Bab 9

6 1 0
                                    

" Eh Adam? Bila sampai?" Puan Ifah bertanya.

Adam bersalaman dengan ayah Ria dan abah Laith.

Dia kemudiannya duduk disebelah abah Laith.

"Baru je sampai." Adam menjawab, satu senyuman disedekahkan.

"Pergilah main air sekali, tu dengan Laith.." Ria berkata. Macam nak halau orang pun ada.

"Halau aku ke?" Adam bertanya dengan nada serius. Tak sampai 5 minit tercetuslah tawa yang dia tahan selama 5 saat ni.

"Gelak sakan nampak? Borak pasal apa?" Laith bertanya.

Tak perasan bila dia naik tapi dah berdiri belakang Adam.

"Takdelah, Adam ni. " Puan Ifah menjawab.

Adam dan Laith bersalam dengan cara mereka sendiri.

Mereka kini sedang makan-makan, Ayah Ria pula yang pergi memungut adik-adik Ria memandangkan pujukan Laith untuk menyuruh mereka naik tidak berjaya.

"Ha Laith, bila pula nak pergi bertugas? Makcik dengar ada kes baru pula." Ibu Ria bertanya. Ria hanya mendengar. Dia tak tahu sebenarnya kerja Laith dengan Adam ni.

"Dalam minggu depan, kan Adam?" Adam pula ditanya oleh dia.

"Aah, kami akan start minggu depan since minggu ni, kadet dari daerah lain dah pergi." Jawab Adam selamba. Ayam bakar tak lepas dari tangannya.

"Ria nak balik KL minggu depan juga kan? Bolehlah ikut belakang diorang." Ayah Ria menyampuk pula.

Yalah dari tadi senyap. Bercakap lah pula.

"Buat apa?" Ria memandang ayahnya.

Tergelak dibuatnya apabila melihat dua-dua kolar baju adiknya berada dalam cengkaman ayahnya.

Ayah dia ni boleh dikatakan tentera dulu, tu kuat semacam ni..setakat budak kecil macam adik-adik dia yang berat bawah 30 ni, senang je ayah dia angkat..ringan cam semut. Tapi pencen dah.

"Diorang boleh jaga kamu, kamu pergi seorang kan? Kalau terjadi apa-apa di pertengahan jalan macam mana." Ayah dia menjawab dan meletakkan adik-adik Ria kemudian ditarik satu persatu oleh ibunya pula untuk dipakaikan tuala.

"Ikut lah..tapi orang drive laju." Ria berkata.

"Bawah 180 ok lagi, atas pada had laju..kena saman." Adam membuang sampah sarap didalam plastik sampah yang sudah mereka sediakan.

"Tepat-tepat 180 aku bawah." Ria bangun dan menolong ibunya membawa masuk barang makanan tadi ke dalam bonet kereta. Laith sudah pergi seminit lepas untuk menukar pakaian.

[BUNGA]

Sudah dekat seminggu mereka putus tunang, tapi Harith selalu sahaja menggangu Ria sejak Ria tiba di KL.

Kadang-kadang sampai kena blackmailed.

"Apa dia nak lagi? Kembali pada dia. Haha, never!" Ria menekan butang block pada skrin telefon dan duduk diatas katil. Stress dengan kerja, bercampur pula dengan gangguan Harith ni.

Ria memasukkan alat lukisan didalam begnya. Kalau hari lapang macam ni, dia selalunya akan ke tasik.

Selain menggubah bunga, hobi Ria yang lainya adalah melukis. Melukis pemandangan yang paling dia pandai.

Dia pernah lukis seorang lelaki di dalam suit uniform polis, tapi tertutup.

Rumah dikunci, pintu pagar dikunci. Ria memulakan perjalanannya ke tasik yang dikatakan. Tak jauh tapi tak dekat.

Selepas parking keretanya, Ria berjalan dan duduk di pinggir tasik. Itu saje cara untuk dia tenangkan fikiran, kalau ada buaya nak makan dia pun dia tak kesah asal dia dapat tenangkan fikiran.

Set alat lukisan dikeluarkan. Dari lakaran pergi pada mewarna dan pergi kepada proses melegapkan garisan tepi.

"Ria?" Teguran seseorang membuatkan dia berpaling.

Oh..Adam.

"Buat apa dekat sini.." Ria bertanya.

Dia sambung melakar pemandangan tersebut.

"Joging, awak pula?" Adam bertanya selepas menjawab.

Lukisan ditangan Ria membuatkan dia merindui saat-saat dia melukis dulu.

"Nak tenangkan fikiran.." Ria menjawab dengan nada yang lembut dan perlahan. Selepas proses lakaran selesai, Ria mewarna pula.

"Jadi awak lukis.." Disebabkan tiada topik, Adam hanya mampu memuji lukisan tersebut.

"Terima kasih, awak tak minat ke melukis?" Ria memandang Adam dengan sedikit..curious.

"Dulu, sekarang saya sibuk, cara melukis pun saya dah lupa." Adam meneguk air yang dibawanya berulang kali. Penat sangat kot.

"Oo..selalu awak dengan Laith, mana dia? Tak datang?" Ria bertanya.

"Tak, Najihah mana? Selalu dia teman awak kan?" Kalini Adam pula bertanya.

"Najihah dihantar ke sabah, kerja. Sambil-sambil dia melawat mak saudara dia dekat sana." Ria menjawab. Dia rindu juga dekat kawan yang seorang tu..

"Kau suka dia eh? Asyik tanya je?" Saje nak mengusik Ria ni.

"Bukan dia lah, aku suka orang lain.." Adam menjawab.

"Kau" Hanya kata-kata yang boleh diucapkan di dalam hati.

"Oh..anyway, aku nak pergi makan sup..nak ikut tak? " Ria bertanya, set lukisan sudah dia simpan tanpa Adam sedari hal tersebut.

"Boleh juga, aku pun lapar." Adam berkata, senyuman yang muncul di wajahnya membuatkan Adam kelihatan comel. Comel se sangat. Tapi bila dia senyum je lah.

Bersambung....

[Note: yang ni pendek sikit, hehe]

Bunga Terakhir Where stories live. Discover now