Bab 5

4 1 0
                                    

Sudah sekian lama, lepas penangguhan majlis perkahwinan haritu, batang hidung Harith tak pernah nampak lagi dekat Floris't.

"Mana jantan ni, semalam call nak keluar hari ni..ni mesti tak jadi pula." Ria menepuk dahinya beberapa kali. Kalau Harith depan mata dah lama kena sepak dia ni.

Tak sampai 3 minit dia buat macam tu, Harith tiba.

"Sorry sorry..Harith keluar lewat sikit tadi..emm kita pergi makan je boleh? Abang sibuk sikit malam ni." Harith bertanya, nampak penat semacam je Harith ni.

"Haih, ikutlah..asal saya kenyang je..jom" Ria tersenyum kembali.

Harith mengeluh lega. Risau takut terbongkarnya rahsia dia.

"Oh ya,awak kenal ke Xavier Laith" Ria bertanya semasa mereka berjalan ke kereta Harith.

"Awak tak boleh ada lelaki lain..awak sayang saya kan?" Harith memandangnya dengan pandangan tajam dan bahaya.

"Mesti lah saya sayang tunang saya, cuma saya tanya awak kenal ke Xavier Laith.." Ria bertanya sekali lagi.

"No, saya tak kenal siapa dia yang pastinya saya benci dia, jadi jangan sesekali Ria dekat dengan dia! Faham? " Harith membuka pintu kereta disebelah penumpang dan Ria masuk.

Tak sampai 2 minit, mereka sudah diatas jalan raya.

"Sejak bila awak jadi overprotective ni?" Ria mula memandang kearah Harith dengan sedikit serius.

"Kenapa? Awak tak suka? Awak untuk saya, hati awak hanya terisi dengan nama saya..bukan nama lelaki lain." Harith menjawab. Wajah dingin dan bekunya membuatkan api Ria membara.

"Kita bukan suami isteri lagi Harith, I'm just your fiance. " Ria menjawab dengan bersopan. Kan kasar-kasar ada juga yang kena lempar.

"Awak tak faham ke! Saya kena cari duit dulu faham tak!! Awak ingat senang ke? Hah!!" Suara Harith mula didengar sedikit kasar dan..kuat seperti ingin menengking Ria tetapi masih lagi terkawal.

"Saya faham, tapi tak bermaksud awak boleh kurung saya sampaikan saya nak bebas pun tak boleh! Saya bukan sepenuhnya milik awak lagi." Ria menyilangkan tangannya dan hanya memandang keluar, tak pandang Harith lansung. Tak ada mood nak keluar, tanya pasal Laith boleh cetuskan pergaduhan ya? Hebat betul nama Laith ni.

"C'mon sayang, Harith minta maaf.." Harith memperlahankan keretanya memandangkan mereka hampir tiba.

"KFC? Seriously? Makan lah benda mengenyangkan sikit..tak boleh ke pergi tempat lain? " Ria masih tak memandang kearah Harith.

Harith hanya diam tak berkata apa-apa, last-last dia tinggal je Ria di dalam kereta dengan enjin dimatikan. Memang panas lah.

Disebabkan api kemarahan makin meningkat, Ria mengambil angin diluar untuk menenangkan fikiran. Sekali dia nampak taxi, terus disekatnya. Dia tinggalkan KFC dan terus ke restoran sahabatnya.

[ BUNGA ]

"Overprotective?"

Sahabatnya Fitri Najihah bertanya, tak lama lepastu, tercetuslah tawa yang dia tahan.

"Aku cuma tanya pasal Laith je pun, bukan pasal orang lain..dia pernah jumpa kot Laith..tu aku tanya." Ria menghirup air jus oren yang dia order tadi.

"Kau tanya pasal lelaki lain, memanglah.." Jihah menarik kerusi dihadapan Ria dan duduk disitu.

"Aku ada satu benda lagi nak share" Ria sedikit tenang selepas minum air yang di order.

"Apa dia?" Senyuman nakal diwajah Najihah mula kelihatan.

"Kau ingat pasal Afifa? Kawan lama kita? " Senyuman nakal hilang serta merta.

"Macam mana aku boleh tak ingat, kau lupa? Sebab dia abang aku hampir di penjara? Sebab betina tu tuduh abang aku nak perkosa dia." Kejadian pada zaman sekolah takkan pernah terlupakan oleh Jihah, memang dia akan ingat sampai mati.

" Aku rasa...dia dengan Harith ada kaitan lah.." Ria menunduk ke bawah, risau apa yang dikatakannya hanya akan menjadi sebuah fitnah.

"Ok..aku tak tahu so cerita apa yang kau tahu" Jihah kini lebih serius dari sebentar tadi.

"Aku ada gubah bunga sebab Harith kata untuk cikgu dekat sekolah dia yang nak pindah atau bersara macam tu..." Ria mulai ingin menangis apabila memikirkan tentang hal tersebut.

"Lepastu?" Najihah bertanya, tisu dan sapu tangan sudah siap sedia didalam genggamannya.

"G-Gubahan bunga tu ada dekat tangan Afifa...aku cam sebab aku yang buat, aku tahu sangat sebab aku yang buat.." Air mata mula mengalir, ni dia tak suka ni.

Najihah mengelap air mata Ria selembut-lembutnya. Memang beruntung siapa yang dapat kawan macam Najihah ni.

"Aku boleh minta tolong someone untuk siasat..nak?" Najihah memberi cadangan.

"Siapa?" Ria bertanya.

"Adam Fathwa.." Najihah menjawab.

"Boleh juga.." Senyuman Ria kembali lagi, tak ada dah sedih-sedih.

"Tapi, siapa Adam Fathwa?" Ria bertanya lagi, senyuman manis bertukar menjadi senyuman mengusik.

"Kawan aku..jangan nak fikir lebih-lebih." Najihah menjawab, dia bangun dan kembali ke dapur semula apabila pelanggan sudah mula masuk ke dalam restorannya.

[ BUNGA ]

Adam meneliti info-info yang dikumpulkan. Tiba-tiba telefonnya berdering menandakan ada seseorang menelefonnya.

"Hmm.." Adam menjawab panggilan tersebut.

"Aku nak minta tolong." Suara Najihah di sebelah sana.

"Pe dia? Ni tak hantar makanan mesti cari orang..siapa?" Adam dah masak dengan perangai Najihah, call mesti ada keperluan je.

"Hehe, siasat pasal seseorang, boleh? Nanti aku bagi data." Najihah mematikan panggilan, tak sampai seminit, data-data yang diperlukan tiba ditangan Adam.

Adam menutup telefonnya dan kembali menjalankan tugas. Nanti-nanti dia tengok lah.

"Adam, Xavier panggil." Seorang lelaki menepuk bahu Adam sambil mengatakan itu dan terus berlalu pergi.

"Apa pulak dia nak.." Desis hati Adam. Dia berjalan pergi kearah Xavier dan hanya berdiri dihadapan Adam.

"Oh Adam, kau free tak lepas habis kerja?" Xavier bertanya selepas dia perasan akan kehadiran Adam.

"Kenapa? " Adam menyilangkan tangannya.

" Harini birthday someone..kau kan ada adik perempuan..so nak minta tolong lah, aku bukan tahu banyak pasal perempuan."Xavier mengusap-usap belakang tengkuknya tanda dia nervous sesangat sekarang.

" Hmm, pukul berapa? " Adam masih lagi dengan muka dinginnya, sama lah dengan Xavier tapi Xavier lebih kepada serious face.

"Lepas habis kerja, esok lusa cuti so kita balik kampung aku terus..boleh?" Xavier bertanya. Selepas mendapat jawapan dari Adam, dia berlalu pergi.

Bersambung...

Bunga Terakhir Where stories live. Discover now