok ke cmtu?" Johari memberi kata dua.

Osman mengangguk tanda setuju. Sengaja Osman memegang dan membelai lembut peha Johari sebelum dia pergi meletakkan beg dan menyalin pakaian bersenamnya.

————— xxxxxxx —————

Samad baru sahaja balik jogging dan melihat Osman baru parking motorsikalnya di rumah.

"Man, pegi gym ke tadi?" sengaja Samad menegur Osman daripada jauh sambil diperhati oleh isterinya yang sedang berada di halaman rumah.

Osman menyahut, "Oii Mad. Ha'ah selesai gym je ni. Berapa round kau hari ni?"

Samad tersenyum sambil menghampiri Osman. Kedua-duanya tergelak kecil kerana terpaksa berlakon di hadapan isteri Samad.

"Haha pandai kau berlakon, ye. Hehe," Samad memberitahu Osman.

"Eleh... kau pun ape kurangnya. Haha... Urmmm....Mad..." Osman mula ingin berbicara.

"Knape tu?" Samad ingin tahu.

"Kau ingat kan Joe? Polis tu. Dia ajak aku main dengan dia Sabtu malam ni dekat hotel bandar sana," Osman berterus terang.

"Urmmm... ok je... hati-hati je lah. Pakai sarung," Samad bernada dingin namun masih meminta Osman jaga diri.

"Tapi Mad, aku dah bagi tau dia yang kau pun join. Kau okay kan? Dia okay je. Cuma...," Osman cuba memujuk Samad.

"Cuma apa tu?" Samad semakin ingin tahu.

Geng Suami Taman NikmatWhere stories live. Discover now