Bab 7

4 1 0
                                    

"Ria, jomlah keluar..bosan ni..aku ada ajak Fathwa sekali, kau ajak lah tunang kau ke..siapa-siapa jelah." Najihah tak habis habis memujuk, dari pagi sampailah ke tengahari ni.

"Adik comel, aku dah kenal lah Fathwa..kau ni tak panas ke? Pakai hoodie tengah-tengah hari, paling tidak pakai T-Shirt lengan panjang macam aku ni dah ok." Ria menepuk dua kali dahi Najihah, nak menempel je kerja dengan orang. Macam tak ada kerja.

"Sekejap aku call tunang aku, kena minta izin dulu weh."

Ria mengambil telefon dan menelefon tunangnya, Harith. Tapi berkali-kali telefon, tetap tiada jawapan.

Last-last dia redha je, pergi jelah. Bukannya suami pun nak kena ikut perintah lagi.

"Jom." Ria mengambil handbag nya dan terus berjalan ke kereta miliknya. Nak harapkan si Jihah ni? Dia naik motor je datang sini.

Najihah berlari masuk kedalam kereta Ria. Tak sampai lima minit, mereka berhenti dihadapan rumah Puan Ifah. Tapi hanya Ria yang turun, Jihah dah pergi ke seat belakang memandangkan, Geng lelaki yang duduk dihadapan.

"Assalamualaikum Makcik Ifah!" Ria memberi salam dan duduk di luar dahulu.

"Eh Ria? Kenapa datang?" Xavier bertanya. Matanya terpana melihat Ria yang sepenuhnya cantik dan jelita. Baju yang dipakai Ria memang betul-betul sesuai, dengan stoking dan handsock, tak lupa pula tudung Ria yang memang labuh dan sesuai dengan Ria.

Matanya teralih pula pada lengan kanan Ria. Ria pakai gelang yang dia bagi.

"Terima kasih untuk gelang ni, emm..Kitorang nak keluar jalan-jalan..nak pergi sekali tak?" Ria bertanya. Malu sebenarnya tapi kena paksa dengan si Najihah tu.

"Boleh juga, Fathwa pergi juga kan..sekejap saya panggil dia, awak pergilah dulu dekat kereta..panas ni, nanti kitorang pergi. " Xavier berkata dan ingin kembali ke dalam semula untuk bersiap ala kadar.

"Satu lagi..awak yang drive tau..lelaki duduk depan.." Ria memesan satu perkara lagi sebelum dia kembali ke kereta.

"Comel...eh Ya Allah, tunang orang oi!" Xavier menepuk kedua-belah pipinya menggunakan kedua-dua tangannya.

Selepas 5 minit, mereka kini semua berada di atas kereta dan sedia untuk bergerak ke bandar.

"Pergi mana?" Xavier bertanya pada 3 orang lagi.

"Pergi..Pavi? Boleh?" Jihah bertanya.

"Cari baju lah tu, tak cukup ke baju ko..gemok" Fathwa berkata, sempat dia gelak.

"Eh ikut akulah, kat Pavi bukan baju je ada..eishh diam lah kau buaya!" Jihah membedas.

"Dah dah, jom gerak." Ria pula yang menenangkan mereka berdua.

Perbagai perkara dijadikan bualan, tapi dua orang tu jelah. Ria pasang lagu so memang tak dengar apa, sama juga dengan Laith yang fokus akan memandu.

[ BUNGA ]

"Hmm? Bunga? Bukan awak jual bunga? Kenapa awak beli bunga pula.." Habis pelbagai soalan dari mulut Fathwa. Xavier dengan Jihah pergi beli baju..

Diorang nak main tukar-tukar hadiah, sepatutnya semua berpecah tapi yelah takkan nak tinggal perempuan berseorangan kan? Jadi, Adam volunteer nak pergi dengan Ria dan Jihah pergi dengan Laith.

"Bunga ada banyak..bunga ni tak ada dekat kedai saya, sebabtu saya beli..bunga ros putih." Ria menjawab, dia segera membuat pembayaran dan berlalu keluar untuk mencari hadiah untuk ditukar dengan mereka.

Bunga Terakhir Where stories live. Discover now