Jam menunjukkan pukul 1.47 pagi, suasana yang gelap dan hanya berterangkan cahaya yang malap-malap itu menambahkan rasa takut dalam diri seorang lelaki.
"Kau! Kau!! X.AL!!" Lelaki tersebut terkejut akan kehadiran seseorang yang dikenali sebagai X.AL dari tempat gelap dihadapannya.
"Shushhhh~ " X.AL menekup mulut lelaki itu apabila dia ingin bercakap lagi. Tak sampai 5 minit, tengkuk mangsa dihadapannya telah pun ditebas dan kini darah mengalir deras dibahagian tengkuk lelaki itu.
*The money has been transfer on your account*
Bunyi notifikasi masuk menghentikan dirinya yang sedang memasukkan badan mangsa kedalam beg.
"Rm 4000 je? Haih, rm3000 kena bahagi dua..pastu rm1000 untuk manager...nampak gaya memang aku kena stop lah kerja ni, rugi" X.AL menyambung pekerjaannya tadi iaitu memasukkan badan mangsa kedalam beg.
Apabila selesai, X.AL meninggalkan beg tersebut didalam kilang lama itu. Tak lama selepas dia keluar, kilang itu roboh dengan sendirinya menimpa beg yang berada di dalam.
X.AL berjalan ke kereta miliknya tanpa membalik badan, setibanya dia di kereta..dia masuk ditempat pemandu dan memandu keluar dari kawasan kilang tersebut terus ke rumah miliknya.
Dalam 2 jam, dia tiba dihadapan rumahnya..
" Bagus juga aku beli rumah dekat sini, tak rapat-rapat dengan rumah lain, mudah kerja. " X.AL memarkir kereta miliknya di garage dan memasuki rumahnya, seperti biasa..dia tidak akan pernah naik ketingkat atas kecuali memang keperluan, dia hanya akan berehat di ruang tamu kerana pada pukul 8.00pagi dia akan keluar dan bekerja sebagai seorang anggota polis.
Dia seorang polis yang mengurus bahagian Narkotik jadi dia hanya akan lapor diri di pejabat dan terus pergi ketempat siasatan jika ada kes baharu, jika tiada dia hanya berada di pejabat setiap masa.
Badannya dibaringkan diatas sofa, tv dibuka..namun tiada chanel yang menarik minatnya.
"Esok..lepas kerja terus balik rumah ibu..kenapalah ibu nak sangat aku balik kalini selalunya ibu suruh balik bila free je..haih" X.AL mengeluh. Dia mencapai telefon samsung miliknya dan membuka aplikasi kalendar, dia memandang telefonnya buat seketika sehinggalah dia membuat riak wajah terkejut.
" Birthday Ibu esok!! Aish!! " Dia bangun dan duduk seperti biasa. Tak lama selepas itu dia bangun dan terus ke dapur seperti dia mencari sesuatu.
"Kenapa masa ni jugalah bahan nak buat kek tak ada..aku nak cari mana pagi-pagi buta ni...nampak gaya beli hadiah jelah kalini bu..sorry.." X.AL mengeluh sekali lagi dan kembali ke ruang tamu.
Telefon dimatikan, tv ditutup kemudiannya X.AL menarik selimut menutupi seluruh badan, rambutnya diramas-ramas sebelum dia menutup mata menggunakan lengannya.
Apabila badannya terasa panas, dia menguatkan air cond dikawasan ruang tamu dari 6°C hingga -1°C.
Baginya, 6°C tidaklah begitu sejuk baginya.
[ BUNGA ]
Paginya, Ria masuk ke dalam kedai bunga kepunyaannya. Dia mula mengecek dan menulis report harian memandangkan dia tidak ramai pekerja. Dia memandang satu beg plastik yang berisi bunga ros layu.
"Irfan!! Sini!!" Dia memanggil pekerjanya apabila dia melihat bunga tersebut. Dalam beberapa minit, pekerjanya datang dan berdiri dihadapannya.
"Ye puan?" Irfan memandang ke beg plastik yang sama.
"Kenapa bunga ros yang layu tak dibuang? Sepatutnya bunga ni tak boleh ada disini, angkat dan bawa ke stor sekarang! " Ria berkata seiring mengarah pekerjanya untuk membawa beg plastik tersebut ke belakang.
YOU ARE READING
Bunga Terakhir
RandomPertemuan mereka tidaklah begitu perfect seperti orang lain tetapi kisah mereka adalah yang paling romantis. "Encik nak beli bunga ni untuk siapa? Girlfriend ke?" - Ria - "Untuk ibu saya.." - XAL Kisah mereka sangatlah romantis, tanpa sedar, lelaki...