Bab 11

7 0 0
                                    

Xavier melipat sejadah miliknya. Dia memandang gambar keluarganya didalam frame gambar ditangannya.

Sakit rasanya apabila dia ingatkan kerja part-time nya itu. Membunuh. Lepastu jadi polis? Macam tak berguna dapat duit haram.

" Kenapa aku buat kerja tu mula-mula eh?"

Xavier berkata sendiri. Dia berjanji untuk tinggalkan kerja itu buat selama-lamanya. Itu janji dia.

Frame gambar diletakkan ditempat asal sebelum dia menarik selimut untuk tidur.

Paginya.

Seperti hari yang biasa,dia akan bangun dan pergi bekerja. Tapi kali ni sedikit berbeza apabila setiap pagi dia akan ke Florist dulu. Kedai bunga milik Ria. Niat nak menjenguk sahaja tapi dah dekat sebulan ni, jadi habit pula.

Sampai sahaja di kedai tersebut. Air Coffee diletakkan diatas counter dimana Ria akan selalu pergi.

"Laith? Awalnya?"

Suara Ria terdengar dari belakang. Dengan keadaan Ria memegang banyak kotak, susah untuk dia melihat siapa yang datang..tapi siapa lagi kalau bukan Laith.

"Banyaknya. Kotak apa ni?"

Laith mengambil 3 buah kotak manakala, Ria memegang 2.

Kotak-kotak tersebut diletakkan diatas meja gubahan bunga.

"Ada orang tempah..200 bouquet bunga..so..5 kotak ni semua kertas."

Laith hanya mengangguk sebelum memandang Ria.

"Kalau macam tu saya pergi dulu. Oh ya, saya dengar "lelaki" tu dah nak kahwin? Satu kampung dah tahu.."

Ria berhenti sejenak. Dia memandang kearah Laith sebelum senyum tawar terukir.

"Tahu apa? Tahu yang dia nak kahwin?..saya tak kisah pun."

Ria berkata sebelum ke stor belakang. Memang banyak kerja dia dua tiga hari ni..terlalu banyak tempahan.

Laith berlalu keluar memandangkan masa juga sudah mencemburuinya.

Sampai sahaja di tempat kerja, tak lain tak bukan..memang office lah dia pergi. Sekejap je lepastu perlu ke luar semula. Ke negeri lain.

"Laith?" Suara Adam menghentikan langkahnya.

Laith berpaling dan melihat susuk tubuh yang memanggilnya.

"Ya? Encik Adam?" Formal. Tak seperti selalu.

Mereka senyap tanpa kata-kata seperti ada masalah.

"Selalu panggil nama je. Anyway, aku minta kau ganti aku boleh?" Suara Adam sedikit bergetar saat meminta Laith menggantinya. Dalam apa? Hal kerja.

"Jemput abang kau? Lagi? " Laith kini berhadapan dengan Adam. 100%.

Adam mempunyai seorang abang, yang ni abang kandung. Abang kandung tapi tak pernah dia anggap abang, lelaki yang dipanggil abang itu ialah pembunuh, pengedar, dan sudah beribu kali keluar masuk penjara walaupun Adam tak pernah membayar jaminan.

"Aku tak nak jumpa dia. Kau tahu kan kenapa.." Adam berkata sebelum beredar.

Walaupun bukanlah abang yang baik, tapi Laith tunduk hormat kepada lelaki itu. Bukan hormat lebih-lebih tapi hormat kerana abang Adam pernah menjadi penyelamat nya.

Laith mengangguk sebelum berjalan keluar dari pejabat polis daerah tersebut.

[ BUNGA ]

Tanpa sedar, hampir 10 jam Ria meluangkan masa dengan menggubah bunga.

Dan juga, hampir 30 minit Najihah berdiri kaku dihadapannya tanpa dia sedari.

"Oi!" Najihah menepuk meja dihadapannya untuk beberapa kali.

"Kau setuju tak kalau aku kahwin?" Ria berkata tapi masih lagi memandang bunga yang dipegangnya.

Najihah memandang Ria, pelik. Tak pernah Ria tanya pasal kahwin ni.

Ria merasa kepalanya seperti diusap-usap dan mengangkat kepalanya melihat gerangan yang mengusap-usap kepalanya.

"Ria, kalau kau ada masalah bagitahu aku..dia kacau kau lagi?" Najihah berkata dengan satu senyuman kerisauan.

Tak sampai 10 saat, Ria mengalirkan air mata.

"Aku tak boleh lupakan dia Jihah.. a-aku fikir kalau aku kahwin..mungkin perasaan aku berubah ke orang lain.." Ria meluahkan perasaannya itu. Bercinta hampir 3 tahun, tak akan senang untuk berubah arah.

"Allah kan ada Ria..kau jangan lupakan Allah.." Najihah berkata untuk menenangkan Ria yang sedang menangis saat ini.

Patut bad mood seharian pun. Nasib lah Najihah ada.

"Kenapa Jihah..kenapa dia pilih orang lain..tak sempurnakah aku?" Ria memandang Najihah. Mata mereka bertembung. Najihah senyum sebelum menjawab.

"Ria..kau sedar tak, kau ni dah macam lupa diri kau yang sebenar. Dia tu lelaki, lelaki ni..mungkin dia pernah ucap kata janji tapi dia tak pernah bersumpah. Sumpah sehidup semati, sumpah setia sampai mati, sumpah ni bukan boleh buat main. Mungkin dia pernah berjanji tapi mungkin dia takut dia berubah rasa pada orang lain sebab itu dia tak bersumpah. Kau sempurna, cukup sempurna.."

Najihah berhenti sejenak mengambil nafas sebelum menyambung.

"Janji, tak selalu ditepati. Tapi sumpah, akan setia sampai mati. Dan kau..kau bukan tak sempurna, dia je yang tak rasa cukup. Kita pun, perempuan ni pun kadang-kadang akan rasa tak cukup dengan lelaki yang ada disisi.." Najihah sambung kata-katanya.

Kalini, Ria hilang kata-kata..dia nak balas, tapi dia tahu..dia tak akan boleh.

"Jihah..terima kasih.." Ria berkata dan berlari memeluk Najihah.

"Sama-sama" Najihah menjawab.

Keadaan menjadi tenang seketika. Disebabkan harini Najihah tak kerja jadi, dia membantu Ria mengurus Floris't.

"Ria...." Suara seorang lelaki menghentikan langkah Ria untuk ke meja gubahan bunga.

Mata Ria beralih pada susuk tubuh lelaki itu. Lelaki yang dia kenal. Kenal sangat-sangat..

"Rizzwan..balik.." Lelaki itu senyum 

Ria kaku tanpa jawapan. Rizzwan? Dia dah keluar?

Bersambung.....

Bunga Terakhir Where stories live. Discover now