Bab 12

5 0 0
                                    

"Ria...sihat?" Lelaki dihadapan Ria bertanya.

Ria hanya angguk tak bersuara.

"Rizz..kau asal tak suruh Adam jemput?" Najihah bertanya.

Rizzwan ialah lelaki yang mejadi tempat dimana Najihah,Adam dan Ria beradu atau bermain. Tetapi...selepas satu kejadian membuatkan semuanya hancur.

"Dia benci aku Jihah..aku tak nak berharap lebih..sebab tu aku datang Floris't..aku nak jumpa adik-adik aku"

Rizzwan menjawab. Senyuman ikhlas terukir di bibirnya.

Ria dan Najihah juga lega. Dia tak mahu Rizzwan bersedih.

"Aku dah besar eh..no more adik-abang eh"

Ria menjawab. Gelakan terdengar di akhir kata.

"Alah, nanti jadi adik ipar aku juga" Wajah Najihah memerah selepas ayat tersebut dituturkan.

"Aish ko! Memang tak guna!!" Najihah tutup muka, masih malu dengan apa yang dikatakan.

Ria hanya memandang, dia gembira apabila boleh jumpa dengan Rizzwan semula selepas 12 tahun Rizzwan meringkuk dalam penjara.

"Oh ya, Ria..buatkan aku satu bouquet bunga..aku nak hadiahkan dekat ibu"

Semua senyap tanpa jawapan. Wajah Ria dan Najihah berubah..

Rasa bersalah di dalam diri mereka.

"Ria? Oi?" Sekali lagi Rizzwan memanggil.

"Ibu dah tak ada." Satu suara kedengaran dari muka pintu kedai tersebut.

Susuk tubuh seorang lelaki berdiri disitu, kaku dengan wajah yang dingin, tiada perasaan.

"Adam...Adam..abang dah balik-"

"Aku tak ada abang." 4 patah perkataan yang membuatkan Rizzwan hilang kata-kata.

Najihah dan Ria hanya memandang, mereka tiada hak untuk campur tangan dalam hal ini.

"Oh....Adam, lama tak jumpa...." Rizzwan berkata lagi.

"Aku tak nak jumpa kau lah." Sekali lagi Adam balas. Tatapan tajam menusuk hati mata Rizzwan.

"Adam benci Wan lagi ke? Wan tak bersalah-"

Belum sempat Rizzwan habiskan kata-kata, wajahnya ditumbuk kasar dan kuat.

Rizzwan diam apabila dia merasakan cecair pekat mengalir dari hujung bibirnya.

"Benci? Yes. Disebabkan kau! Ibu dengan abah benci aku!! Disebabkan kau diorang pergi!!"

Rizzwan diam lagi. Tiada balasan yang mampu dia keluarkan.

Ria mencapai telefon miliknya, nombor Laith didail.

Laith: Ya? Kenapa?

Ria: Laith..baik awak ke sini cepat..

Laith: kenapa? Saya Otw pergi ambil abang Adam ni..

Ria: Rizzwan dah ada dekat sini lah!

Panggilan tamat. Ria kembali mengawasi Adam dan Rizzwan.

[BUNGA TERAKHIR]

"KALAU KAU TAK JADI BUDAK-BUDAK TAK BOLEH KE!! HAH?!"

Suara Laith bergema di dalam bilik kedap suara itu. Mereka sekarang masih lagi di Floris't tapi di dalam office Ria di mana bilik tersebut kedap suara.

Bunga Terakhir Where stories live. Discover now