Bab 3

5 2 0
                                    

"OI!! Anak dara apa tak bangun lagi ni!! Eh bangun Ria oi!" Suara Mak ngah mengejutkan dirinya. Mak ngah dia ni memang alarm kami, anak-anak dara.

Ria bangun dan duduk dengan benar, dia menggosok-gosok matanya sebelum dia bangun dan mencari telefon miliknya diatas meja.

"Hmm? Awalnya ambil gambar..." Mata Ria yang tadinya sepet sebab masih di alam mimpi, kini terbuntang luas apabila melihat gambar tersebut. Bukan sebab tunangnya dan anak saudaranya yang sama umur dengan dia duduk berdekatan, tetapi lelaki lain yang turut ada di dalam gambar tersebut dengan berbaju melayu hitam. Majlis ni memang lelaki tema hitam,perempuan cream.

Ria mengambil tualanya, dia bergegas ke bilik mandi. Selepas selesai mandi, dia menyarung baju kurungnya yang biasa-biasa itu dan memakai tudung shawl. Selesai bersiap, Ria berlari keluar ke dapur.

Sebenarnya nak pergi ruang tamu, tapi nak confirm kan dulu dengan mak dia.

Dia ingat mak dia ada dekat dapur tetapi orang lain pula.

Ria hampir terlanggar dengan seseorang apabila menuruni anak tangga ke dapur. Saat itu, kakinya tersandung pada kaki kerusi yang ada berdekatan dan hampir jatuh didalam tangan lelaki dihadapannya tetapi dia sempat break.

"Hey? Are you okay? " Xavier bertanya. Dengan slang english nya yang begitu pekat, Ria hampir teringatkan karakter dalam Harry Potter.

"A..Awak! Awak yang beli kat kedai saya tu kan!!" Ria bertanya dengan perasaan curiga, gembira, sedih yang bercampur aduk.

"Floris't? Yes its me..why..terkejut sebab macam mana aku boleh ada dekat sini?" Xavier bercekak pinggang. Tanpa mereka sedar, Harith sedang memerhati mereka.

"Kenapa awak ada dekat sini! Da..dan macam mana awak- " Tidak sempat Ria menghabiskan kata-katanya, Harith menyampuk.

"Asal kau dekat-dekat dengan tunang aku hah!!" Harith berdiri di dekat Ria. Tapi sedikit berjarak.

"Aku sibuk lah nak bercakap dengan tunang kau ni. Kau pula? Asal bercakap dengan perempuan kat luar tu? Ke curang?" Xavier berkata seiring dia berjalan pergi. Mereka berdua hilang kata-kata.

Ria mula memandang curiga akan tunangnya. Bukan apa, mana tahu apa yang Xavier cakap tu betul.

Ria berjalan ke singki dan membasuh beberapa pinggan mangkuk, kemudian dia terus ke ruang tamu semula apabila ada penggambaran sekali lagi.

[ BUNGA ]

Harith mengoyak-ngoyak kertas gambar mereka sekeluarga tadi. Dia cuma marah. Dia baring kan dirinya diatas katil di dalam biliknya dan memandang cerpisan gambar yang ada di tangannya.

"Kenapa! Kenapa kau pula duduk sebelah Ria hah!!" Harith melempar cerpisan tersebut, dia meraup mukanya kasar kemudian berkata.

"Ria, kalau kau boleh..aku pun boleh lah!" Harith mula ketawa seperti orang gila. Ibunya yang berada di luar juga berasa pelik dengan sikap anaknya itu.

[ BUNGA ]

"Ria.. nama kau Ria? " Xavier merenung dalam anak mata Ria. Comel lah warna mata Ria. Warna coklat muda.

"Yes. Awak pula? And..kenapa awak ada dekat sini..awak tak bagitahu lagi." Ria dan Xavier duduk di tepi sawah padi sambil tangan Ria tak henti-henti bermain dengan lalang-lalang dan rumput.

"Aku..ikut ibu aku" Xavier menjawab, dia mengambil telefon bimbitnya dan menunjukkan gambar ibunya ke Ria. Dia ni memang suka show off gambar mak sendiri.

"Oh, Makcik Ifah ke? Tapi..masa dia balik sini tahun lepas tak ada pula nampak lelaki segak macam awak ni." Ria bertanya lagi. Rambut Xavier ni macam bulu kucing...kalau lah boleh pegang. Ria menggeleng kepalanya beberapa kali apabila memikirkan hal tersebut.

"Tu soalan ke pujian?..Aku kerja." Xavier menjawab.

Dia sendiri tak tahu kenapa tetapi..dia nak sangat protect perempuan dihadapannya mulai saat itu. Nak jadi pelindung walau dia tahu, Ria bukan milik dia.

"Ooo..awak tak bagitahu lagi nama awak apa.." Ria mengalih pandangan pada sawah padi.

"Laith...Xavier Laith." Xavier memandang pada tempat yang sama.

Ria sedikit teragak-agak ingin bertanya tetapi dia patut tanya.

" Emm..A-Awak bukan Islam ke?" Ria membuat wajah confuse.

Nak tersedak tapi tak minum air..ketawa jelah jawabnya.

Xavier menutup mulutnya, kalau ada air ni dah tersedak ni..tapi...ketawa jelah boleh. Comel.

" Xavier Laith Bin Ilsman Isqandar, agama Islam. Memang nama Xavier, bapak aku suka sangat huruf X katanya. Sebab tu bagi nama Xavier. " Dia tak berhenti lagi ketawa dengan soalan Ria tadi.

"ooo...emm dah nak asar..jom pergi masjid. Rasa nak usha pemuda yang azan pagi tadi, haih sebab dia lah saya tersedar walaupun lepastu sambung tidur." Ria berkata tanpa dia tahu, pemuda yang dikatakan ada disebelahnya.

Ria bangun dan menuju ke motor milik ayahnya, Xavier naik motordia sendiri. Yamaha R1 weh...uii.

Xavier mengukir senyuman apabila mendengar ucapan Ria tadi. Rasa nak azan selalu biar semua orangbangun awal dengan senyuman lah.

[ BUNGA ]

Malamnya, Xavier membuka laptop miliknya dan mula melakukan kerjanya sebagai seorang Polis.

Walau tangan melakukan kerja, fikiran melayang entah kemana, walau sesibuk apapun dia,
nama Ria tak hilang kemana-mana.

" Stop Xavier..she already someone fiance." Xavier menggenggam tangannya.

Tak sampai 2 minit, dia mendapat panggilan dari atasan bahawasanya dia ditugaskan untuk melakukan siasatan di negeri terpilih berkait dengan jenayah dadah.

Dia mula bersiap-siap untuk ke negeri yang diberitahu supaya pagi esok dia boleh mula melakukan kerjanya.

" Laith? Nak balik dah...baru semalaman dekat sini. " Ibunya bertanya.

"Tugas bu, orang pergi dulu ya..abah balik dari masjid bagitahu yang orang tak boleh teman abah pergi menjala pagi esok." Usai berkata dan memberi pesanan, Xavier bersalam dengan ibunya kemudian memeluknya.

Dia kemudiannya mengambil beg pakaian miliknya dan terus ke kereta.

Rasa malas kerja lah..baru balik dah kena bertugas, cuti pun kena bertugas.

Xavier menekan hon sebanyak dua kali dan terus berlalu pergi meninggalkan perkarangan kampungnya itu.

Bersambung....

[ Note for mysterius reader: For a reader who read this, hope you can tell me who you are..its my first time i see someone except my friend read it..please..tell me who you are..]


Bunga Terakhir Where stories live. Discover now